Kerajaan hanya mengurangkan subsidi
dah banyak yang Kerajaan bagi
'buruk siku'nya bukan berulangkali
Kamu hendak apa lagi
takkan bersyukur pun kamu tak reti
hidup dalam negara yang aman damai ini
kalau ada jenayah pun hanya kes terpencil yang berlaku sesekali
Belajarlah berhemah dalam berbelanja
usahlah bercuti hingga ke luar negara
walaupun ada tambang murah dari Air Asia
dengan kos tersembunyinya baik kamu berjaga-jaga
Biarkanlah sahaja pemimpinmu ke sini sana
mereka keluar untuk membawa nama negara
kelak bila mereka dikenali dunia
kamu juga boleh tumpang berbangga
Kita boleh dalam serba-serbinya
kita berusaha jadi nombor satu di mata dunia
biarkan mereka berkata apa sahaja
negara kita ikut suka kita nak buat apa
Kita taburkan derma ke serata dunia
kita buat apa yang orang lain tak terfikir tentangnya
kita bercakap sekehendak hati kita
kita pedulikan saudara yang kelaparan di sudut dapur kita
'Apa sangatlah dengan nilai dua kupang
bukankah jauh lebih murah dari tiket wayang'
itu hanyalah kata-kata dari sibangang
tidakkah kau sedar apa yang terjadi berulang-ulang
Malam ini harga minyak naik
esok harga roti pun turut naik
walaupun hanya menggunakan serbuk penaik
tapi alasan peniaga akan kedengaranlah yang pelik-pelik...