Petang tadi suamiku mendapat panggilan dari pegawai atasannya supaya segera pergi ke satu lokasi. Seorang pemandu kepada pegawai kanan Syarikat (PKS) dikhabarkan pengsan di dalam kereta sewaktu menunggu anak kepada PKS itu keluar dari sekolah.
Ketika suamiku tiba ke lokasi tersebut, beliau (suamiku) mendapati bahawa pemandu itu telah pun meninggal dunia. Masalahnya, mangsa meninggal dunia di dalam kereta yang enjinnya masih hidup serta semua pintu terkunci. Kebetulan ada sebuah kereta peronda polis yang lalu di situ. Suamiku meminta bantuan anggota polis berkenaan untuk memecahkan cermin tingkap. Wah! 'keras' rupanya cermin tingkap kereta Camry. Berkali-kali dihentak dengan pemotong besi masih susah hendak dipecahkan.
Kakitangan ambulans yang tiba kemudiannya mengesahkan bahawa mangsa telah pun meninggal dunia.
Gambar-gambar berikut adalah hasil rakaman telefon bimbit suamiku:
Gambar-gambar berikut adalah hasil rakaman telefon bimbit suamiku:
Mangsa adalah seorang lelaki berbangsa India yang baru berusia 44 tahun.
Kira-kira jam 6.00 petang, aku dan suami ke Hospital Kuala Lumpur. Disebabkan jalan yang sesak, kami hanya tiba di HKL hampir jam 7.00 petang. Suamiku perlu berjumpa dengan waris simati untuk urusan-urusan tertentu. Selepas bedah siasat dilakukan, mangsa didapati meninggal dunia disebabkan sakit jantung dan terdapat tanda beliau cuba mendapatkan pertolongan/keluar dari kereta sebelum menghembuskan nafas yang terakhir.
Aku dan suami kemudiannya menunaikan solat Maghrib di surau HKL sebelum bergerak pulang.
Iktibar dari kejadian ini ialah kita tidak akan dapat menjangka bilakah waktu untuk kita dijemput kembali akan tiba.
lebih baik kita tidak tahu bila ajal kita kerana kalau kita tahu, rasanya ramai yang gila sebelum ajal tiba.
BalasPadamnampaknya masa masih lagi bermasalah .. baru je komen pukul 11.37 pm tapi tertulis di situ jam 7.37 am.
BalasPadamkak cik... besarnya jasa beliau meninggal ketika menjalankan arahan ketuanya dan menghembuskan nafas dalam kereta ketuanya juga. ajal kita entah bila.. semoga kita semua dalam keadaan bersedia.
BalasPadambetul tu kakcik bila2 masa jer akan " pergi" tak kira tua atau muda...
BalasPadamJiran saya dulu muda anak 4 meninggal kemalangan keretanya terbakar , berpelukan dgn anaknya no 3 yg lain sempat diselamatkan...sedih sgt masa tu...beberapa meter jer lagi nk sampai rumahnya...
ajal = janji Allah
BalasPadamSalam Kakcik,
BalasPadamTak siapa yg tahu bila ajal tiba
Hanya yang beriman dan bertaqwa sahaja tahu bila ajalnya. Catit tarikh dan waktu sebenar anda dilahirkan dahulu (yang tepat). Insyallah... pasti tahu dan bersiap sedialah. Selain daripada itu percaya pada rukun iman yang ke6.
BalasPadam(sekadar berkongsi untuk mencari dan mengkaji)
sesungguhnyer....
BalasPadamalfatiha,,,,,,
BalasPadamdalam keta pun mati
BalasPadamPAK Oncu, bolehkae sedekah alfatiahah kepada India??
berbangsa india berumur lingkungan 44 tahun.
BalasPadambetul kata akak...."kita tidak akan dapat menjangka bilakah waktu untuk kita dijemput kembali akan tiba"
Itulah janji Allah swt bahawa Mati Itu Benar
Tumpang simpati...
BalasPadamdah sampai masanya...
BalasPadamada juga yg boleh tau hari2 'terdekatnya'...
ajal dan maut tiada siapa yang tahu kan kakcik.. yang kita mau hanyalah mati dalam husnul khatimah, walau dimana jua kita berada..
BalasPadamtumpang simpati juga
BalasPadamSalam kakcik
BalasPadamMoral cerita ni ialah ajal tidak memilih tempat dan waktu. Perbanyakkanlah amalan kita. Ini untuk saya yang lalai
Moral of the story...ajal tidak kira tua atau muda, cukup masa nya, kita harus pulang kepada PenciptaNya...
BalasPadamSimpati kepada waris nya...
SAlam..
BalasPadamBanyak-kan amal ibadah kita sementara masih bernafas.. :)
sesaat pun tak kan tertangguh..
BalasPadam