Kawan-kawan kakcik

Selasa, 28 September 2010

Gangguan Seksual



Peraturan 4A  Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, memperuntukkan seperti berikut :

4A. (1) Seseorang pegawai tidak boleh melakukan gangguan seksual terhadap orang lain, iaitu seseorang pegawai tidak boleh : 

(a) membuat cubaan untuk merapati orang lain secara seksual atau meminta layan seksual daripada orang itu; atau

(b) melakukan apa-apa perbuatan yang bersifat seksual berhubung dengan orang lain, dalam keadaan yang setelah mengambilkira segala hal keadaan, akan menyebabkan seseorang yang waras merasa tersinggung, terhina atau terugut.

Sebutan dalam subperaturan (1) tentang perlakuan sesuatu perbuatan yang bersifat seksual kepada orang lain -

(a) Termasuklah perbuatan  sesuatu pernyataan yang bersifat seksual kepada, atau di hadapan orang lain itu sama ada pernyataan itu dibuat secara lisan, bertulis atau dengan apa-apa yang lain.

(b) tidak terhad kepada perlakuan perbuatan itu di tempat kerja atau dalam waktu kerja sahaja selagi perlakuan itu memburukkan atau mencemarkan nama perkhidmatan awam.

Peraturan 4.4 - Seseorang Pegawai Awam yang didapati bersalah melakukan ganguan seksual boleh dikenakan mana-mana satu atau apa-apa gabungan dua atau lebih hukuman yang berikut, bergantung kepada keseriusan kesalahan itu -

(a) amaran  
(b) denda
(c) lucuthak emolumen
(d) tangguh pergerakan gaji
(e) turun gaji
(f) turun pangkat
(g) buang kerja



26 ulasan:

  1. Beri hukuman yang tegas dan setimpal .

    Salam kakcik . Sihat yeaa..

    BalasPadam
  2. Salam Linda...

    InsyaAllah, kakcik sihat-sihat sahaja.. :)

    para pelaku kadangkala terlampau diberi muka menyebabkan mereka tidak merasa apa-apa bila melakukan kesalahan.. :(

    BalasPadam
  3. kadang2 kita dah tunjuk kan riak kurang senang pun tetap jugak di ganggu..penah marah tapi sekejap je diaorang berhenti ganggu lepas tu ganggu semula...huh!!

    BalasPadam
  4. Acu...

    kalau macam tu, kena buat laporan/aduan ke Pihak Atasan/Polis (kalau ada bukti seperti gambar/saksi, elok dibawa sekali)

    BalasPadam
  5. kena pandai bawak diri dan kena pandai bertindak bila diganggu

    BalasPadam
  6. Mizah...

    kadang2 memang macam tu. Tapi, ada juga kes perempuan bersuami dan berpakaian sopan serta bertudung menjadi mangsa gangguan boss miang keladi...

    BalasPadam
  7. gadisBunga...

    itu betul... kita kena ketahui hak kita di sisi undang2...walaupun terpaksa bersabar bertahun2!

    BalasPadam
  8. peraturan ni merangkumi juga gangguna seksual dari wanita kepada lelaki juga kan ?

    BalasPadam
  9. Kanda AL...

    merangkumi lelaki kepda wanita, wanita kepada lelaki, wanita kepada wanita, lelaki kepada lelaki dan juga spesis lain (sekiranya ada!) :)

    BalasPadam
  10. salam mamaku
    cheqna biasa berhadapan situasi ini
    penat gak nak handle
    baik lelaki mahupun wanita same je kalau bab memulakan sexual harrasemen ni

    BalasPadam
  11. Salam anakku Cheqna...


    dari apa segi pun agaknya sebilangan manusia tidak mengenal erti puas! :(

    BalasPadam
  12. kalau tgn gatal pegang kita gigit sampai putus. polis tanya kata memertahankan diri.

    BalasPadam
  13. kalo kene camni mesti hangin kan.. mmg geram kalo tgk org gatai2 ni

    BalasPadam
  14. Salam Asmidar...

    kuatnya gigimu... sampai boleh putus tangan .. hehehe... elok juga tu.. :)

    BalasPadam
  15. Salam Maiyah...

    patut bersedia dengan sesuatu yang boleh dijadikan senjata seperti spray, kan? Biar padan muka sigatal itu1 :)

    BalasPadam
  16. gangguan secara lisan pun bahaya juga kan kakcik, ni yang payah nak dijadikan bukti

    BalasPadam
  17. betul2
    kak cik saya pun pernah kena gangguan..

    BalasPadam
  18. apa punya bos ...kesempatan dalam kesulitan...bebaskan diri

    BalasPadam
  19. Salam Kakcik,

    potong kan aje tuttt dia lagi..Baru dirasanya..

    BalasPadam
  20. ibuintan...

    kalau gangguan secara lisan ni, memang susah nak dibuktikan kecuali kalau ada rakaman!

    BalasPadam
  21. Zeq...

    siapakah gerangan yang berani mengganggu Zeq itu??? ;-)

    BalasPadam
  22. b.r.u.t.a.l.s.o.l.o...


    pekerja mesti tahu hak mereka - menjadi pekerja bukan untuk menjadi 'makana' majika.. kan...kan...kannnn....

    BalasPadam
  23. Salam Yan...

    kalaulah boleh 'dibobbitkan'.... hehehe...

    BalasPadam
  24. Angah...

    kalau kena kat Angah, Angah nak buat apa agaknya? :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com