Kawan-kawan kakcik

Rabu, 30 Jun 2010

30/06/2010

gambar dari pakcik google



Sekejap sahaja
setengah tahun telah berlalu

apa agaknya yang telah dicapai
apa agaknya yang telah ditinggal

apa pula yang bakal datang
apa lagi yang mungkin hilang







22 ulasan:

  1. sabtu yg baru lepas (26 jun) gerhana bulan uoolsss.. ehehe

    BalasPadam
  2. alam,

    Hari-hari yang mendatang, kesemuanya perlu dituruti dan difahami. Kerana ada disebaliknya, keabsurdan dalam realiti. Absurd sekali.

    BalasPadam
  3. Salam Cikgu...

    memang absurd - dan menuntut pemahaman untuk terus memahami.. :)

    BalasPadam
  4. 6 bulan pantas betul berlalu..
    tahun depan naik satu angka lagi..

    bersyukur masih bernafas & dan dapat menatap wajah suami & anak2 setiap hari.Alhamdulillah.

    BalasPadam
  5. masa berlalu dengan pantasnya... hu hu hu

    BalasPadam
  6. haish..tu la..cpt je dh 6 bln kan..ini dh masuk julai ni lagi le laju rase..nk pose..nk raye...ujung taun nk bonus..hehe

    BalasPadam
  7. Dah setengah tahun ...
    cepat masa yang ditinggalkan terasa lambat jika menanti sebab tu amat terasa hati dah stengah tahun ada orang tak penuhi janji lagi....

    BalasPadam
  8. Salam Reen..

    Alhamdulillah.. semoga esok kita masih dapat melihat mentari pagi (kakcik selalu tak sempat pun melihat kemunculan matahari.. waktu keluar rumah, bulan masih menampakkan wajah) :)

    BalasPadam
  9. Salm Chik Na..

    ...dan... masih banyak yang kita tak terkejar atau tersiapkan (terutamanya bekalan untuk ke 'sana')...

    BalasPadam
  10. Salam baby berry.. terima kasih sudi singgah (jangan lupa, datanglah lagi)

    pose tahun lepas, dah habis ganti? :). Jom belanja kakcik makan pasemboq gurney drive malam ni.. :)

    BalasPadam
  11. Salam Salmi..

    ada orang berjanji untuk dimungkiri dan merasa seronok melihat ada hati yang kecewa! Sedih, kan?

    BalasPadam
  12. salam kak
    N boleh kata syukur atas kurniaan NYA pada kita yg tidak terhingga..masih diberi kesempatan masa untuk menerus kan perjalan hidup ni..yg lepas jadikan pengajaran dan pedoman dimasa² mendatang yg belum pasti bagaimana kah semua nya dtg kepada kita.. hanya mampu berdoa dan memohon pada NYA semoga diberi kan kita limpah kurnia kesihatan yg baik rezeki yg berkat dan lebih lh sesuai dgn daya usaha kita bekerja keras mencarinya..mohon ditingkat kan kesabaran dan kekuatan iman dihati...
    Semoga kak cik sihat yer..sayang akak...

    BalasPadam
  13. Salam N..

    dalam hidup ini, kita tak akan terlepas dari 'tergelincir'. Namun, kegelinciran itu adalah amaran untuk kita supaya lebih berhati-hati dalam mengatur langkah. Tergelincir bukan beerti kita harus terus terduduk dan enggan untuk bangun kembali. Sesungguhnya DIA sentiasa memberikan cahaya di sebalik kegelapan, cuma kita kena tahu di mana arah cahaya itu dan berusaha untuk terus mencarinya walaupun dalam susah payah.. terpulang kepada kita sama ada mahu meneruskan atau berhenti bila rasa 'tersekat'.

    Sayang N juga.. :)

    BalasPadam
  14. kak cik betul kata kak cik masa berlalu begitu pantas sedar x sedar dah sampai masa umo pun makin lama makin meningkat

    BalasPadam
  15. masa beredar tanpa kita sedar...sekejap2 dah berlalu sebulan..usia makin tua...namun bekalan untuk ke Sana masih terlalu kurang...

    BalasPadam
  16. Salam Angah.. saaayanggg Angah.. :)

    Wajah mungkin boleh kita ubah2 (mengubah ciptaan Tuhan la tu..), tapi usia tetap juga beransur tua! :)

    BalasPadam
  17. Salam Ida..

    itulah.. bukan tak tahu bahawa bekalan tak pernahnya cukup.. tapi, kenapalah kita masih juga berleka-leka, kan??

    BalasPadam
  18. salam kak cik...mai amik award kat blog saya yer...

    BalasPadam
  19. setiap ari menghitung ari..bila le tarikh nak naik pelamin nie...hehehee

    BalasPadam
  20. Salam Alimaz..

    Insya Allah. Terima kasih.

    BalasPadam
  21. Salam Acu..

    bila tu?? jangan lupa hantar undangan tau! :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com