Kawan-kawan kakcik

Isnin, 28 Jun 2010

Majlis Perkahwinan - 26 dan 27/06/2010

Sekarang ni, majlis perkahwinan dah tak ada musim.  Macam durian juga.  Bila-bila masa saja boleh ada...  Pada 26/06/2010 (Sabtu), aku menghadirkan diri ke Majlis Perkahwinan anak kepada bekas teman sepejabat yang diadakan di Desa Baiduri, Cheras.


Pada 27/06/2010 pula, aku menghadiri Majlis Perkahwinan rakan sepejabat di Taman Bolton, Batu Caves.

 
Kadang-kadang terfikir juga, bagaimanalah suasana perkahwinan anak-anakku nanti, ya?  Melihatkan kepada segala persiapan yang menelan belanja yang tentunya 'berpuluh ribu' kalau tidak pun 'beratus ribu', terselit rasa bimbang yang bukan sedikit di hatiku.  Kalau dah berhabis semasa majlis sahaja, bagaimana pula kehidupan pengantin selepas majlis berakhir?  Apakah akan dibebani dengan hutang selama bertahun-tahun?  Atau apakah hutang piutang itu akan terus menjadi tanggungan ibubapa?



16 ulasan:

  1. salam kakcik. kita buat ikut kemampuan kita. ukur baju di badan sendiri. saya rasa anak-anak pun faham kedudukan kewangan kita.

    yang penting akd nikah sempurna dan ramai sahabat handai dan saudara mara hadir meraikannya.

    kawin anak sulung saya dulu buat atas jalan depan rumah saja. yang kedua akan datang ni pun macam itu juga.

    BalasPadam
  2. Salam kanda AL..

    Walaupun anak-anak kakcik belum berumahtangga lagi, tapi kat rumah kakcik pernah diadakan kenduri kahwin adik perempuan kakcik beberap tahun yang lalu. Macam tu lah juga, tutup jalan depan rumah! :)

    BalasPadam
  3. 2-2 pelamin nampak sangat grand.... zaman la ni dah tak serupa cam zaman dulu dah yer kak cik. Budak2 skang dah pandai merancang yg grand2 untuk perkahwinan sendiri... heheheh

    BalasPadam
  4. Salam Vic..

    teringat masa kakcik 'dipaksa bersanding' dulu.. cuma letak kerusi dan hiasan yang ala kadar sahaja. Sekarang ni, tempahan untuk pelamin saja dah makan 'ribu-ribu'.. :)

    BalasPadam
  5. salam kakcik...banyak kenduri...saya juga dipaksa bersanding la kakcik.... kawan mak buat pelamin ala kadar saja.... saya klik kak cik punya hing 5 ....

    BalasPadam
  6. Salam Alimaz...

    kakcik dulu memang tak nak bersanding, tapi kena paksa.. kalau tengok balik gambar, muka suami memang 'tak lalu makan punya muka'. :)

    BalasPadam
  7. salam kakcik
    buat ikut kemampuan..
    cheqna pun duk mikir gak ni..cewah..tak hengat nih...hehehe
    insyaallah Allah pasti akan mudahkan segalanya

    BalasPadam
  8. Salam cheqna..

    anak kakcik 4 - 4 hero.. jenuh la nanti nak siapkan hantaran! Silap2 buat kenduri sebelah pihak je..hehehe.. :)

    BalasPadam
  9. Salam Pn. Dr..

    ngumpul tu belum lagi.. yang ada 'ngompol' je.. hihihi.. :)

    BalasPadam
  10. rejeki...rejeki..
    hehehe...
    hjg thn ni adik saya punya turn pulak

    BalasPadam
  11. buat grand...orang kata,
    buat kecik...laaagila mengata!

    BalasPadam
  12. Salam Ms Lilies...

    bertambahlah ahli keluarga, ya?? Mesti meriah . :)

    BalasPadam
  13. Salam Cikgu..

    nikah senyap-senyap, laaaagiiiilah orang mengata, kan?? :)

    BalasPadam
  14. kakcik pergi khenduri tak makan ke?..peluk tubuh je..
    kalau saya ...nak makan khenduri yg di ambil kira.( ingat makan je....._

    BalasPadam
  15. Salam Salmi...

    seperti biasa, kakcik makan selepas selesai menyuap budak sepet! (tiada pulak dia dalam gambar di kenduri kedua tu sebab dia sibuk main kamera) :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com