Khamis, 30 September 2010

Kacak tak saya?

'emak saya tak ada kerja dan tak ada ilham la tuuuuuu'
psssstttttt ....  diam-diam....  saya nak tidur ....



Akan jatuhkah mertabat kalau....

Boss makan semeja dengan kakitangan bawahan tanpa protokol - tanpa perlu pelayan?


Boss jadi penyambut tetamu mengalu-ngalukan kedatangan kakitangan di majlis yang dibuat di pejabat?


Boss memulakan salam kepada kakitangan?


Tapi... kadang-kadang tak boleh nak salahkan boss juga.  Ada juga kakitangan yang suka 'mengipas' dan menuding jari kepada orang lain untuk melayan boss supaya boss nampak dia sibuk dan begitu mengambil berat, kan?


Apa-apa sahajalah labuuuuuuuu..... (^_^)



Rabu, 29 September 2010

'Telefon aku balik'

Satu permintaan yang lebih berbentuk arahan!

Tiba-tiba anda menerima panggilan dari satu nombor yang tidak dikenali.  Setelah dijawab, sipemanggil mengenalkan diri dan berkata, 'telefon aku balik' dengan nada yang tegas dan tidak mesra alam.  Wah! apa kes pulak ni? 

Disebabkan anda mengenali sipemanggil (walaupun ingat-ingat lupa - itu pun kerana telah bertemu semula beberapa bulan lalu selepas berpuluh tahun tidak bersua), anda pun dengan 'baik hati' menelefonnya semula.  Dia sebenarnya bukanlah saudara mara anda mahupun kenalan rapat.  Cuma anda pernah satu sekolah dengannya - bukan sekelas pun!

Dipendekkan cerita, dalam perbualan itu dia berkata, 'kau masukkan duit sikit - dalam tiga empat ratus ke dalam akaun aku.  Aku tengah sesak ni'.  Amboi mak .... anda seorang jutawankah?  Atau setidak-tidaknya anda punya wang yang banyak yang boleh diminta oleh sesiapa sahaja?  Sedangkan hakikatnya, nak memenuhi keinginan anak-anak pun terpaksa berfikir berkali-kali...

Difikir-fikirkan semula, anda tidak pun pernah berhutang dengannya yang memungkinkan dia meminta wang itu sebagai bayaran kepada pinjaman yang diberikannya. 

Jadi, apakah agaknya tindakan yang akan anda lakukan bila berhadapan situasi begini??



Perhatian kepada Nuffnangers

Kakcik ambil artikel ini dari  Arsenal FC


PENTING UNTUK KITA SEBAGAI BLOGGERS OR NUFFNANGERS!!!


A Nuffnang Community Announcement / Pengumuman Komuniti Nuffnang :



Kami berehat dari program regular kami untuk memberi anda mesej sesuatu yang agak membimbangkan untuk kita belakangan ini.


Seperti yang anda mungkin sudah tahu, ada 2 jenis Nuffnang kempen yang blogger boleh mendapatkan dari: Kos berargo pada Impression (MCPM) Kempen, yang membayar sesuai jumlah pengunjung blog yang melihat iklan berjalan di blog, dan Kos-Per- Klik (BPK) kempen, yang membayar blogger berdasarkan jumlah klik yang dihasilkan pada iklan.



Kami telah memperhatikan bahawa kumpulan tertentu telah terlibat penipuan klik, yang ditakrifkan sebagai mengklik iklan BPK sengaja hanya untuk menghasilkan pendapatan bagi pemilik blog. Kami memahami bahawa sebahagian daripada anda mungkin hanya cemas tentang pendapatan beberapa pendapatan sampingan dari memaparkan iklan banner, namun tidak diketahui bahawa ini sebenarnya melanggar Terma & Syarat dalam Seksyen 6.



Diantara beberapa tindakan yang merupakan penipuan klik adalah;

- Mengklik iklan blogger lain dan meninggalkan komen di belakang meminta / mengisyaratkan kepada pemilik untuk mengklik iklan mereka kembali

- Meminta bantuan pengunjung blog 'untuk mengklik iklan

- Mendaftarkan sejumlah besar blog dan klik iklan di masing-masing

- Berulang kali beralih ke IP yang berbeza untuk mengklik iklan sendiri



Iklan Banner ruangan yang dibeli oleh pemasang iklan untuk mempromosikan kempen iklan mereka. Iklan hanya seharusnya diklik jika penonton tertarik untuk mengetahui lebih lanjut tentang kempen iklan, bukan untuk maksud mendapatkan wang tambahan. Hanya klik iklan banner untuk tujuan mendapatkan wang tambahan akan membahayakan keberkesanan kempen. Ini mungkin kelihatan tidak berbahaya, tetapi manfaat penipuan klik tidak ada dalam jangka panjang kerana perlu situasi ini memburuk, frekuensi kempen iklan mungkin dikurangkan secara signifikan sebagai pemasang iklan akan selektif untuk hanya beriklan di blog tanpa nota penipuan klik, mengurangkan jumlah ruangan iklan yang tersedia untuk pengiklan.



Sistem kami mampu menjejaki tindakan yang disebutkan di atas, yang didokumentasikan dan jika perlu, akan digunakan sebagai bukti untuk tujuan undang-undang. Di masa lalu, Nuffnang telah diskors dan melarang pelbagai individu dan kumpulan untuk terlibat dengan kesalahan ini. Namun, kerana jumlah blogger yang terlibat dalam penipuan klik telah berkembang dalam tahap yang membimbangkan dalam komuniti kami, kami terpaksa harus lebih waspada untuk membawa ini berakhir. Kami akan mengambil tindakan yang diperlukan untuk menjaga high blog dan ruangan iklan yang tersedia untuk pengiklan sehingga anggota masyarakat yang lain tidak terpengaruh oleh mereka yang terlibat dalam penipuan klik.



Kami menyedari bahawa banyak Nuffnangers mungkin tidak menyedari bahawa mereka tidak sengaja mungkin terlibat dengan penipuan klik, oleh kerana itu kami meminta anda membantu kami menyebarkan berita. Jika anda mengetahui adanya teman-teman anda atau Nuffnangers lain yang telah terlibat dalam tindakan semacam itu, kami sangat menghargai jika anda baik boleh mendidik mereka di bahaya terlibat dalam aktiviti penipuan klik.

Terima kasih atas perhatian anda.

Say NO untuk klik Penipuan.




Mantera beradu




Masih belum sempurna..




Gerakkan Hati... Hati gerakkan...
Pandanglah aku.. aku lah dia..


kulitku tebal.. ku kebal.. ingatkan kebal..
hanya berbual makan angin kembung perut mual...
desak dan tidak senang.. hidup tak pernah lenang..
kuski separa noya takut pecah tembelang



pecah tembelang... peta dah hilang...
bangau dah pulang... suara sumbang..



lidahku kaku tak selicin kuku
teman baikku buku
bini ku pena.. tak pernah lena
aku suka mengintai pantang ditenung
berakhir pertelingkahan dalaman
pasti belum



ikut gerak hati.. pena melayang
dilihat dua layang pandang
tak lah sekarang
takat meradang


tanya.. panggil dengan parang
badan macam badang
main acap belakang parang



hunuskan kerismu sewaktu ada pistol
tradisi kekalkan adaptasi harus betul
tujuh baris keramat tujuh garis penamat
baik berpada biar jahat asalkan selamat

ramai saudaraku yang baik telah dipijak



awan mendung yang berarak
bawa tangis bawa resah
rebah rindu yang terkumpul
semua birat dan kalimah
semua janji yang terikat
lebur disisimu




yo ijazah terbaik datangnya dari jalanan
dari pengalaman bercakap dan bersalaman
konflik motivasi cuba medatasi
positif yang bercicah diinspirasi pagi



peduli reputasi basi pekakkan sebelah
halang dia keduanya muka cantik
soalan bodoh yang ditanya jadi melodinya
lebih hina dari zina




lu bikin dosa ku bikin prosa
teston teron testarosa
citacita sosa kl kl kosa nostra


jalan berliku ku harung roller coaster
gah sentosa tiada penyesalan
luas pandangan jauh dah berjalan
tak sempurna masih ada kejanggalan
gagal merangkap merangkap kegagalan



kucing bawa tidur rimau bawa ligau
masuk tempat orang bawa otak bukan pisau




naik bukit angkuh cakap ayah jangan risau
turun bukit pucat dengan tiga miaww
kucing bawa tidur rimau bawa ligau
masuk tempat orang bawa otak bukan pisau


tolak pintu gua tiga kerat tenaga
kosong tak dijaga sampai datang tiga nada
ingat nak berlaga tapi tak kan boleh menang
menang dengan otak tak mesti dengan pedang



sebelum jadi naga ikan koi renang renang
pura pura salah jawapan untuk naik derang
panggil lima kawan atau biar pergi laju
risaukan pekara remeh kita tak akan maju
muka sama hijau hati siapa tahu
merah dah menyala pasti mati siapa mahu
gagap tiga kali bercakap benar saja
bulan terang ramai yang keluar buat kerja



panjat pokok buluh cari tukang air ketu
naik sampai nampak dah terpegun turun
tiga ular ikut lompat atau paut
kalau lari mati jika belum maut




puisi hati mu... hati mu puisi
palu hatiku palu hatimu




kulit tak besar walau sering ganti baju
pandang sini pandang sini
ku berbahasa baku kata kata nahu
himpun jadi satu
mantera beradu dengan irama dan lagu



akhirnya sempurna....

 

Selasa, 28 September 2010

Gangguan Seksual



Peraturan 4A  Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, memperuntukkan seperti berikut :

4A. (1) Seseorang pegawai tidak boleh melakukan gangguan seksual terhadap orang lain, iaitu seseorang pegawai tidak boleh : 

(a) membuat cubaan untuk merapati orang lain secara seksual atau meminta layan seksual daripada orang itu; atau

(b) melakukan apa-apa perbuatan yang bersifat seksual berhubung dengan orang lain, dalam keadaan yang setelah mengambilkira segala hal keadaan, akan menyebabkan seseorang yang waras merasa tersinggung, terhina atau terugut.

Sebutan dalam subperaturan (1) tentang perlakuan sesuatu perbuatan yang bersifat seksual kepada orang lain -

(a) Termasuklah perbuatan  sesuatu pernyataan yang bersifat seksual kepada, atau di hadapan orang lain itu sama ada pernyataan itu dibuat secara lisan, bertulis atau dengan apa-apa yang lain.

(b) tidak terhad kepada perlakuan perbuatan itu di tempat kerja atau dalam waktu kerja sahaja selagi perlakuan itu memburukkan atau mencemarkan nama perkhidmatan awam.

Peraturan 4.4 - Seseorang Pegawai Awam yang didapati bersalah melakukan ganguan seksual boleh dikenakan mana-mana satu atau apa-apa gabungan dua atau lebih hukuman yang berikut, bergantung kepada keseriusan kesalahan itu -

(a) amaran  
(b) denda
(c) lucuthak emolumen
(d) tangguh pergerakan gaji
(e) turun gaji
(f) turun pangkat
(g) buang kerja



Seharian di INTEKMA Resort and Convention Centre

Oleh kerana aku masih memegang prinsip yang kucipta sendiri iaitu 'tidak menyiarkan sebarang wajah tanpa izin - kecuali ahli keluarga dan rakan-rakan yang kupasti tidak kisah wajah mereka tersiar', maka catatan ini juga tiada gambar wajah para peserta mahupun penceramah.

Semalam, seharian aku berada di INTEKMA Resort and Convention Centre, Shah Alam kerana menghadiri seminar 'Menangani Gangguan Seksual Di Tempat Kerja'.  Seminar bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir jam 4.00 petang.

Minum pagi - jam 10.30

Hiasan dalam dewan seminar

Makan Tengahari






Hujan lebat sewaktu hendak balik ke rumah


Tentang isi kandungan  seminar, nanti kita kongsikan kemudian, ya? (^_^)



Isnin, 27 September 2010

Tetamu

Terima kasih kepada Acu dan Azie yang sudi bertamu ke rumah kakcik malam tadi.  Kakcik mohon maaf atas segala kekurangan dan ketidakselesaan - maklumlah rumah yang isinya serba kekurangan. 

Azie yang sentiasa ceria

Acu yang manis

Hidangan yang serba ringkas

Dah kenyang ke???

Sembang-sembang sambil makan - tapi tak buat ketupat tau!

Chak yang sampai terlelap (masa ambil gambar ni dia buka mata pula) tunggu mak-mak bersembang!


Ahad, 26 September 2010

Mari main-main dengan kucing....

Apakah salah kucing-kucing ini maka mereka dikurung??



Agaknya kucing ni kata 'kalau aku duduk kat luar, aku pun boleh gemuk macam kau tauuuuu'





'Lihat matakuuuuuuu ... sebelah biru, sebelah oren... kau ada?'




Makan-makan lagi...

Hari ini masih ada beberapa jemputan untuk dipenuhi.  Tak tahulah mana yang dapat dihadiri dan mana yang tidak.  Salah satu jemputan itu atas nama Imam Mustaqim (Alonglah itu) dan isteri (bila masalah pulak Along ada isteri?) serta keluarga. 

Satu lagi majlis Tahlil dan Aqiqah serta Jamuan Hari Raya di rumah bossku di Kajang (rasa-rasa macam tak boleh nak menghadirkan diri).  Petang ini kena hantar Angah balik ke Banting.  Sya ada di rumah tak petang ini?

Malam nanti abang iparku pula akan tiba dari Taiping.  Esok beliau akan menghadiri jamuan yang dianjurkan oleh Angkatan Tentera Malaysia.  Suamiku (adiknya) akan menemaninya nanti. 

Azie dan Acu ...  temujanji kita malam ni jadi tau!  Apa yang ada sahajalah, ya?  Acu nak milo, panas kan?  Azie pulak?  Hehehe...

Malam tadi kami sekeluarga menerima undangan dari sepupuku untuk makan-makan 'ala kampung' di rumahnya. Dia juga meminta aku 'bawa' adik-adikku dan keluarga mereka sekali.  Tapi, masing-masing punya hal tersendiri.  Nak bawa bapa yang kebetulan ada di rumahku, bapa kata 'tak larat'.  Jadi, Angah (yang sememangnya jenis tak suka mengikut kemana- mana kalau tiada keperluannya) menemankan Atuknya di rumah.

Lama juga kami di rumah sepupuku itu - lebihkurang 3 jam. Kami dihidangkan nasi dengan ikan masin goreng, sambal kelapa, sambal belacan dan ulam-ulaman, masak lemak ikan senangin, ikan talang masin di masak kari, kangkung goreng belacan.  Budak Sepet yang gemarkan makanan pedas, makan bertambah-tambah sambil 'bersulam' air. Habis makan nasi, dia makan pulak pisang entah berapa biji!








Sabtu, 25 September 2010

Jamuan Hari Raya di PERNIM

Petang tadi selepas Zuhur, aku bersama suami dan budak sepet menghadiri majlis Jamuan Hari Raya di rumah Setiausaha Masjid Nurul Hidayah, Kg. Pandan. Along pergi terlebih dahulu.


Dari sana, kami terus ke Kampung Cheras Baru untuk menghadiri jamuan yang dianjurkan oleh PERNIM (Pertubuhan Kebajikan Anak-anak HIV/AIDS) yang diasaskan oleh Puan Hajah Norlina Alawi dan suami beliau Lt. Kolonel Haji Roslan Zakaria.

Jamuan Aidilfitri ini turut ditaja oleh PROMOTE (Perodua Myvi Owner Team),  BERNAS (diwakili oleh suamiku), BAKAT Rejimen 515 Askar Wataniah dan Persatuan Penduduk Kampung Cheras Baru. 

Para jemputan turut terdiri dari pertubuhan-pertubuhan anak yatim sekitar Lembah Klang, Tasputra PERKIM dan orang-orang kurang upaya.









Pengacara Majlis    


Saida - menyampaikan lagu adiknya

Khairul - Protege Jaclyn Victor     



 Kumpulan Nasyid