Kawan-kawan kakcik

Isnin, 30 April 2012

Jom kita ke pulau (jangan segan-segan bawa bekal)...

Budak berbaju merah itu pun nak masuk blog juga. :)

Gambar bapa budak pun kena ada juga.




Pantainya bersih dan airnya jernih.


Letih ke pakcik?

Sup isi ketam (iyakah?) bersama jagung dengan perisa air -
tiada rasa manis atau masin!  Harganya RM8.00



Yang ini pula perisa ais! Harganya RM3.00

Mujur juga kakcik ada bawa air ini dan roti butterscotch.
Hidangan secara buffet ada disediakan dengan harga RM45.00 untuk seorang dewasa.
Dengan bayaran RM280.00 seorang, anda boleh belajar menyelam
dengan jurulatih berlesen.

Jom kita ke pulau (bandingkan harganya)...

Tengok tu - hanya RM20 seorang untuk ke sebuah pulau

Yang ini pula harganya RM23

Yang ini pun sama = RM23
Tidak guna berlagak kaya, sedangkan wang ada hanya cukup-cukup
sahaja. Inilah pakej yang kakcik dan suami ambil!
Boleh pergi ke tiga pulau untuk wang yang
dikeluarkan sebanyak itu... :(


Jom kita ke pulau...

Perasan ala-ala pelancong.  Kenalah bergambar di mana-mana tempat yang
boleh menunjukkan di mana sebenarnya kita berada. 


Di sini pun boleh. :)

Jom naik bot.

Agak-agak boleh seimbang tak bot itu bila makcik ini naik?

Keselamatan kena diutamakan.

Mat Saleh : 'This boat go to Sapi, right?'
Mat Salah : 'yes...yes...yes...'

Hehehe...


Peranan dia ni penting tau...
Dengan sedikit pengalaman, kakcik ingin berpesan kepada anda yang belum pernah pergi ke pulau-pulau berdekatan dan teringin hendak pergi, dapatkan maklumat sepenuhnya sebelum pergi, ya?

Bandingkan dulu harga pakej yang ditawarkan (tapi, boleh dikatakan semua syarikat menawarkan harga yang sama).  Cuma, elakkanlah membuat tempahan di kaunter yang dibuka di hotel tempat kita menginap untuk mengelakkan rasa terkilan yang berpanjangan!

...bersambung...

 

Ahad, 29 April 2012

Sabtu, 28 April 2012

Assalamu'alaikum. Sudah sarapankah kawan-kawanku?...

Alamak! Gigih menaip catatan tadi, hilang pulak dia... Dahlah skrin besar lubang hidung! Kena tunggu balik ke Kuala Lumpur jugalah baru boleh bercerita...

Jumaat, 27 April 2012

Gambar lama sementara menantikan gambar baru...




Untuk membaca catatan tentang gambar-gambar ini, boleh cari di ruangan 'Apa yang dicari' dengan menaip perkataan Kinabalu di sebelah bawah bahagian kanan blog ini.





Khamis, 26 April 2012

Ini betOl-betOl atau cObaan?...






Andainya betul, kenapa tak diemelkan sahaja baucer tu?  Kenapa kena isi 'macam-macam ada'?  Bukankah alamat emel tu sudah ada?  Ish...  banyak tanda soal ni...


Ke sana lagi, bukan untuk menjual undi...

InsyaAllah, tengahmalam nanti kakcik dan suami akan mendarat lagi di sini...


Andainya ada talian jalur lebar percuma dan  boleh buat catatan melalui C3 (C4 jangan digunakan sesuka hati - bahaya!), kakcik akan buat sedikit catatan (pastinya tanpa gambar).  Kalau tiada, kita jumpa lagi Isnin nanti.  InsyaAllah.


Nak jual undi...

ada sesiapa nak beli?

harganya tak mahal
.

.

.

.

.

.

cuma berjanjilah

.

.

.

.

.

bahawa kamu tak akan berjanji (pulak?)

bila kamu sendiri tak yakin

bahawa janji kamu itu

akan dapat kamu tepati

.

 .

.

.

.

kakcik dah muak

dengan segala kepura-puraan

hanya untuk meraih undi yang didambakan

sedangkan bila kamu sudah 'naik'

semuanya kamu tak nampak lagi

yang sedihnya

kamu hanya nampak ruang

untuk memecahbelahkan ukhwah

dan yang sedihnya lagi

impianmu hanya

untuk menambah isteri!



Rabu, 25 April 2012

Sampai bila agaknya boleh buat catatan melalui C3 ini?...

Bila guna reka bentuk baru blogspot, kakcik jadi tak tahu nak buat catatan melalui telefon bimbit cokia ini. Sedangkan guna reka bentuk lama ini pun, susah rasanya.

Walaupun blog kakcik ini bukan penting pada orang lain, tapi bila sehari tak buat catatan, kakcik rasa kasihan pula pada blog ini. Entah apa-apa saja, kan?

Ada sesiapa sudi nak taja? ...



Nak ambil gambar pun  gigil, apa lagi nak beli!


Jom semak kad pengenalan kita...


Jangan sampai ada tarikh luput pula.  Pastikan juga kita adalah WARGANEGARA

Kalau kita sudah layak mengundi, pastikan kita mengundi di tempat yang betul!
Jangan duduk di Selangor tapi terpaksa pergi ke Sabah untuk mengundi!

Sumber : http://pascawanganbukitsentosa2.blogspot.com/

Selasa, 24 April 2012

Bukan tidak boleh, tapi...

... di perjalanan tadi kakcik ternampak kata-kata seperti ini dipaparkan di suatu tempat ...


Banteras Rasuah
Anda
Mampu Melakukannya

Masalahnya, kalau hanya bilis yang memakan rumpai itu sahaja sibuk dijala sedangkan jerung yang memakan paus dibiarkan bermaharajalela, apakah lautan benar-benar terjaga?


Masa kita masih 'anak-anak'...

 sesuka hati kita bertindak
tidak hirau rasa hati makbapak
kononnya kita ada kaki sendiri untuk berpijak
walaupun jalan kita masih setapak-setapak

kita rasa kita sudah cukup bijak
walau sebenarnya masih banyak yang kita tak nampak
tapi kita tetap ingin mengembangkan kepak
yang nyata ianya masih belum kuat menguak

dengarkah kita kata hati ibu
nampakkah kita pandangan ayah yang sayu
mereka rela melepaskan kita
bukan untuk kita mencari bencana
mereka mahu kita berdikari
mereka doakan yang baik-baik untuk kita dulu dan kini
tapi bukan bermakna mereka lepas tangan
setelah langkah kita mereka relakan

bagi ibu dan ayah
selamanya kita adalah anak yang masih perlu sekolah
walau mungkin kita lebih berjaya dari mereka
jangan nafikan dari merekalah kita bermula


Kini mereka tiada lagi.  Rasa hati mereka satu waktu dulu, mungkin telah kurasa kini.
Al-Fatihah buat Allahyarham bapa dan Allahyarhamah ibuku.


Isnin, 23 April 2012

Jamu mata...

... kalau ingin menjamu selera, silalah berkunjung ke Restoran Al-Amin seperti yang kakcik catatkan di SINI.





Dalam menu di tulis 'Salatoh'.  Bahasa Melayunya kalau kakcik tak
silap ialah Salad!

Yang ini bukan salah satu hidangan, tapi anak buah kakcik si Iman yang
tak tahu duduk diam.