Kawan-kawan kakcik

Sabtu, 30 Jun 2012

Mari berpantun di pagi Sabtu...

duduk berteduh di tepi lombong
mengenang cerita dilupa belum
kita menuduh orang yang sombong
sedangkan kita yang tak tahu senyum

 
buah kelapa di atas peti
bersepah merata tidak bertali
buat apa nak berkecil hati
kerana kita memang tak dikenali


orang lama suka berdagang
bawa nyonya teman berniaga
manakan sama pipit dan enggang
walaupun akhirnya ke bumi juga

16 ulasan:

  1. Salam. KC Pantun mendidik yang baik. Memang btul sgt kerana kita semua hanya makhluk Tuhan

    BalasPadam
  2. Hehe..best pantun kakcik pagi ni...ada nilai2 murni.... Kebetulan pagi ni sambil tengok 'tanyalah ustaz' baca kat blog kakcik....kebetulan isu pagi ni sama pula dengan ayat kt header blog ni.... Terbaekkkk...

    BalasPadam
  3. Salam Kakcik,

    Buat lempeng sambil berdiri
    Hidangan sarapan ku pagi ini
    Pantun dikarang sangat murni
    Terima Kasih kerna ingat mengingati

    BalasPadam
  4. harum melur di waktu pagi
    hiasan sanggul sianak dara
    terimakasih sudi mengenali diri ini
    walau berbicara tanpa suara

    BalasPadam
  5. setiap hari kita berbicara..
    walau hanya di alam maya..
    ingat-mengingati sesama kita..
    agar tak tergelincir dari landasanNYA..

    psstt: skill berpantun dah tumpul ler kakcik..

    BalasPadam
  6. Petik Senduduk Di Pokok Delima
    Bertih Ditabur diumbi nangka
    Detik pertemuan kali pertama
    Latihlah hati berbaik sangka

    Bergayut Cantik Sarang Tempua
    Ditiup Angin Jatuh Dikaki
    Berkecik Hati Menyiksa Jiwa
    Marilah Hidup Happy go lucky

    Merah Menyala Sibiji Saga
    Mari Dijual Pada Cik Rizal
    Pipit Burung Enggang Burung Juga
    Saiznya Saja Dijadikan Berbeza

    BalasPadam
  7. Hooyeehhh!! Kakcik bukak gelanggang..


    saya beli ni Kakcik .. :)

    "duduk berteduh di tepi lombong
    melihat nyonya mendayung perahu
    Usah sembarang menuduh sombong
    mesra hatinya tak siapa tahu"

    "Air kelapa enak terasa
    Bawa bekal kembara ke kota
    Berkecil hati jiwa terseksa
    Tak kenal maka tak cinta " :p

    "Orang lama suka berdagang
    hingga melarat ke indrapura
    Takkan sama pipit Dan enggang
    Bila kudrat tidak serupa".        **hakikat

    Furrhhhh! Berpeluh !

    BalasPadam
  8. biar bendang tidak berjaga,
    jangan tempua tidak bersarang;
    biar orang tak kenal kita,
    jangan kita tak kenal orang.

    BalasPadam
  9. alamak dah lama sangat tak berpantun ni...

    pohon sawit pon seroja
    pantun comel milik kakcik seroja.....

    hahahhaa...boleh ke tu...:)

    BalasPadam
  10. alamak..saya tak pandai la berpantun..

    BalasPadam
  11. takde mood pantun tapi pantun kakcik penuh pengajaran

    BalasPadam
  12. bunga melati layu sebelum berkembang
    Mega merah di tapak tangan
    kalimah benci mungkin disebut ulang berulang
    Namun hati berkata sayang.

    BalasPadam
  13. Salam kakcik. Tengah hway ni tenet hilang hilang. Tak dapek nak berpantun ha..
    s

    BalasPadam
  14. wah2 kak ..
    saya paling fail bab nie
    tapi kagum sgt kakcik leh berpantun enak macam nie ;)

    BalasPadam
  15. Wah meriah komen2 kat sini.. Masing2 ada bakat terpendam.

    Nak kongsi pantun Ustaz Akashah :

    Kalau ada jarum yang patah, jangan disimpan dalam lori,
    I say, I am sori..

    Nur memang tak pandai nak berpantun.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com