Kawan-kawan kakcik

Khamis, 30 September 2010

Akan jatuhkah mertabat kalau....

Boss makan semeja dengan kakitangan bawahan tanpa protokol - tanpa perlu pelayan?


Boss jadi penyambut tetamu mengalu-ngalukan kedatangan kakitangan di majlis yang dibuat di pejabat?


Boss memulakan salam kepada kakitangan?


Tapi... kadang-kadang tak boleh nak salahkan boss juga.  Ada juga kakitangan yang suka 'mengipas' dan menuding jari kepada orang lain untuk melayan boss supaya boss nampak dia sibuk dan begitu mengambil berat, kan?


Apa-apa sahajalah labuuuuuuuu..... (^_^)



24 ulasan:

  1. ular yang menyusur akar, tak kan hilang bisanya.

    BalasPadam
  2. susah juga kalau bosss baik... zaman sekarang ni.

    BalasPadam
  3. Kanda AL...

    betul tu. Tapi ular pun dah malas nak menyusur akar - takut tersangkut...hehehe...

    BalasPadam
  4. salam mama
    cheqna selalu pesan ngan budak2 ni..hormati cheqna seadanya
    tak perlu nak takut2 nak makan sama2..nak borak sama2..time keje kejela time suka2..suka2 la...dan alhamdulillah..cheqna tak rugi pape..hormat dan takut adalah 2 perkara yang berbeza...

    BalasPadam
  5. AM...

    kalau boss sombong, ditakuti hanya 'terpaksa' dihormati di pejabat sahaja... jumpa di luar, seboleh mungkin orang akan mengelak - tambah2 bila dah pencen nanti!

    BalasPadam
  6. Salam cheqna anak mama...

    baguslah macam tu. Bila kita bersikap terbuka, staff pun senang nak melontarkan pendapat dan pandangan - bukanlah nak suruh pijak kepala. Kerja tetap kena buat juga. Hormat dan bodek juga adalah dua perkara yang amat2 berbeza... ;-)

    BalasPadam
  7. salam kak cik...

    rasa nya tak jatuh martabat seorang BOS.. andai dia luhur hati ... tapi sebenarnya..jatuh la martabat diri ..kaki kaki kipas itu ..tanpa di sedari diri sendiri...

    tengok kan aje lah.... jauh mana boleh pergi..kebiasaannya...kaki kipas ni golongan yang tak pandai buat kerja.... dah banyak kita tengok macam ni kak cik...

    BalasPadam
  8. Salam Ila...

    Memang boss akan lebih disanjung andainya sentiasa bersikap baik, berbudi luhur dan tidak berat sebelah tanpa usul periksa....

    Hairankan? Ada orang yang tak sanggup mengipas diri sendiri yang kepanasan tapi sanggup mengipas orang lain atas sesuatu tujuan!

    BalasPadam
  9. Salam Mila...

    Betul tu - dan tiada rugi apa-apa pun, kan? :)

    BalasPadam
  10. bagi saya kak cik...kalu bos gini..xde hal sb sbg pekerjanya..saya tetap mnghormati kerana kita bekerja sbg satu amanah..lagi pula..tmbh2lah mesra ngan bos..

    saya pernah bekerja ngan bos yg buat jurang..nk jumpa sign surat pom kecut perut..huhu..ni dah kira hormat..tapi tatoootttttt...hehe

    BalasPadam
  11. Salam Sarah...

    memang ada boss yang mahukan jurang dengan kakitangan bawahan. Kononnya supaya kakitangan tak hilang hormat. Macam kata cheqna - hormat dan takut adalah dua perkara berbeza!

    BalasPadam
  12. baik salah tak baik pun salah macam mana nie kak cikkk oiiiiii

    BalasPadam
  13. Siapa kata buat baik salah, Angah oiiii... Yang kat buat baik salah tu, orang yang sakit hati dan jiwa! :)

    BalasPadam
  14. Salam kakcik,

    saya now consider as a boss.. tak isah makan dgn staffs.. lg bagus.. nak mesra2 gitu..hee

    BalasPadam
  15. salam..yg penting, kita sedar dari mana asal usul kita..pejabat yang besar tiada maknanya kerana hanya keranda akan menemani kita kelak..huhuhuh

    BalasPadam
  16. Salam Yan...

    kakcik hanyalah pekerja bawahan.. selalunya boss tak nampak kakcik dan kakcik pun jarang nampak boss... hehehe...

    BalasPadam
  17. Salam Sahrom...

    saat itu nanti pangkat dan gelaran tak berguna lagi....

    BalasPadam
  18. salam kakcik,

    bos yang dengan rela hati buat macam ni lagi dihargai dan dihormati...

    BalasPadam
  19. Salam Ain...

    boss yang 'baik' akan sentiasa dikenang dan disayang... :)

    BalasPadam
  20. Salam Kakcik,

    Tak salah, malah lebih baik. Saya pun pakai kasut buatan Gombak, kan buatan Malaysia bagus...

    BalasPadam
  21. Hj Zed...

    ada ya kasut buatan Gombak?? Kakcik tahu kasut buatan Serdang atau Jinjang je... :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com