Kawan-kawan kakcik

Khamis, 27 Januari 2011

Alahai jiranku...

tempat tersedia dibiarkan kosong

kereta ini diletak begini sehingga mengambil separuh ruang jalan

Nak cakap salah, tak dicakap pun serba salah.  Kenapalah 'sampai hati' meletak kereta begitu?  Tidak terfikirkah kesusahan yang ditanggung oleh jiran sebelah menyebelah?  Sebelum ini pun seringkali beliau ini meletakkan kereta sesuka hati.  Memanglah di hadapan pagar sendiri.  Tapi, ruang hadapan pagar itu berkongsi dengan jiran-jiran.  Sampai susah jiran hendak mengundurkan kereta.  Kenderaan yang lalu lalang pun tidak boleh hendak 'berselisih'

Mungkin agaknya takut kereta tersebut dilarikan?  Beberapa minggu lepas, kereta Toyota Fortuner jiran yang sebelah lagi dibawa lari antara jam 4.00 - 5.00 pagi.  Kereta tersebut diletak dalam pagar.  Memang cekap betul orang yang melarikan kereta itu.  Tapi, kalau takut dilarikan pun, janganlah sampai menyusahkan orang lain.  Fikirkan bagaimana cara yang paling baik untuk mempastikan keselamatan kereta itu!


74 ulasan:

  1. kalau parking dalam orang tak nampak.macamana nak riak?

    haha~~

    BalasPadam
  2. haha saya macam sokong je ckp bujal tu kak...

    BalasPadam
  3. amboi..

    parking melintang cam tu sekali..melampau!

    BalasPadam
  4. bujal X...

    tak baik kamu!

    kete dia banyak - selain yang dalam gambotu, ada Mitsubishi Evo, ada Proton Waja dan ada beberapa buah motor juga!

    BalasPadam
  5. Kaseh...

    dia seorang yang 'berilmu'.. tapi, lagi banyak ilmu, lagi banyak dugaannya kan?

    BalasPadam
  6. hidup berjiran ni kengkadang ok kengkadang ko, buleh sakit jiwa oooo

    BalasPadam
  7. Ati...

    suami kakcik tak bagi Along nak tegur (Along geram sebab susah nak adjust kereta kecik dia keluar masuk rumah).. takut nanti jadi bermasam muka! :(

    BalasPadam
  8. Mamasyaza...

    itu yang sudahnya - balik kerja, masuk rumah - duduk diam2. :(

    BalasPadam
  9. Bab parking dah banyak kali saya tulis dalam blog. Tak tahu apa yang dorang fikir.kereta ada 2 atau 3 buah, parking kat depan rumah kita tak pelah, kadang-kadang parking berhadapan ngan pagar rumah, cam manalah kita nak keluar.

    BalasPadam
  10. Cik Ina...

    tempat untuk parking dah ada pun kat depan tu. Dah dibuat khas. Nanti kalau orang lain letak kereta kat tempat tu, pandai pulak dibloknya kat belakang/depan kereta kita.... :(

    BalasPadam
  11. kak, kete tu mahal tu, sbb tu wat camtu, hikhik....

    BalasPadam
  12. Memang melampau tu kakcik.

    Jiran sebelah saya Estima dia pun kena bawa lari orang dengan secepat pantasnya di hadapan mata dia sendiri masa bulan puasa hari tu...huhu.

    BalasPadam
  13. Ayuni...

    kalau ya pun 'agak-agak la' bak kata budak2 sekarang (^_*)

    BalasPadam
  14. Betul le kata si bujal X tu....nak berlagak le tu....ahakz.....

    Sib baik jiran2 den semua ok....

    BalasPadam
  15. ~yus~

    kata jiran kakcik yang hilang Fortuner tu, kalau ikut report kat balai polis, kereta jenis Toyota (4WD terutamanya) antara yang tertinggi dilarikan...

    BalasPadam
  16. Hermm..sesuka hati dia jek kaans.. citer pasal jiran nie memng bnyk kerenah . sabor jek ...


    Apapun , saya doakan moga kakcik sihat bersama keluarga .

    BalasPadam
  17. jeBateja...

    jiran2 kakcik semuanya orang kaya. Kereta semua lebih dari 2 buah. Keluarga kakcik je yang sengkek! :(

    BalasPadam
  18. LiNda yang manis...

    lama tak nampak kelibat LiNda. Semoga LiNda dan keluarga tetap sihat dan ceria. :)

    Kakcik pun sekarang bagaikan tiada masa untuk 'bermesra' dengan jiran2. :(

    BalasPadam
  19. no komen lah kak..tgk pangai mcm nih..

    BalasPadam
  20. Fatin...

    sakit juga hati dibuatnya bila telah melangkaui hak asasi jiran2.. :(

    BalasPadam
  21. Assalamualaikum Kakcik

    Kalau muzakarah baik-baik dengan tuan rumahnya rasanya ok kot...

    BalasPadam
  22. Wa'alaikummussalam Ustaz...

    terus terang - kakcik jarang sangat nampak jiran kakcik tu! :(

    Bagaimanapun, dia sepatutnya boleh berfikir!

    BalasPadam
  23. -kereta dah la gedabak macam kotak sabun, parking melintang tgh jalan pulak !

    -ikut logik, lagilah bahaya dia parking luar pagar kan?

    -kakcik buat mcm ni aje: tulis nota,nasihatkan supaya tak selfish, letak kat wiper keta sabun dia tuh.

    :)

    BalasPadam
  24. salam kakcik

    mcm2 fiil jiran2 ni...
    kena ada sikap bertimbang rasa
    barulah aman jiran tetangga kan... ~

    BalasPadam
  25. entah la sekarang nie penyangak berleluasa....apa yg perlu kak cik kalau bengang letak atas bumbung macam cita seniman bujang lapok hehehe

    BalasPadam
  26. Dr DZ...

    memang kakcik tak boleh tahan nak tergelak. Kereta sabun?? Sabun mahal tuuuu....

    Tak beranilah kakcik nak tulis surat layang tu!

    BalasPadam
  27. w/salam Manje...

    dapat jiran yang macam ni, kenalah rajin2 urut dada sendiri.. :(

    BalasPadam
  28. Angah...

    weh! roboh bumbung kalau letak kereta sabun (bak kata Dr DZ) tu kat atasnya! ;-)

    BalasPadam
  29. AKT...

    yang tak tahan tu, ragam yang menyusahkan orang lain.. :(

    BalasPadam
  30. payahnya dapat jiran macam ni

    ehhh... kata mana2 pun
    ada manusia jenis camni
    yg pikir senang diri sendiri
    orang lain - nasib kau lah

    mencik betul puak2 camni!

    BalasPadam
  31. miloais...

    harapnya kita tidak akan menjadi orang yang menyusahakan orang lain sama ada dalam sedar atau pun tidak, kan? :)

    BalasPadam
  32. pelik manusia nih..
    kat kwsn umah saya gtu gak kak cik..

    bygkan keluarga dia beli sederet rumah dlm 8 biji...depan rumah dorang tu..dibuat parking ..bukn nk letak kete dlm pagar rumah..di luar rumah tu...garaj kete tu diletakkan meja mkan..senang nk bersidai anak beranak

    sapa2 yg dok berhadapan ngan keluarga ini mmg stres sb jln dorang buat paking.. org gini..selfishhhh!!!!!

    BalasPadam
  33. parking kat depan .... boleh tayang .... bangga ...heeheh

    BalasPadam
  34. carik nombor sarikat kontena suh dia lalu jalan depan tu.. tiap kali jiran tu parking camtu

    keh2

    BalasPadam
  35. kalo kete kocik bleh consider lagikla dia park situ...ni kete gedabak

    BalasPadam
  36. susahla kalau dpt jiran2 yg selfish ni..sebab tu saya taknak beli keta besar2..haha!

    BalasPadam
  37. SN...

    wah.. kaya betul jiran SN tu - lapan biji (atau 8 pintu) rumah dia beli sekali gus... jadi dia rasa kawasan tu dah macam jajahan takluknya lah!

    BalasPadam
  38. Chik Att...

    kalau tak menyusahkan orang lain, biarlah nak tayang macam mana pun! :(

    BalasPadam
  39. alien...

    kalau lori sampah nak lalu pun, masalah tuuu... :(

    BalasPadam
  40. Mimi...

    kete kecik pun, dia park sesuka ati je... :(

    BalasPadam
  41. MDT...

    kakcik baru berangan nak beli A-lepat! Fikir susah nak parking, beli A-bubur je la.. ;-)

    BalasPadam
  42. Kakcik - Saya pernah mengalami situasi begini, tapi di pihak 'peletak kereta', so, ajak jiran jiran yang terbabit berbincang sambil mengeteh dan Minta maaf', maklum sajelah, rumah saya kecik, parking tak de he he

    BalasPadam
  43. kak kete mahal tue kak , kalau tak uat camtue orang tak nampak ha3 macam2 la..

    BalasPadam
  44. susah jika ada juran yang pentingkan diri sendiri

    BalasPadam
  45. tahulah kereta awak tu besar, tapi tak kanlah samapi macam tu sekali parking. Tak lulus parking ni....

    BalasPadam
  46. citer pasal jiran2 ni kakcik memang tak habis... saya pun macam akak, ada jiran yang macam nih.. park depan pintu dapur umah saya lagik.. memang sakit hati.. nanti kalau saya rajin saya but entri ehh..gambo2 dah ada, cuma nak menulih jer maleh...

    BalasPadam
  47. Nak kena percaya ke....yg kakcik ni sengkek..???....ahakz

    BalasPadam
  48. tuan punya ahfatt memang sam-patt tu kak ..!

    BalasPadam
  49. TRR...

    nak mengeteh tak sempat la pulak... ingat kena buat majlis suai kenal semula kot dan bercakap dengan secara bergurau senda! ;-)

    BalasPadam
  50. Azie...

    kakcik ingat nak beli bas rapid KL la sebijik! :)

    BalasPadam
  51. Amy...

    kete beso gedabak camtu, letak balik dinding pun orang nampak.. :)

    BalasPadam
  52. Azweennour...

    mungkin dia tak bermaksud nak penting kan diri... cuma kurang kesedaran je!

    BalasPadam
  53. KakZakie...

    dia nak suruh kakcik tolong parking kan agaknya... hahaha... masuk ke dalam rumah la jawabnya. :)

    BalasPadam
  54. Aanas...

    tadi kakcik ambik gambo pun dalam gelap. Dah dua hari dua malam kete tu kat situ - takkan rosak kut! Kete yang dalam pago pun elok je letaknya... :(

    BalasPadam
  55. jeBateja...

    kena percaya sebab kakcik tak punya kereta yang didaftarkan atas nama kakcik. Ada kancil sebiji dulu - tapi dah kena jual sebab tak mampu bayo ansuran... :(

    BalasPadam
  56. Reen...

    itu yandei ada bintang2 punya brand lorrr....

    nanti kakcik beli velpaye letak sebelah dia! ;-)

    BalasPadam
  57. apakata kakcik yg pegi tegur tuan puye keta..ada berani..he3.

    BalasPadam
  58. Zue...

    masalahnya kakcik tak bawak kereta. Orang yang bawak kereta tu yang bising2 tapi malas nak tegur... ;-)

    BalasPadam
  59. assalamualaikum...

    alhamdulillah, at last sy dpt leave a comment kt n3 k.cik nie...

    scenario yg k.cik bincangkan nie mmg mcm dh m'jadi2... b'laku pd kami juge... wlupun rmh we all di p'hjng jln..end lot.. x b'makna ruang luar pgr tu dia org leh park sesuka hati..it's still our territory...bkn nye kedekut parking ke..tp, bile time sedara mara kita dtg nk park..dh kena park jejauh... susah nk ckp..kang kecik hati...abis tu...park btul2 dpn umah kita, tp tong smph kita..bkn 1 kereta..anak branak sume susun park dpn rmh kita...camne tu???

    BalasPadam
  60. Wa'alaikummussalam PynGees...

    kalau duduk di kawasan rumah pangsa yang tiada parking lot khusus tu, kita fahamlah kan? :(

    BalasPadam
  61. salam kakcik...

    pemiliknya orang berpelajaran?
    Hmmmm....macam2 eh....

    kalau saya, saya tegur jer cara baik...sekali tak jalan, tegur dua kali. dua kali tak jalan...tegur 3 kali, tiga kali tak jalan, surat saman mari...wat style S'pore, camtu jer cara nak bentuk sikap dan budaya jiwa papa kedana camtu. Bila kena saman, nak masam muka? yantak yakau!

    harapkan harta menimbun tapi akai jilo...

    BalasPadam
  62. Q sayang...

    bukan setakat berpelajaran, tapi sering 'mendidik' orang lain melalui ceramah di sana sini... Kakcik pun agak segan nak bercakap kalau terserempak dengannya kerana sedar diri ini kurang ilmu :(

    BalasPadam
  63. Salam Kakcik, ada jiran yg jahat dia toreh keta tu!

    BalasPadam
  64. Yong Helli...

    janganlah hendaknya kena toreh waktu dia letak betul2 sebelah pintu pago teman, tak memasei nanti anok beghanok teman kena tuduh! :(

    BalasPadam
  65. Salam kakcik...

    serius ni, saya nak cabar kakcik...jalankan tanggungjawab kakcik sebagai jiran...berani berdepan dgn org macam tu tak kiralah selangit mana ilmu dia...segan dan malu tu mmg elok kakcik tapi biarlah bertempat...

    Ilmu jer tinggi tapi akhlak terlondeh amacam? Mana lebih penting?
    Akhlak atau ugama? Betulkan akhlak dulu atau betulkan agama dulu...

    Saya harap kakcik tidak terus-terusan merintih, banggkitlah kakcik sebagai jiwa yg berani... berani kerana benar...kalau dia yang ternyata tersilap tp taknak ngaku, maka takyahlah dengar ceramahnya lagi...bak ayamm jantan, kokok jer berderai-derai, taik terburai-burai...eh, betul ker nih?

    BalasPadam
  66. Aduhai Q...

    memang kakcik tak berani menyahut cabaran Q itu. En. Suami dah pesan awal-awal 'jangan cari pasal...' :(

    BalasPadam
  67. kakcik..ikut je cadangan daddyziyad kat dlm blog dia tu..

    nak best lagik..
    tampal kat kertas A3 atau kad manila..! muahahaha

    BalasPadam
  68. PB...

    lepas tu lekat pakai gam gajah, boleh gitu?

    BalasPadam
  69. Last kopek kakcik...

    menegur bukan dgn tujuan bergaduh..
    itu tak termasuk dlm berpesan-pesan kpd kebaikan ker kakcik? sptmana makna dlm surah al-Asr...

    sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian..

    BalasPadam
  70. Q...

    InsyaAllah, satu hari nanti kalau kakcik kebetulan terserempak dengan jiran kakcik tu dan keadaan keretanya masih begitu, kakcik akan cuba bercakap dengan cara yang sebaiknya.

    Terima kasih Q kerana memberi semangat kepada kakcik untuk berkata2 kepada sidia.. :)

    BalasPadam
  71. Saya salute anak yang berani tegur jiran yang asyik bakar sampah tanpa sedar dah busukkan jemuran orang setiap hari.Kalau saya mungkin tone tegur tu sedikit out of tune,tapi dia boleh dgn senyum simpul sekali.Berani sunggoh. Tapikan dia head girl sekolah.Makcik ketua barisan pun tak lekat....tu yang asyik takut nak tegur tapi menggelegak dalam hati.

    BalasPadam
  72. Cikgu...

    suami saya tu memang tak beri kami tegur. Dia kata dia ada cara tersendiri untuk menegur sambil senyum... hmmmm....

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com