...saja suka melihat dan merakamkan gambar awan...
Kawan-kawan kakcik
Sabtu, 31 Januari 2015
Jumaat, 30 Januari 2015
Muhammad Qaid Darwish di Utusan Malaysia...
Tarikh siaran UM : 29/01/2015
Alhamdulillah. Semoga perniagaan kurta / jubah bayi yang diusahakan oleh Mommy Qaid akan terus berkembang maju. InsyaAllah.
Kunjungi instagram Darwish Rich Design dan facebook Darwish Rich Design untuk 'melihat' kurta / jubah bayi yang dijual oleh mereka...
Tidakkah kami kelihatan comel dalam kurta yang kami pakai ini? Ibu-ibu kami pun comel dalam jubah mereka, kan? :) |
Walaupun kami masih kecil, keselesaan itu adalah penting bagi kami. Memakai kurta ini tidak membuatkan kami merasa rimas, sebaliknya kainnya yang lembut bagai mendakap kami dengan penuh kasih-sayang. |
Selamat tinggal Vietnam, InsyaAllah kita berjumpa lagi nanti...
27/01/2015
Kami menggunakan khidmat teksi Vinasun dari hotel ke lapangan terbang. Pekerja hotel telah memberitahu bahawa tambang adalah sebanyak VND160,000 (lbhkrg RM27.00), dan itulah jumlah yang diminta oleh pemandu teksi. |
Kami 'membungkus' dua beg untuk dimasukkan ke dalam kargo nanti. Kalau dalam VND, antara 80,000 hingga 100,000 satu. Tapi kami bayar USD10.00 (RM36.00) untuk dua beg. Lebihkuranglah. Di lapangan terbang ini, duit masih berbaki USD20, bila tukar di sana, dapat RM66.00 sahaja... |
Dalam pesawat AirAsia AK525 |
Selamat tinggal Tan Son Nhat International Airport. InsyaAllah, ada rezeki kita berjumpa lagi. |
Orang Melayu memang tinggi budi bahasa...
...walaupun pertama kali bersua...
Sewaktu menunggu penerbangan balik ke Kuala Lumpur.
Melepak berjam-jam di lapangan terbang. Berkenalan
dengan dua wanita Melayu Malaysia yang akhirnya
menawarkan untuk berkongsi makanan mereka
dengan kami. Alhamdulillah.
Sebelum itu, pada siangnya kami dikunjungi oleh
dua wanita Melayu Malaysia di bilik hotel (setelah
berbalas mesej di facebook dengan adik angkatku).
Mereka kehabisan wang untuk belanja makan akibat
tersilap membuat anggaran perbelanjaan (budget).
Mereka mohon dipinjamkan sedikit wang (RM50.00
sahaja). Kad ATM tidak boleh digunakan untuk
mengeluarkan wang. Sebelum itu juga adikku
tidak berjaya menggunakan kad debit di sini.
Alhamdulillah. Kita bantu orang, Allah akan
bantu kita.
Khamis, 29 Januari 2015
Bila Kaklong melawat kawasan ...
...dia hampir lupa itu kawasan orang!
Di seberang jalan yang sibuk ini ada konsert terbuka. Kaklong cuma memerhati sebentar dari jauh sahaja. |
Nampak tak kedai Rohani tu? Antara 'pembekal' kepada gedung terkenal di Malaysia |
Seperti kata Suria Amanda, di sini maknya ini asyik tersenyum. Tak nampak macam Kaklong Kawasan yang garang, kan? :) |
Nampak tak klon Menara Rebung TM di belakang tu? |
Menjadi satu keseronokan pula bila melintas jalan di sini. Dengan motosikal yang bukan sedikit disertai kereta dan bas, kita melintas sambil mencelah-celah sahaja. Kalau di Kuala Lumpur, nak merasa terlentang atas jalanraya, cubalah buat! |
Kedai Amin Halal, Ho Chi Minh City ...
Di sini pun Kaklong Kawasan masih mampu tersenyum kerana makanan yang dihidang boleh diterima oleh tekak dan agak banyak walaupun lebih mahal harganya dari di Malaysia. Kami (aku dan adik angkatku) membayar dalam matawang Vietnam Dong dan kadangkala Ringgit Malaysia. |
Nasi Goreng Ayam (VND50,000) |
Nasi Goreng Kampung (VND50,000) asalah juga nampak perbezaannya antara Nasi Goreng Ayam dengan Nasi Goreng Kampung. Tidaklah macam yang aku dan suami makan di Kota Kinabalu dulu... |
Kuey Teow Sup (RM50,000) |
Kopi Ais (VND20,000) |
Tak tahu apa nama daun ini, Diberi untuk dimakan bersama sup. Sedap juga rasanya. |
Nasi LAMAK (sebenarnya nasi lemak). VND50,000 |
Bingka ubi kayu (VN20,000) |
Nasi kosong dengan telur goreng ini berharga RM5.00. Boleh minta sup kosong (percuma). Bawa balik ke bilik untuk makan dengan sambal ikan bilis yang di bawa dari Malaysia. |
Cari = Kari Talo = Telur Bawalk = Bawang Saefood = Seafood |
Suop = Soup |
Harga antara VND100,000 hingga RM200,000 |
'bole hantar hotel' itu bukan nama makanan ya, tapi khidmat yang disediakan... hehehe |
Anggaran pertukaran nilai matawang :
VND50,000 = RM8.50
VND20,000 = RM3.50
Xavier Hotel, Ho Chi Minh City...
... tempahan untuk menginap di hotel ini dibuat oleh adik angkatku melalui Booking.com...
Secara keseluruhannya, bilik dan perkhidmatan hotel ini sangat memuaskan hati.
Kos penginapan lebihkurang RM80.00 semalam. Jom kita tengok keadaan bilik yang kami huni di tingkat 5....
Kaklong Kawasan senyum kerana puas hati |
Pekerja di sini memberi layanan yang sangat baik. Cuma ada sedikit masalah dari segi komunikasi. Mereka boleh berbahasa Inggeris yang 'asas' sahaja (mungkin sudah dilatih) tapi bila kita bertanya lebih-lebih, mulalah keluar bahasa isyarat dan 'I don't know'... huhuhu |
Katil yang sangat selesa untuk dua orang. Bantalnya pun taklah macam sesetengah hotel 'kita' yang kalau dilipat dua pun belum tentu selesa untuk meletakkan kepala. |
Haaa... yang ini jangan sesuka hati nak bancuh ya. Yang percuma cuma air minuman dua botol itu sahaja. |
Ada banyak saluran tv - tapi hampir kesemuanya dalam Bahasa Vietnam termasuklah cerita Hindi! |
Selipar yang disediakan. Sesuai dipakai untuk 'melawat kawasan'. Tapi Kaklong Kawasan memang sedari rumah hanya berselipar sahaja. |
Bilik air pun sangat selesa. Yang penting di sebelah tandas itu ada paip untuk 'mencuci'. |
Air minuman diberi percuma untuk hari pertama sahaja. Kalau hendak tambah air, bawa botol kosong dan isi di lobi. |
Secara keseluruhannya, bolehlah bagi 4 bintang dari 5 bintang untuk hotel ini. Wifi percuma boleh digunakan setiap masa. (Jangan lupa bawa pengecas (plug) yang punya dua kaki itu ya). Kedudukannya pun sangat dekat dengan lorong yang menempatkan deretan kedai makan/restoran halal termasuklah Restoran 1 Malaysia. Hendak ke Ben Thanh Market pun tak sampai 5 minit kalau tidak singgah makan minum/membeli belah di lorong 'yang menggoda' itu. Tak perlu pergi jauh untuk membeli tudung / telekung / pakaian siap mahupun kain ela siap potong. Dalam membeli-belah, kemahiran tawar-menawar adalah sangat penting. Tapi ada juga barang yang dijual dengan harga tetap dan memang tidak dapat pengurangan harga walaupun meminta sampai kering airliur...
Opssss... seselesa mana pun hotel itu, janganlah masuk untuk tidur baring dan mandi manda atau melayari internet sahaja ya. Ke mana pun kita pergi, solat jangan diabaikan. Mungkin ruangannya tidak sebesar mana, tapi kalau kita tidak mengabaikan perintah Allah, maka Allah akan mempermudahkan urusan kita. InsyaAllah.
Rabu, 28 Januari 2015
Vietnam - sedikit catatan pengalaman...
...segan nak cerita banyak-banyak kerana catatan pengalaman orang lain lebih hebat lagi...
Walaubagaimanapun, nanti akan buat juga catatan tentang hotel penginapan kami dan tempat makan yang saban hari kami kunjungi. InsyaAllah...
Berlepas dengan penerbangan AK528 dari KLIA2 pada jam 9.10 pagi. Tempahan telah dibuat beberapa bulan lalu dengan harga RM250.00 (lbhkrg) pergi-balik. Sebenarnya ada yang dapat tambang lebih murah walaupun menempah hanya 3 minggu sebelum pergi. |
Sarapan yang telah ditempah lebih awal - Nasi Lemak Pak Nasser |
Hampir dua jam kemudian - di ruang udara Lapangan Terbang Antarabangsa Tan Son Nhat, Ho Chi Minh, Vietnam. Tidak banyak (mungkin boleh dibilang) bangunan pencakar langit di sini. |
Tak pasti mereka ini bergaya di sini untuk menyambut kedatangan siapa. |
Dari lapangan terbang, kami menaiki bas 152 ini ke Ben Thanh Market. Tambang cuma VND5,000 (lebihkurang 85sen sahaja) |
Tiba di Ben Thanh hampir jam 12.00tghri waktu tempatan (hampir 1.00ptg waktu Malaysia) |
Kami menginap di Xavier Hotel. Bayarannya USD72 untuk 3 malam (lbhkrg RM259.00) |
Di sinilah kami makan 2 kali sehari - Kedai Amin Halal. Berbanding dengan kedai makan/ restoran di sekitarnya, harga di sini agak lebih murah. Sepinggan nasi goreng atau semangkuk mihun sup berharga RM8.50 (VND50,000) dan minuman (biasanya kami minum kopi ais) RM3.40 (VND20,000). Bagi sesiapa yang belum pernah sampai ke sini, sila sediakan wang yang secukupnya untuk makan minum. Atau bawa sahaja bekal dari Malaysia - roti atau sambal ikan bilis atau mee segera. |
Air mineral (botol kecil berwarna biru) hanya diberi pada hari pertama sahaja. Untuk hari lain, kalau tak mahu beli (ala..sebotol air mineral 500ml baru 85sen sahaja) bolehlah tadah air minum di lobi. |
Kalau hendak berjalan-jalan, bawalah botol kosong dalam beg anda. Ia sangat diperlukan bila anda masuk ke tandas. Di sana tiada paip untuk membasuh selepas 'membuang', tapi ada paip di sinki. Jadi, tadahlah air dan bawa masuk ke dalam tandas. |
Jika di Malaysia, kita biasa bagasi akan diimbas sebelum daftar masuk, tapi di sini bagasi akan diimbas hanya selepas daftar masuk. Nampak tak bilik dua pintu di sebelah kanan itu? Di situlah bagasi diimbas. Sekiranya nama anda dipanggil untuk masuk ke bilik itu, kemungkinan anda akan kena mengeluarkan 'sedikit wang' untuk melepaskan bagasi anda! |
Selasa, 27 Januari 2015
Langgan:
Catatan (Atom)