(terutamanya kepada anak-anak).. aku lebih senang mendiamkan diri dari berkata-kata. Dalam diam-diam, aku menangis sendiri...
Kawan-kawan kakcik
Rabu, 30 Jun 2010
Sekadar berkongsi...
Restoran berikut telah mendapat pengesahan halal JAKIM :
(1) Mc Donald
(2) A&W
(3) Secret Recipe
Restoran/syarikat berikut telah ditarik sijil pengesahan halal JAKIM kerana gagal mematuhi syarat dan piawaian halal :
(1) Victoria Station
(2) Kam Lun Tai
(3) Lotus Family Restoran
Restoran/syarikat berikut tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM :
(1) San Francisco Steakhouse
(2) Chicken Rice shop
(3) Kiwi Express
Bagi minuman ringan keluaran syarikat F&N seperti coke dan 100 plus telah mendapat pengesahan halal JAKIM .
2. Ayam segar yang dibungkuskan atas nama Farmbest adalah dikeluarkan oleh Syarikat Sin Mah S/B, syarikat ini telah mendapat pengesahan halal JAKIM .
Mewarnakan rambut dr segi hukum syarak terbagi kepada :
1. Harus mewarnakan rambut dengan warna selain hitam .Warna hitam hanya harus bagi yang berpenyakit sahaja.
2. Makruh mewarnakan rambut bagi orang muda.
3. Haram mewarnakan rambut bagi orang yang terlalu tua.
4. Haram mewarnakan rambut tanpa tujuan.
5. Harus mewarnakan rambut dengan izin Suami.
Dari segi bahan pewarna rambut yang ada di pasaran terbahagi kepada 2 jenis yang mana kedua-duanya dalah halal dari segi bahan kandungan. Yang menjadi persolan adakah pewarna tersebut menyerap air atau tidak ??
Pewarna rambut yang dipasaran biasanya akan tertulis pada kotak PERMANENT DYE atau SEMI PERMANENT DYE . Mengikut kajian jenis yang Semi-Pamenent Dye adalah jenis yang tidak menyerap air dan ianya tidak boleh dipakai oleh orang islam.Begitu juga sebaliknya.
JAKIM sendiri tidak pernah mengeluarkan sijil halal untuk produk pewarna rambut kerana ianya di kilangkan di luar negara. Untuk pengetahuan, JAKIM hanya akan keluarkan sijil halal utk produk yang diproses di malaysia sahaja . Wassalam

Selanjutnya : di sini
30/06/2010
gambar dari pakcik google
Sekejap sahaja
setengah tahun telah berlalu
apa agaknya yang telah dicapai
apa agaknya yang telah ditinggal
apa pula yang bakal datang
apa lagi yang mungkin hilang
Selasa, 29 Jun 2010
Isnin, 28 Jun 2010
Tergunting jari la pulak...
Adoiiiii... gara-gara nak betulkan pin keronsang yang tercabut.. huhuhu...
sikit punya besar ke gunting ni...
ini pulak keronsangnya...
adoiii..doii..doii...
tak ada plaster.. sapu minyak gamat, balut dengan kertas tissue dan ikat dengan getah...
DrSinga... tolonggggggggg.....
Majlis Perkahwinan - 26 dan 27/06/2010
Sekarang ni, majlis perkahwinan dah tak ada musim. Macam durian juga. Bila-bila masa saja boleh ada... Pada 26/06/2010 (Sabtu), aku menghadirkan diri ke Majlis Perkahwinan anak kepada bekas teman sepejabat yang diadakan di Desa Baiduri, Cheras.
Pada 27/06/2010 pula, aku menghadiri Majlis Perkahwinan rakan sepejabat di Taman Bolton, Batu Caves.
Kadang-kadang terfikir juga, bagaimanalah suasana perkahwinan anak-anakku nanti, ya? Melihatkan kepada segala persiapan yang menelan belanja yang tentunya 'berpuluh ribu' kalau tidak pun 'beratus ribu', terselit rasa bimbang yang bukan sedikit di hatiku. Kalau dah berhabis semasa majlis sahaja, bagaimana pula kehidupan pengantin selepas majlis berakhir? Apakah akan dibebani dengan hutang selama bertahun-tahun? Atau apakah hutang piutang itu akan terus menjadi tanggungan ibubapa?
Ahad, 27 Jun 2010
Makan-makan bersama Bapa
Setelah lebih setahun ayahanda tercinta terlantar, baru-baru ini beliau telah boleh menapak dalam jarak yang dekat dengan bantuan tongkat 'berkaki empat '. Aku suarakan pada suami tentang keinginan untuk membawa bapa keluar makan bagi memberikan beliau sedikit rasa gembira. Setidak-tidaknya, tidaklah dunianya hanya di dalam rumah walaupun sesekali adikku membawanya pulang ke kampung. Sepanjang lebih setahun, rasanya baru 3 kali sahaja bapa balik ke kampung. Lagipun sekarang ini, rumah di kampung itu telah ada penyewanya....
Semalam, balik dari Kedai Epoi di Alam Damai, aku mengajak suami ke Farmasi untuk membeli kerusi roda. Tujuannya, supaya senang membawa bapa 'keluar'. Bersama anak-anak dan adik-adikku, adik ipar serta anak-anak buah - dengan menaiki 3 buah kereta, kami membawa bapa makan di Al Rawsha, Jalan Damai, Ampang. Seronok melihat bapa tersenyum dan ketawa dengan telatah anak cucunya. Semoga kesihatan bapa akan terus bertambah baik.
Mudah-mudahan selepas ini, aku dan adik-adikku berpeluang lagi membawa bapa berjalan ke mana-mana. Semoga juga Allah murahkan rezeki kami agar kami dapat sentiasa menggembirakan bapa dengan membawanya 'melihat semula dunia luar'. Paling penting, aku amat berharap kesihatan bapa pulih sepenuhnya agar beliau dapat ke Tanah Suci Mekah. Tahun lepas peluang bapa telah terlepas bila beliau jatuh sakit. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan setiap sesuatu yang terjadi.
Sabtu, 26 Jun 2010
Tahniah Epoi...
Alhamdulillah, akhirnya One Kitchen & Decoration selamat dibuka. Semoga perniagaan Epoi dan Kamal ini akan terus berkembang maju dan berdiri gah seiring dengan perniagaan yang selama ini dimonopoli oleh kaum lain.
Memang cantik hiasan dalam pejabat & bilik pameran Epoi. Makanan yang dihidangkan pun sedap. (Walaweiiii la Epoi.. )
Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) ni, entah bila masa yang tak sesak. Jangan kata yang sesekali lalu ikut sini, aku yang tiap-tiap hari lalu pun tertekan dibuatnya.
Makan-makan di Moon's Kitchen
Adik punya makanan - pesan dari kedai sebelah...
budak sepet ni lebih suka makan nasi dari menjamah makanan barat
Bangcik punya - Black Pepper Steak...
Ayah punya - BBQ Chipotle Beef Ribs ...
Minuman - Laicikang dan Kiwi Ice Blended (tak ketinggalan air kosong)...
Mak makan apa??? Mak tengok je... bila anak dan ayah tak habis, mak tolong habiskan! :)
Langgan:
Catatan (Atom)