Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 29 Jun 2012

Kesian mak saya...

... bila malam mak tak boleh tidur lena sebab asyik terbatuk-batuk.  Tapi mak tetap bangun awal juga.  Mak kata pagi ini dia ada mesyuarat lagi, tapi mak rasa segan sebab bunyi batuknya 'buruk' sangat.  Saya harap mak saya cepat sembuh.  Sudah hampir dua minggu mak begitu...

Saya hendak pergi ke sekolah.  Mak selalu mengingatkan supaya saya belajar
bersungguh-sungguh agar mendapat kejayaan di dunia.  Mak juga berpesan
supaya saya jangan mengabaikan solat semoga saya berbahagia di sana nanti.

Ini Along saya.  Setiap pagi Along akan menghantar saya dan Bangcik
ke sekolah.  Pagi ini Along juga menghantar mak ke pejabat sebab ayah
saya berkursus di Bangi.  Mak harap saya boleh jadi sekurang-kurangnya
macam Along yang boleh mengimamkan solat dan boleh mengetuai bacaan
Tahlil seperti yang Ustaz Zahazan kata di Radio IKIM pagi tadi.

18 ulasan:

  1. amin, bestnya, moga kakcik segera sembuh, musim kan skrg ni, akibat jerebu dan kualiti udara yang tidak menentu

    BalasPadam
  2. amin.. insyaAllah..
    moga kakcik cepat sembuh hendakNYA..

    psstt: takpe kakcik.. tunggu raya pulak nanti.. ;)

    BalasPadam
  3. semoga kakcik cepat sembuh...okayh...

    BalasPadam
  4. Auntie pun kesian juga mak batuk-batuk pun masih pergi kerja ye dik. Adik ingat pesan mak tu. Auntie pun harap sangat anak-anak auntie boleh jadi macam Abang Long adik...

    Sejuk perut mak adik ada anak macam abang Long...

    BalasPadam
  5. Muga anak-anak ibu_suri juga berfikir begitu bila mendengar ibu_suri batuk yang panjang beberau ini...

    BalasPadam
  6. Untungnya akk ada anak seperti Along...saya tidak ada anak lelaki kak...yg boleh mengimamkam solat jenazah saya nnt...saya tetap bersyukur masih punya 3 puteri kak...Semoga kakcik segera pulih...

    BalasPadam
  7. aminnnnnnnnnnnnn .. semoga impian mak menjadi kenyataan .. dan semoga kak chikk cepat2 sembuh ;) aminnnnnnnnnnn

    BalasPadam
  8. Kakcik batu ke? Minum air byk ye? Sy pun batuk tak reda g ni. Seltuk msh menguasai diri. Heee~

    BalasPadam
  9. banyakkan minum air suam..air asam jawa pun boleh
    cepat sembuh kakcik..amin..

    BalasPadam
  10. AMINNNN..!!
    sama2 kita doakan..

    kakcik, kita pun dah seminggu batuk-batuk..

    BalasPadam
  11. Amin...insya'allah.

    Smoga cepat sembuh kakcik.

    BalasPadam
  12. alahai kesian nya ngan mak BS.. BS jangan nakal2 tau, kesian kat mak, dengar nasihat mak.. selalu2 la cium mak ehhhh.. heee.

    BalasPadam
  13. semoga mak cepat sembuh
    jgn ngelat makan ubat ye

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com