Sabtu, 30 Jun 2012

Mari berpantun di pagi Sabtu...

duduk berteduh di tepi lombong
mengenang cerita dilupa belum
kita menuduh orang yang sombong
sedangkan kita yang tak tahu senyum

 
buah kelapa di atas peti
bersepah merata tidak bertali
buat apa nak berkecil hati
kerana kita memang tak dikenali


orang lama suka berdagang
bawa nyonya teman berniaga
manakan sama pipit dan enggang
walaupun akhirnya ke bumi juga

Jumaat, 29 Jun 2012

Petang ini kakcik rajin sikit...

... bukannya rajin apa pun.  Setakat rajin singgah ke kedai untuk beli bahan masakan. Sebab peti sejuk sudah diringankan dan suami pun tiada di rumah, terpaksalah singgah di kedai.

Inilah hasilnya.  Janji anak-anak tak merungut kelaparan.

Pesanan seorang lelaki untuk anaknya...

... saja suka-suka saja ni tau...  Jangan ada yang ambil sebagai sesuatu yang serius pula ya...

Jangan jadikan anak PEGUAM :
nanti dia suka menangguhkan kerja, menipu, menidakkan kebenaran

Jangan jadikan anak DOKTOR :
nanti dia asyik berjumpa orang sakit

Jangan jadikan anak CIKGU :
nanti dia asyik mengadap orang bodoh

Jadikan anak seorang AKAUNTAN :
nanti kerjanya kira duit walaupun bukan duit dia - semuanya duit orang, duit bank, duit kerajaan ... hahaha ...

siapakah lelaki itu?  Lelaki itu adalah seorang AKAUNTAN...

Mari mengenali jentera lama...






















Kakcik mohon maaf kerana masih kurang berkesempatan untuk menjengah ke rumah kawan-kawan.  Bila balik ke rumah, badan yang letih ini minta direhatkan.  Jangankan hendak melayari internet, hendak menonton televisyen pun rasa bagai tak mampu. :(

notataksiapatanya : Bila bermesyuarat, yang paling 'meletihkan' adalah kena mencatat minit dan menyalinnya semula untuk dijadikan satu minit yang lengkap!

Kesian mak saya...

... bila malam mak tak boleh tidur lena sebab asyik terbatuk-batuk.  Tapi mak tetap bangun awal juga.  Mak kata pagi ini dia ada mesyuarat lagi, tapi mak rasa segan sebab bunyi batuknya 'buruk' sangat.  Saya harap mak saya cepat sembuh.  Sudah hampir dua minggu mak begitu...

Saya hendak pergi ke sekolah.  Mak selalu mengingatkan supaya saya belajar
bersungguh-sungguh agar mendapat kejayaan di dunia.  Mak juga berpesan
supaya saya jangan mengabaikan solat semoga saya berbahagia di sana nanti.

Ini Along saya.  Setiap pagi Along akan menghantar saya dan Bangcik
ke sekolah.  Pagi ini Along juga menghantar mak ke pejabat sebab ayah
saya berkursus di Bangi.  Mak harap saya boleh jadi sekurang-kurangnya
macam Along yang boleh mengimamkan solat dan boleh mengetuai bacaan
Tahlil seperti yang Ustaz Zahazan kata di Radio IKIM pagi tadi.

Khamis, 28 Jun 2012

Mesyuarat dan makan-makan memang tidak boleh dipisahkan...

Nasi goreng ini nampak sedap, tapi kakcik tak makan sebab perut
masih kenyang. 

Karipap gebu yang sedap walaupun tak banyak inti

Dah kamera di tangan, rakam sajalah apa yang nampak. :)

One Metro Pudu ini bangunan apa ya?  Pusat beli-belahkah?

Pernahkah mereka terfikir...

... bahawa ada orang sanggup berbelanja ratusan ribu RM semata-mata
 untuk membeli nombor pendaftaran kenderaan?
 
"Kami baru mengetahui keadaan dua beranak itu dan bersimpati
terhadap nasib malang mereka".  Dah nak pilihanraya semula baru
tahu?  Selama ini buat apa?
 
Inilah istana buat mereka.

Tulis banyak-banyak, nanti kena saman pula.  Hmmmm...

p/s : hari ini adalah hari yang agak sibuk buat kakcik.  Maaf kerana kurang berkesempatan untuk singgah di rumah kawan-kawan...

Ke Alor Setar, InsyaAllah...



Kakcik akan menginap di Hotel Seri Malaysia. Ada sesiapa yang ingin berjumpa? Kakcik nak hubungi kawan-kawan di sana, nombor telefon dah 'terbang' entah ke mana. :(

Apa yang dimasak oleh seorang ibu pemalas untuk anak-anaknya...

Edisi 'meringankan beban' peti sejuk. Maka jadinya dah macam makanan vegetarian pula kecuali ayam goreng hangus itu!

Bendi goreng berlada

Tempe goreng

Kacang panjang + telur

Ayam goreng hangus

Milo yang hanya sedap diminum sewaktu ianya masih panas -
kecuali ditambah air batu.

Rabu, 27 Jun 2012

Ustaz Zulkarnain kata apa?...

Waktu ini Ustaz belum tiba.  Agaknya kaum Adam kian pupus kerana
kerusi 'di sebelah sana' kelihatan banyak yang kosong.
Ada skrin besar untuk yang kurang nampak

Untuk gambar yang kabur ini, sila salahkan kamera kakcik!


Sebenarnya kakcik tak tunggu hingga habis program yang agak lewat bermula itu tadi.  Sebabnya, kakcik dan suami ke Hospital Sungai Buloh untuk menziarahi Aiman.

Antara yang kakcik ingat tadi, Ustaz kata :

i)  Wanita dijadikan dengan perasaan malu.  Tapi wanita sekarang telah banyak yang hilang rasa malu.  Tidak malu hendak mendekati lelaki, termasuk ustaz.  Sanggup 'menghimpit' untuk bergambar dan sebagainya.

ii)  Wanita yang dalam edah, adalah masih hak suaminya kerana mereka boleh rujuk pada bila-bila masa (dalam waktu edah).  Jadi, adalah haram untuk lelaki lain cuba 'mendekati' wanita itu - sama ada untuk berkenalan atau pun untuk meminang.

iii)  Wanita yang baru kematian suami, janganlah bersolek dan berhias serta keluar rumah tanpa keperluan seperti keluar bekerja, ke kedai/pasar atau menghantar anak ke sekolah.

iv)  Haram hukumnya membeza-bezakan tetamu di majlis perkahwinan.  Contohnya, untuk tetamu 'utama' diberikan cenderahati yang mahal dan untuk tetamu lain diberikan buah tangan yang biasa-biasa sahaja.

v)  Cabaran untuk mereka yang terlibat dalam bidang dakwah adalah sangat hebat.  Sedangkan Rasulullah lagikan diuji, inikan pula manusia biasa. Hendak memanggil orang datang ke kuliah agama yang diberikan secara percuma pun sukar mendapat sambutan.

vi)  Pelbagai rancangan hiburan/realiti adalah agenda untuk melalaikan umat Islam.

Bila ustaz mengalunkan ayat-ayat suci Al-Qur'an beserta terjemahannya, Subhanallah, meremang bulu roma kakcik.  Terasa meresap hingga ke sudut hati.

Lega melihat Aiman membuka mata...

Gambar dari fb milik Ella
Masa melawat Aiman di ICU, Hospital Sg Buluh tadi
kakcik tidak merakam gambarnya.  InsyaAllah sedikit
waktu lagi Aiman akan dipindahkan ke wad biasa.
Alhamdulillah, sewaktu kakcik dan suami melawat Aiman tadi, Aiman telah membuka mata dan mengangguk serta senyum sewaktu kakcik memanggil namanya.

Aiman ditimpa kemalangan sewaktu balik dari sekolah pada hari Isnin 25/06/2012.  Aiman menunggang motorsikal dan terlanggar penunggang basikal yang tiba-tiba keluar dari simpang.  Aiman terjatuh dan mungkin kepalanya terhentak pada 'sesuatu yang keras'.  Menurut Ella, Aiman memakai topi keledar tapi mungkin tidak diikat kemas.  Kebetulan selepas Aiman terjatuh, guru sekolahnya melalui kawasan itu.  Guru itulah yang telah 'menguruskan' Aiman dengan membawanya ke klinik dan menghubungi Ella.  Syukur juga Aiman tidak pengsan selepas kemalangan hinggalah di bawa masuk ke wad pembedahan.

Sama-samalah kita berdoa semoga Aiman pulih sepenuhnya dengan segera dan dapat kembali menceriakan mereka yang sentiasa menyayanginya.

Sewaktu kakcik melawat tadi, blogger terkenal Ben Ashaari bersama isteri dan anaknya Qhaliff pun ada sama.

Bertemu Ustaz Zulkarnain sebentar lagi, InsyaAllah...



Tiada cerita mahupun berita ...

Selasa, 26 Jun 2012

Kenapalah ada orang suka sangat tidur...

...benci tau... dah petang-petang macam ini pun masih nak tidur lagi.  Bawa-bawalah bangun berjogging ke apa ke... dah nak Maghrib ni ... :(


Alhamdulillah, Aiman tak perlu dibedah untuk kali kedua...

Kakcik terima pesanan ringkas dari Ella seperti berikut :

'Kakcik, Alhamdulillah kak. The blood clot tu dah evacuate, dh tk da lagi dah.  Aiman tk perlu undergo 2nd operation. Dktr akan kurangkan ubat slowly n let him awake.  Syukur sgt2 kak.  Tolong beritahu kwn2, terima kasih atas doa dan zikir.'

Terima kasih semua.  Tolong doakan agar Aiman segera pulih sepenuhnya.

Untuk makluman :  Aiman dirawat di Hospital Sg. Buloh.

Yang kakcik beli pagi tadi...

Burger = RM2.50.  Belum dimakan lagi.

Teh Lipton = RM2.30.  Baru minum dua teguk.

Sekeping sukun goreng = RM0.50.  Dah habis kena telan.
Tengahari nanti makan burger saja.  Tak payah beli makanan lain dah (kurusnya tak juga!).