Khamis, 30 Disember 2010

Tersangatlah malasnya...

penghargaan kepada : shw.cekodokphoto.fotopages.com

Malas nak jawab komen
malas nak buat catatan baru
malas itu malas ini
elok juga tutup saja 'rumah' ini buat sementara kan??

(eh... tapiiiiii, kalau nanti tiba-tiba rajin pulak?  Bukaklah semula - bukan ada orang kisah pun....)

Macam-macam...



JAKARTA - Seorang penyokong Indonesia duduk di atas palang besi pada bumbung Stadium Utama Gelora Bung Karno di sini untuk menonton pusingan kedua perlawanan akhir Piala Suzuki AFF antara Malaysia dan Indonesia, lapor akhbar KOMPAS.com semalam.



Penyokong yang tidak diketahui identitinya itu beraksi seperti adi wira Spiderman apabila dia berjalan dari satu tiang ke tiang lain di atas bumbung stadium itu.

Sekilas pandang, dia dilihat membawa bendera Merah Putih Indonesia yang tertera nombor 4-0 yang bermaksud kemenangan skuad Indonesia.

Ketika perlawanan itu berlangsung semalam, Spiderman tersebut berkali-kali mengibarkan benderanya sebagai sokongan kepada pasukan bola sepak tanah airnya.

Aksi beraninya menarik perhatian orang ramai termasuk kumpulan kakitangan media kerana Spiderman itu duduk dekat ruang wartawan membuat liputan.

Dalam perlawanan akhir pusingan kedua itu, Malaysia tewas 1-2 kepada Indonesia.

Namun, pada pusingan pertama yang diadakan di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Ahad lalu, Malaysia menang 3-0 ke atas Indonesia.

Malaysia menang dengan agregat 4-2 sekali gus menjulang Piala AFF Suzuki buat pertama kali. - Agensi

Apa-apapun tahniah dan syabas kepada pasukan Malaysia yang tetap cemerlang (berpanjangan hendaknya) walaupun bermain dalam tekanan yang bukan sedikit.


*** rasa kelakar pulak semalam tengok wajah beberapa penyokong Indonesia yang bagai terpinga-pinga bila Malaysia diumum juara! Mungkin terfikir 'gimana sih - kok kita yang menang... MALINGSIA dinobat juara?' hehehe...***

Moralnya : jangan menyokong secara meng'khinzir' buta tanpa mengetahui fakta yang sebenarnya...


Rabu, 29 Disember 2010

Sultan Muhammad V...

SULTAN Kelantan, Sultan Muhammad V Tuanku Faris Petra (kiri), berkenan menyampaikan replika kunci rumah kepada penduduk miskin pada majlis Pengurniaan Zakat dan Bantuan Tanah Jajahan Gua Musang, di Masjid Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) KESEDAR, Sungai Asap B, di Gua Musang, hari ini. - Foto BERNAMA


Sumber : Berita Harian
 
Motif aku letak gambar???  Sengaja - sebab teruja tengok seorang Sultan di Malaysia berpakaian begitu .

Tiada yang murah lagi...

Baru balik dari makan tengahari bersama suami.  Rasanya, baru lagi kami makan di tempat yang sama dengan hidangan yang sama.  Waktu itu, harga yang kami bayar cuma lebihkurang RM17.00.  Tapi, aku agak terkejut tadi bila harga yang dikenakan ialah RM21.00!  Rasanya, ikan yang kami makan itu tidak menggunakan santan (bukankah harga kelapa dan santan telah melambung naik?) mahupun gula.  Oh ... mungkin ikan itu dibakar dengan menggunakan minyak petrol! (eleh... beza RM4.00 pun nak bising, orang tender nombor plet sampai RM300K - tak hairan punnnnn...)

Gambar dari album dalam simpanan pakcik Google (aku dah semakin malas membimbit kamera)



Dah tak tahu nak buat apa dengan duit, ya?

Selanjutnya di : KOSMO


Jangan...

Jangan makan yang manis-manis
nanti kena kencing manis

jangan makan yang banyak lemak
nanti perut jadi senak

jangan pula banyak soal
barang naik harga memang tiada hal

jangan jadi gemuk macam perempuan ini
nanti semua pakaian tak muat lagi!





Gambar selingan : makanan pagi ini yang berharga RM2.30 (ops! kuih itu belum dimakan - beli sebab nak ambil gambar! - tanpa rasa manis dan lemak, baik untuk kesihatan anda - hehehe)

nasi dan telur goreng yang 'tiada rasa'



Selasa, 28 Disember 2010

Berat blog...

Saja-saja tadi tumpang timbang berat blog di BLOG AAP ni....

Agak-agaknya sesuai tak berat blog kakcik ni, En. Yassin? :)


5S...



Adakah ianya benar-benar dilaksanakan di tempat anda?




Caj caj dan caj...

Gambar hiasan


Keluarkan wang di mesin pegeluar wang - lebih dari 4 kali, akan dikenakan caj sebanyak 50 sen bagi setiap pengeluaran berikutnya.  Belum lagi kalau pengeluaran di mesin bank yang lain - sudah tentu caj sebanyak RM1.00 di kenakan.

Buat urusniaga atas talian - setiap satu ke bank yang berlainan, RM2.00 dikenakan.

Kad ATM dicaj RM8.00 setahun.

Terpulanglah pada kehendak kita ...  kononnyalah!


gambar selingan :
Cantik set minuman ini...

Mee hailam hasil masakan suami mithali (oh! bukan suamiku) ini memang mengancam selera...

 


Isnin, 27 Disember 2010

24 tahun melangkah bersama...

(27/12/1986 - 27/12/2010)

Kadangkala kita tidak seiringan
bukan ertinya kita tidak sehaluan
namun di jalan yang sentiasa ada persimpangan
kita harus bijak membuat pertimbangan

tidak pernah kau janjikan bintang dan bulan
tidak juga kau taburkan intan berlian
jauh sekali kau ucapkan kata-kata pujian
namun dapat kubaca hatimu yang penuh keikhlasan

langkah mula bukan aturan kita
tapi suratan dari Yang Maha Esa
pelbagai rintangan kita langkah bersama
semoga begitulah ke hujung usia


Tiada jamuan di hotel mewah mahupun restoran ternama.  Cukuplah sarapan pagi bersama yang nilainya hanya di bawah RM10.00




Ahad, 26 Disember 2010

Sesaknya jalan...

Baru balik dari Alor Gajah.  Wah .. bukan main sesak lebuhraya dari Seremban menuju Bukit Jalil  (gara-gara perlawanan bola sepak Piala Suzuki lah tu..)




Masa pergi pun jalan sesak dari Desa Tun Abdul Razak ke arah Bukit Jalil (yang ini pula gara-gara lori tangki terbalik).  BS kata dia nampak Uncle Ondscene di lokasi itu)...




Jadi macam budak ini juga yang senang... 



25 Disember 2010

Pagi ...

Ke Pasar Chow Kit (seperti biasa - hanya duduk dalam kereta sambil memerhati gelagat manusia)...

Kenderaan yang bersimpang siur dan 'menyesakkan'


Penguatkuasa yang datang 'sepintas lalu' sebelum 'mat-mat parking' kembali 'menjalankan tugas mereka'

Menjelang tengahari...

Ke Majlis Perkahwinan anak seorang rakan di Pandan Lake Club...

Dapat sepasang cawan tanpa piring sebagai cenderahati.  Kalau 20 tahun dulu, cawan dan gelas adalah hadiah yang paling popular untuk diberi kepada pasangan pengantin, tapi sekarang keadaan sudah terbalik!

Sepasang cenderahati yang diterima di majlis perkahwinan anak saudara seorang menteri kabinet beberapa tahun lepas.  Rasanya. harga cenderahati ini boleh mengenyangkan perutku di pejabat selama seminggu.

Selepas tengahari...

BS dan BC ingin menonton Hantu Kak Limah Balik Rumah.  Masuk ke Kompleks Berjaya Time Square.  Pusing-pusing tanpa dapat tempat meletak kereta dan keluar semula setelah membayar harga 'meletak kereta' sebanyak RM3.00!. Terus ke Ampang Avenue.  Ambil 3 tiket untuk tayangan jam 5.30 petang.  Memandangkan telah masuk waktu 'Asar, singgah untuk solat di Surau Ampang Avenue yang berhawa dingin sepenuhnya.
Duduk di baris ketiga dari depan - itu sahaja tempat yang boleh dipilih...

Curi-curi ambil gambar, tapi tak menjadi!

Hampir sahaja aku terlelap dalam panggung, tapi si 'mulut murai' ini tetap mempastikan aku tidak tertidur...

Menjelang malam...

Suamiku menjemput kami selepas habis tayangan.  Singgah semula di Surau Ampang Avenue untuk solat Maghrib.  Kemudian terus ke Tesco Ampang untuk makan malam atas tanggungan Along...

Sebelum balik ke rumah, layan BS ni main dulu.  Huh! kalau dah anak bongsu, nak masuk 10 tahun pun macam baru 5 tahun...
 





Sabtu, 25 Disember 2010

Kerana aku semakin di mamah usia...


lalu kurasakan rancangan itu terlalu hambar - langsung tidak dapat menarik perhatianku walaupun telah kucuba 'mendengar tanpa memandang'... dan akhirnya aku terlena!



Jumaat, 24 Disember 2010

Sakit hati tak...

.. bila kita bercakap, orang buat tak tahu dan buat tak peduli.  Mungkin dalam senyap dia tutup telinga.  Tambahan pula, orang itu bukan orang lain... tapi, anak kita sendiri??? Mungkin agaknya ini balasan sebab dulu kita pun selalu tak dengar cakap mak....



Tiba-tiba rasa ngilu di geraham....

Jangan cakap kuat-kuat, ya?  Bila gigi dah ngilu ni, dengar orang bercakap pun rasa rimas!