Kawan-kawan kakcik

Ahad, 26 September 2010

Makan-makan lagi...

Hari ini masih ada beberapa jemputan untuk dipenuhi.  Tak tahulah mana yang dapat dihadiri dan mana yang tidak.  Salah satu jemputan itu atas nama Imam Mustaqim (Alonglah itu) dan isteri (bila masalah pulak Along ada isteri?) serta keluarga. 

Satu lagi majlis Tahlil dan Aqiqah serta Jamuan Hari Raya di rumah bossku di Kajang (rasa-rasa macam tak boleh nak menghadirkan diri).  Petang ini kena hantar Angah balik ke Banting.  Sya ada di rumah tak petang ini?

Malam nanti abang iparku pula akan tiba dari Taiping.  Esok beliau akan menghadiri jamuan yang dianjurkan oleh Angkatan Tentera Malaysia.  Suamiku (adiknya) akan menemaninya nanti. 

Azie dan Acu ...  temujanji kita malam ni jadi tau!  Apa yang ada sahajalah, ya?  Acu nak milo, panas kan?  Azie pulak?  Hehehe...

Malam tadi kami sekeluarga menerima undangan dari sepupuku untuk makan-makan 'ala kampung' di rumahnya. Dia juga meminta aku 'bawa' adik-adikku dan keluarga mereka sekali.  Tapi, masing-masing punya hal tersendiri.  Nak bawa bapa yang kebetulan ada di rumahku, bapa kata 'tak larat'.  Jadi, Angah (yang sememangnya jenis tak suka mengikut kemana- mana kalau tiada keperluannya) menemankan Atuknya di rumah.

Lama juga kami di rumah sepupuku itu - lebihkurang 3 jam. Kami dihidangkan nasi dengan ikan masin goreng, sambal kelapa, sambal belacan dan ulam-ulaman, masak lemak ikan senangin, ikan talang masin di masak kari, kangkung goreng belacan.  Budak Sepet yang gemarkan makanan pedas, makan bertambah-tambah sambil 'bersulam' air. Habis makan nasi, dia makan pulak pisang entah berapa biji!








14 ulasan:

  1. Aik? Takkan jemput kami berdua saja? Sian KAKCIK kena masak nanti (wpun Azie takda nak request apa, anything jer).

    Jemputlah orang lain sama...


    ZEQZEQ.. nanti tunggu kat mana? Nak pegi sekali tak? :)

    BalasPadam
  2. salam kakcik,

    budak sepet tu sama macam sarah, suka makan makanan yang pedas, pastu selang seli dengan air...

    hehehe....

    selagi syawal belum berlalu, selagi tu la edisi makan2 ni tak tamat kan...

    BalasPadam
  3. Zeq...

    janganlah sekejap lagi... lepas maghrib nanti tau.. :)

    BalasPadam
  4. Azie...

    kakcik pun tak tahu nak ajak siapa, rumah pun kecik je.. tapi, kalau siapa2 nak datang.. silalah.. nanti kakcik masak nasi goreng! :)

    BalasPadam
  5. Salam Ain..

    dan berat pun semakin bertamabah! huhuhu....

    BalasPadam
  6. bulan ramadhan bulan puasa, bulan syawal pulak bulan makan-makan...

    BalasPadam
  7. Alhamdullilah...
    rezeki dari Allah
    jangan ditolak kakcik kaanss...

    Salam kakcik sayang . Selain makan dgn berselera jgn lupa jaga kesihatan tauu ..

    BalasPadam
  8. IM...

    dan keinsafan pun bagai tak lekat di hati, kan?>

    BalasPadam
  9. Salam LiNda yang manis...

    Alhamdulillah. :)

    Makan pun dah tak berselera sangat bila menghadapi hidangan yang lebihkurang sama sahaja... :)

    BalasPadam
  10. Salam Reen...

    kalau sudi, marilah.. kakcik bukan buat 'makan-makan' pun.. saja nak beramah mesra bersama teman2.. :)

    BalasPadam
  11. Tak pe..saja mengusik.

    hari ni takboleh nak kemana2 pun, abg kena keja~ on call.


    Kalau saya nak datang saya sms akak tau...

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com