Kawan-kawan kakcik

Rabu, 1 September 2010

Kuih dulu-dulu..

Semua gambar adalah dari pelbagai blog yang tersimpan di arkib pakcik google...

Sewaktu arwah mak masih ada dan masih kuat berjaga malam untuk membuat kuih menjelang Hari Raya, kuih @ biskut raya yang biasa mak buat (selalunya bersama sepupu-sepupuku.  Aku???  hanya pandai makan sahaja..) adalah kuih-kuih lama seperti :

bahulu
  
kuih tiram 
 
kuih goyang

kek pelangi

kuih karas dan kuih bangkit biasanya ditempah dari jiran sekampung...

Untuk tahun ini, jangan kata buat sendiri,  menempah pun aku malas. Hanya sejenis biskut - itupun untuk mengambil hati adik ipar!  Ada sesiapa yang sudi bertandang ke rumahku??  Akanku sediakan roti sardin atau nasi goreng sahaja, InsyaAllah.


Tiba-tiba rasa nak tutup...

Ops...  bukan nak tutup blog.. kalau tak nak berkongsi, mungkin akan di'peribadi'kan sahaja.  Ini tempat meluahkan perasaan. Suka hati nak tulis apa pun (tapi kadang-kadang fikirkan perasaan orang juga - bila kita buka, maknanya kita berkongsi dengan orang lain apa yang kita catatkan).

Nak tutup ruangan komen sahaja.  Orang masuk blog kita cuma nak kongsi baca apa yang kita coretkan.  Bukan nak komen-komen, kan? (^_^).  Jadi, rasanya eloklah kututup sahaja ruangan komen tu.  Ada bantahan?  Huh! Perasannya.....  Kalau ada yang sudi menyapa, bolehlah menyapa di ruangan chat (sebelum ianya juga mungkin akan ditutup).

p/s :  petang ini, InsyaAllah akan berbuka dengan Lokman, Bangcik dan Budak Sepet sahaja.  Suami berbuka di Pasir Putih, Kelantan (esok ke Perak pula) dan Along di sekolah tempat dia mengajar dulu.  Angah pula di Banting.  Tak tahulah apa juadah nak disediakan petang ni.  Ada sesiapa nak hantar makanan? (^_*)

p/s2 : baru balik dari hantar suami ke LCCT - tengok ada pesanan2 di chatbox.. ok .. kakcik bukak balik ruangan komen tanpa prasangka.. (^_^)

 

Doa Hari Keduapuluhdua Ramadhan


Bismillahhirrahmannirrahim...

Ya Allah bukakanlah bagi kami pintu kelebihan dan turunkan bagi kami keberkatanMu. Berilah kepada kami untuk melakukan sesuatu yang mendatangkan keredhaanMu dan tempatkanlah kami dalam syurgaMu yang luas, wahai penjawab doa orang dalam kesempitan.

Amin Ya Rabbal 'Alamin