Kawan-kawan kakcik

Selasa, 28 Disember 2010

Caj caj dan caj...

Gambar hiasan


Keluarkan wang di mesin pegeluar wang - lebih dari 4 kali, akan dikenakan caj sebanyak 50 sen bagi setiap pengeluaran berikutnya.  Belum lagi kalau pengeluaran di mesin bank yang lain - sudah tentu caj sebanyak RM1.00 di kenakan.

Buat urusniaga atas talian - setiap satu ke bank yang berlainan, RM2.00 dikenakan.

Kad ATM dicaj RM8.00 setahun.

Terpulanglah pada kehendak kita ...  kononnyalah!


gambar selingan :
Cantik set minuman ini...

Mee hailam hasil masakan suami mithali (oh! bukan suamiku) ini memang mengancam selera...

 


34 ulasan:

  1. salam.... kakcik,

    kadang2 kita terpaksa buat juga tranksaksi pengeluran..mungkin nak ke bank lain...jalan pulak jem.., masa pun terbatas..

    tapi cas setahun itu tinggi tu.

    BalasPadam
  2. salam penunggu rumah

    nak parking kereta sementara nak beratur di kaunter bank pun ken acharge..hehe..Apapun senang sekali je cucuk..then guna

    BalasPadam
  3. SALAM,
    MEE HAILAM LAGI SEDAP DRPD SET MINUMAN! SEBABNYA, MEE HAILAM BOLEH DIMAKAN. SEBAB LAIN, MEE HAILAM LEBIH MURAH. SEBAB LAIN LAGI (LAST), MEE HAILAM LF SUKA !

    BalasPadam
  4. saya pakai buku akaun je makcik~~tak pandai pakai kad~(hoih~bohong je saya nih)

    BalasPadam
  5. W/salam SR...

    macam kakcik katalah - pilihan di tangan kita. Duduk depan pc/laptop, tanpa berpeluh buat urusan.. dan jangan bising pasal caj! :)

    BalasPadam
  6. Salam KakCik

    Mintak hampun sbb tertinggal ketapi, hehe.
    Selamat ulang tahun perkahwinan yg ke 24, semoga bahagia ceria senantiasa :-)

    I pernah ada kad GIRO tapi tak pernah guna (almaklum duit dlm tu cipot jer.. hanya untuk update 'bunga' dari sijil premium), so bila bank dah caj 2-3 kali, I kensel jer. Sekian.

    BalasPadam
  7. W/salam wahai tetamuku Imanshah...

    Cucuk sekali, lepas tu simpan bawah bantal, ya? :)

    BalasPadam
  8. W/salam Dato'...

    komen Dato' membuatkan saya tersengih2. Betullah kan? Cantik bukan boleh menyenyangkan pun. :)

    BalasPadam
  9. Bujal X...

    tak baik membohong pagi2 ni tau... :) (eh! di waktu lain pun tak boleh berbohong...)

    BalasPadam
  10. W/salam CS...

    tak apa.. tertinggal keretapi, boleh kejar dengan jet pejuang!

    Terima kasih untuk ucapan. :)

    Kenyataan Puan itu saya faham dan telah diambil maklum. Hehehe...

    BalasPadam
  11. sahrom...

    caj RM8.00 setahun itu termasuk BIMB dan BSN. Yang lain2, kakcik tak pasti. :)

    BalasPadam
  12. Assalamualaikum kakcik..

    Moga sihat hendaknya..

    Saya memilih dok depan laptop jer untuk urusan pembayaran bil dan sebagainya...

    BalasPadam
  13. Wa'alaikummussalam Ustaz...

    ramai juga yang memilih untuk berurusan seperti Ustaz. Alasan yang biasa kakcik dengar 'tak perlu beratur / tidak berpeluh / tak payah susah2 cari parking'... :)

    BalasPadam
  14. dalam talian pun kena caj ye..baru tahu..hihi

    BalasPadam
  15. suami mithali akak pandai buat mi hailam tak?

    BalasPadam
  16. Ati...

    memanglah kena, kecuali transaksi ke bank yang sama (Maybank ke Maybank, contohnya). Kalau Bank Rakyat, 4 transaksi pertama setiap bulan hanya dicaj 50sen setiap satu. :)

    BalasPadam
  17. KOG...

    suami mithali kakcik tu hanya tahu makan mee hailam! :)

    BalasPadam
  18. pic last gak yang wat air liur meleleh..hehehehe

    BalasPadam
  19. selamat ulang tahun kak cik maaf terlambat bz semalam..... biasa la bank mana yang tak kenakan cas perkhidmatan.....menci

    BalasPadam
  20. AKT...

    terima kasih atas ucapan. :)

    Kerja bank terjamin dapat bonus, kan? ;-)

    BalasPadam
  21. Salam Kakcik,

    sedap tu mee hailam..

    BalasPadam
  22. Kak Cik... mee hailam tu rupa mcm mee jawa kt Penang.. huwwwaaaa... ngidam pula pagi2 nie

    BalasPadam
  23. Suami siapa yang masak tu, mengancam.Lapar perut, dah pukul 12 ni.

    BalasPadam
  24. Sorang 50 sen....kalau berjuta rakyat malaysia ni macamna erk?untung banyak tu diorang...

    mungkin kita tak heran 50 sen tu..tapi bila x dengan jutaan orang tu...huhhh banyak tu...

    BalasPadam
  25. Cyana...

    ngidam?? macam ada berita baik je! :)

    BalasPadam
  26. Cik Ina...

    Seorang suami di Melaka. Isterinya telah dua tahun terlantar sakit (sakit yang tidak dapat dikesan oleh doktor!). Beliau menjaga isterinya dengan baik sekali dan penuh kasih sayang.

    BalasPadam
  27. tue paham la kalau kena caj tapi kalau kuarkan duit kat bank lain pun kena tolak duit gak kan?? kadang tue atm dah la tak bole guna ada lak kat sebelah bank lain nak tak nak guna gak la...

    BalasPadam
  28. Iman...

    kalau zaman kakcik sekolah rendah dulu, dengan 50sen boleh dapat nasi lemak, kuih dan sirap! Sekarang? Jangan harap! Sirap segelas pun RM1.00.

    Masa ada bas mini dulu pun, tambangnya 50sen.

    Betulkan, seorang = 50sen sekali. Kalau ramai orang? dan seorang pula berkali2?... Kayo weh!

    BalasPadam
  29. Angah...

    memang pun... nak tak nak kena guna juga! :(

    BalasPadam
  30. kite ditindas dan ditekan sedikit demi sedikit. dan ini kes yang mana kita tak boleh lari melainkan kalau rumah dan opis kita betul2 depan bank. kesian kat kita kan?

    BalasPadam
  31. gB...

    akhirnya... 'yang kaya bertambah kaya...' :(

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.