Ahad, 30 September 2012

Satu petang di Nilai 3...

Tarikh : 29/09/2012

Waktu : 3 hingga 4.30 petang

Tujuan :  mencari dan membeli sedikit barang-barang keperluan...



'tak ada pun pakaian lelaki...:('

Seluas mata  memandang... tak larat hendak dijelajah keseluruhannya.





Dah penat berjalan, singgah minum dulu.

Dah dapat apa yang dikehendaki, jom kita  balik.  

Sabtu, 29 September 2012

Kecurian di majlis perkahwinan...

Telah berlaku kecurian di majlis perkahwinan anak jiran kakcik.  Beberapa tetamu yang merupakan kawan-kawan kepada pengantin perempuan, dilarikan beg tangan mereka yang ditinggalkan dalam bilik.  Kunci kereta turut dibawa lari menyebabkan mereka terpaksa meninggalkan kereta di kawasan perumahan kakcik.

Ujian buat mangsa dan kasihan kepada pencuri yang tak beretika.   Sanggup mereka mengisi perut dengan bara dan semoga mereka teringat untuk bertaubat segera,,,

Sabtu = 29/09/2012...



Hari ini hari Sabtu
Esok pula hari Ahad
Fikiranku dah naik buntu
Tak tahu apa nak buat

:(

Jumaat, 28 September 2012

Encik Hong Leong, kita tak pernah ada hubungan kan?...

... seingat saya, saya tak pernah sama sekali menjalin hubungan sama ada secara zahir jauh sekali secara batin dengan Encik.  Jadi, cukup-cukuplah Encik menghubungi saya dengan emel yang tak sudah-sudah, siap beramaran bagai itu ...

Saat emosi saya tidak stabil, hendak memadam emel pun akan
 membuatkan 'darah saya naik ke kepala'!

Saya tak pasti sama ada emel ini benar-benar datangnya
dari pihak Encik Hong Leong!

Mak kata emosi dia tak stabil...

... jadi dia nak berehat seketika ...

Walaupun matahari itu kelihatan terang, tapi bumi di bawahnya
nampak gelap.  Mungkin mak pun macam itu juga.  Nampak
wajahnya gembira tapi hatinya tak siapa dapat membaca.

Meskipun mak berada dalam keadaan tidak seronok, tidaklah
pula sampai dia bagi kami makan pisang sahaja!


Bila makan di luar, selalunya bukan mak yang keluar belanja.
Biasanya Along yang belanja dan kadangkala ibu saudara
kami yang keluarkan perbelanjaan.

Ini kedai makan kawan ayah saya.  Tapi tidaklah bermakna
kami dapat makan percuma atau bayar lebih murah dari apa
yang orang lain bayar.  Harganya agak berpatutanlah.

Harapnya mak tidak akan menjadi terlalu  cepat marah.
Bagaimanapun, saya tetap sayang mak saya.

Khamis, 27 September 2012

Kursus di Gambang, Pahang ...

Pergi sajalah kakcik oiiii...


Agak-agak ada masa untuk 'bersukaria' tak?


Akibat tidak peka...

... banyak benda yang tidak sepatutnya, mungkin terjadi kepada kita.  Contohnya, bila kita hanya percaya pada pandangan mata sahaja dan tidak berminat untuk bertanya dan menyelidik kebenarannya, maka kita telan apa yang tersedia ...

Mudah-mudahan apa yang kakcik makan semalam adalah dari
sumber yang halal, bersih lagi berkat. (RM4.00 harganya)

Sebenarnya, pagi ini ada rakan sepejabat tiba-tiba datang bercerita...

Sebuah gerai menjual makanan (nasi berlauk, mee, meehoon) di Jalan Ipoh, berhampiran bangunan pameran/jualan kereta sebenarnya bukanlah milik peniaga Islam.  Peniaga yang berwajah seperti Melayu (Mamak?) itu mengaku beragama Islam bila ada yang bertanya.  Hendak dijadikan cerita, semalam beliau (peniaga berkenaan) mendaftarkan anaknya ke sekolah. Petugas yang menyemak kad pengenalan peniaga itu terperanjat bila melihat data yang tertera. Jelas bahawa dia adalah seorang India dan beragama Hindu!

Penyu Menangis Siapa Yang Tahu (Sudirman) - terbitan semula...





Anak muda berlagu sayang
Di Batu Remis melepas rindu
Adik ketawa di Rantau Abang
Penyu menangis siapalah tahu (2X)


Sesak nafasnya sesak
(Tak tahu adik tak tahu)
Sebak dadanya sebak
(Tak tahu adik tak tahu)
Bengkak jantungnya bengkak
(Tak tahu adik tak tahu)
Retak hatinya retak
(Tak tahu adik tak tahu)


Lenyap ditelan derauan ombak
Telur penawar hatinya lebur
Tumpah air matanya melimpah ruah
Agar terhibur adik terhibur


Anak muda berlagu sayang
Di Batu Remis melepas rindu
Adik ketawa di Rantau Abang
Penyu menangis siapalah tahu (2X)


Kelabu matanya kelabu
(Tak tahu adik tak tahu)
Sendu tangisnya sendu
(Tak tahu adik tak tahu)
Sayu jiwanya sayu
(Tak tahu adik tak tahu)
Layu langkahnya layu
(Tak tahu abang tak tahu)


Rabu, 26 September 2012

Kelopak mataku asyik 'tergedik-gedik'...



Kenapakah agaknya?  Ada gangguan sarafkah??

Sangat tak selesa rasanya beberapa hari ini.  Kelopak mata kiri sebelah atas - adakah petanda akan menangis lagi???  Hanya Allah juga Yang Maha Mengetahui...

Rabu - hari untuk bermalas-malasan dari menulis...



Mengapakah kita sentiasa perlu diingatkan untuk perkara sebegini? :(


DUA SAAT SAHAJA! Jadi jangan nak jadi juara bila lampu isyarat bertukar warna!


Selasa, 25 September 2012

Hutan dan hutan batu...




Gambar-gambar di atas kakcik rakam dari tingkat 11 sebuah bangunan di Kuala Lumpur.  Cantik tak?  Kalau kata tak cantik, lain kali kakcik tak mahu ambil gambar lagi... (~_~)



Gambar bunga ini pula kakcik rakam di hadapan rumah Dato' LF.
 


Pertemuan - gara-gara bergossip, 'pemberitahuan' berlumba-lumba masuk...

Selain dari Allah Yang Maha Mengetahui, hanya KITA-KITA AJE yang tahu ... (mohon maaf kawan-kawan yang kakcik kasihi dan sayangi, waktu untuk berjalan-jalan dan menjawab komen adalah sangat terhad... sob...sob...sob) ...



Penat juga nak buka dan padamkan satu persatu ... lalala ...

kemaskini :  sebenarnya jumlah yang tertera itu masuk ke emel kakcik sebagai pemberitahuan (notification) tentang komen-komen di facebook yang mana kakcik ada terlibat sebagai 'ahlinya'...

Pertemuan - hanya ada sedikit lagi gambar dalam kamera kakcik...

Eazy Izzuddin dari www.eazyizzuddin.com
Sebenarnya ada dua jejaka dengan nama yang hampir sama dipertemuan ini.
Seorang lagi (kakcik tak ada pula gambarnya), Izzy Izzuddin
dari http://Izzyizzuddin-bercerita.blogspot.com (macam ada yang tak kena dengan link ini)
 yang bekerja di Hospital Putrajaya.  Izzi datang dengan kenderaan awam,
tapi balik ke Putrajaya dengan menumpang kereta Makchaq.

Ini pula Ahmad Fauzi Aryaan yang selalu membahasakan diri sebagai
PATIK di blognya. 

MARZUKI yang menjadi perhatian di pertemuan itu! ;-)

Adik Iffah yang rasa macam nak digigit-gigit pipinya.

Datin Aishah dan MARINA MONROE (Kak Nanie NMS).  Suka
tengok senyuman kakak berdua ini.  Manis sangat. :)

Mak-mak orang (eh! ada seorang 'anak orang' kat situ) yang ceria.

Munnafendy - pengantin baru yang sedang 'hamil muda'.
Rupa-rupanya memang tak banyak gambar yang kakcik rakam kali ini. :(

Gambar-gambar berikut kakcik ambil dari sumber yang dinyatakan :

Sumber : dari blog KHAIRUL HAKIMIN.

Mereka yang tabah (dari blog Dato' Abdullah Al-Hadi) :

PADLIE


MAIYAH


Isnin, 24 September 2012

Sakitnya kepalaku...



burung belatuk siburung pungguk
terbang sehala tidak sekata
punyalah mengantuk tersengguk-sengguk
sakit kepala menambah derita


uwaaaaa....


notataksiapatanya :  sepagi dalam bilik kontigensi  dan petang nanti bersambung lagi...

Pertemuan - mereka yang hadir ...

Ada yang kakcik tertinggal tak?



 
Antara makanan yang dibawa...



Terima kasih semua. Pagi ini kepala kakcik agak 'berat'.  Untuk gambar-gambar lain dan 'pautan-pautan' akan kakcik usahakan nanti, ya.  Apa-apapun kakcik sangat gembira dengan pertemuan ini.  Mungkin kakcik tidak sempat untuk bertegur sapa atau bersembang lama dengan semua.  Tapi... itulah kakcik, seorang wanita yang tidak begitu pandai untuk 'bercerita'.

Ahad, 23 September 2012

Pertemuan - maafkan segala kekurangan...

Namanya kita manusia biasa, kan... 

Bagaimanapun terima kasih kepada semua yang sudi menghadirkan diri.  Ada 35 nama berdaftar - tidak termasuk pasangan dan anak-anak.  InsyaAllah, kakcik akan kemaskini kemudian nanti.  

Azieazah sedang memasang 'kertas rentang'

 Gambar-gambar ini kakcik letak secara 'rambang' sahaja dulu...

Atok Phd (Pahala hindari dosa) yang mengimamkan solat Zuhur kami

Terima kasih En Khairul kerana sudi singgah...

Akhirnya dapat bersua muka dengan Kanda AL (dan Makngah juga).

Walaupun tersesat lebihkurang sejam, akhirnya Maiyah tiba juga.

Kerana takut 'ketinggalan' lagi,  Makchaq datang tanpa sempat mandi! hehehe

Wani (DJ Shaz HotFM Kelate), terus singgah di sini sebaik tiba dari Kota Bharu.
Corat-coret seterusnya, tungguuuuuuuuuuuu....