Kawan-kawan kakcik

Selasa, 24 April 2012

Masa kita masih 'anak-anak'...

 sesuka hati kita bertindak
tidak hirau rasa hati makbapak
kononnya kita ada kaki sendiri untuk berpijak
walaupun jalan kita masih setapak-setapak

kita rasa kita sudah cukup bijak
walau sebenarnya masih banyak yang kita tak nampak
tapi kita tetap ingin mengembangkan kepak
yang nyata ianya masih belum kuat menguak

dengarkah kita kata hati ibu
nampakkah kita pandangan ayah yang sayu
mereka rela melepaskan kita
bukan untuk kita mencari bencana
mereka mahu kita berdikari
mereka doakan yang baik-baik untuk kita dulu dan kini
tapi bukan bermakna mereka lepas tangan
setelah langkah kita mereka relakan

bagi ibu dan ayah
selamanya kita adalah anak yang masih perlu sekolah
walau mungkin kita lebih berjaya dari mereka
jangan nafikan dari merekalah kita bermula


Kini mereka tiada lagi.  Rasa hati mereka satu waktu dulu, mungkin telah kurasa kini.
Al-Fatihah buat Allahyarham bapa dan Allahyarhamah ibuku.


31 ulasan:

  1. alfatihah utk arwah mak n abah kakcik... semoga rohnya dicucuri rahmat di sana

    bile kite dh ada anak baru kite tau apa yg dulu2 mak abah kite rasa

    BalasPadam
  2. Al-Fatihah buat yg tiada..

    Bila mengimbau zaman kanak-kanak, pasti kita akan rindu pada zaman tersebut.. zaman yg tiada masalah...

    Kini kita pula bergelar ibubapa, sekejap sahaja rasanya masa berlalu.

    BalasPadam
  3. kak, waktu kanak2 memang semuanya seronok buat kita, tiada apa yang perlu difikir selain main dan jumpe kawan2. Saat usia menginjak dewasa ianya mematangkan kita, hopefully! Alfatihah

    BalasPadam
  4. Alfatihah untuk ayah dan mak kakcik. Semoga dicucuri rahmat. Untuk semua ibu bapa di dunia, Alfatihah.

    BalasPadam
  5. Kakcik, entri nie bt sy sayu hati. Ish....dulu sy suke rebel. Sian mak ayah.

    BalasPadam
  6. Al-fatihah,semoga dicucuri rahmat dan tanpa ibu bapa sapalah kita di dunia nie.....

    BalasPadam
  7. Al-Fatihah
    moga mereka berdua di cucuri rahmat.

    BalasPadam
  8. Bila kita sudah menjadi ibu kita dapat rasakan bagaimana rasa ibu kita dulu. Cuma bezanya sekarang lebih mencabar dek arus perubahan zaman..

    BalasPadam
  9. salam kakcik..alfatihah buat keduanya..
    betul kata kakcik..mungkin kini kita sudah merasai perkara yang sama..apa yang mereka rasa dulu..

    BalasPadam
  10. alfatihah buat ibubapa kakcik..

    dogaan membesarkan anak dan nak mendidik anak menjadi anak yg terbaik mematangkan kita dgn tanggungjawab...

    BalasPadam
  11. Assalamualaikum, kakcik
    Hiba pilu betul baca entri kakcik ni. Teringat ibubapa yang sudah tiada memang amat-amat menyebakkan dada.

    Benarlah bila tiba masa kita, barulah kita rasa sebenar-benarnya apa yang ibu bapa kita pernah rasakan. Semoga mereka mengampuni kita, dan semoga Allah mengampuni mereka.

    BalasPadam
  12. jangan pernah dilupa jasa ibu dan bapa....mereka adalah yang terhebat...

    BalasPadam
  13. beruntung pada insan yang masih punyai ibubapa

    BalasPadam
  14. sayu hati baca entry mak pagi ni..sy dlu kalau ckp main ikut sedap je...hurm... =(

    BalasPadam
  15. Al-Fatihah untuk arwah..jasa mak ayah tak ternilai.

    BalasPadam
  16. AlFatihah. Ikatan kasih sayang dan kekeluargaan bukan hanya di dunia tapi hingga ke alam barzakh juga.

    BalasPadam
  17. betul tu kak, bila saya dah jadi ibu, baru saya tahu apa yg mak saya rasa bila anak-anak tak dengar nasihat ibu bapa. sedih n3 akak ni. alfatihah utk kedua ibu bapa akak

    BalasPadam
  18. kakcik..insaf saya kak..saya memang jenis kuat membantah..nak ikut kepala sendiri je..

    BalasPadam
  19. huhuu saya lak emo kak ..
    rasa nak balik dan pelok2 mak dan ayah !

    BalasPadam
  20. ibubapa adalah segalanya dalam hidup ini....

    BalasPadam
  21. hmm...

    sekarang ni dah makin dewasa, saya dah makin faham kenapa mak selalu larang buat begitu dan ayah selalu larang buat begini.

    takpelah. selagi ada kesempatan kite gembirakan hati mereka.

    BalasPadam
  22. sayangi ibu dan ayah..... tanpa mereka... siapalah kita.....

    BalasPadam
  23. alfatihah utk arwah mak dan ayah kakcik

    BalasPadam
  24. alFatihah buat arwah ayah & ibu kakcik..

    Benar..kita akan rasa juga apa yg ibu bapa kita rasai masa mereka besarkan kita dahulu...hidup ini satu kitaran

    BalasPadam
  25. semoga keduanya tenang di sana.. sekarang ini kita pula merasai kerisauan di hati seperti mereka dulu..

    BalasPadam
  26. Al-fatihah untuk ayah dan mak kakcik & untuk semua ibu dan ayah kita juga.
    Semoga dicucuri rahmat.
    Sayu hati entri nie.
    Terima kasih kakcik..
    Pokok Manggis Depan Rumah

    BalasPadam
  27. Mama pun teringat abah yg dah tiada.
    Minggu ni nak balik kg. jumpa emak!

    BalasPadam
  28. al fatihah..sayu betul tiba2 hati ni..huhu..rindu kat mak ngan ayah kat kampung..huhu

    BalasPadam
  29. kakcik...sedih dan sebak membacanya...bila mengenangkan ibu yg telah tiada...

    BalasPadam
  30. Al-Fatihah ut kedua ibu bapa kita ya kakcik...

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com