Kawan-kawan kakcik

Rabu, 19 November 2014

Kalau hendak berniaga, jangan reka cerita bangang!...

...rentetan dari catatan ini, aku telah mencari apa yang dikatakan sebagai surat balasan dari isteri yang kononnya malang itu (malas aku hendak meletakkan pautannya).  Aku tak pasti sama ada kedua-dua surat itu sahih atau permainan semata-mata.  Bila aku baca, aku dapati ianya sebagai satu promosi kepada satu produk yang sebelum ini dikatakan ada kaitan dengan Yahudi...

Tolonglah!

Kalau hendak berniaga, carilah cara yang bersih.  Jangan libatkan sampai orang lain mendapat dosa kerana mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun yang tidak sepatutnya.   Sama juga macam iklan-iklan kebudak-budakan seperti yang disiarkan sama ada di televisyen atau media cetak.  'Muka putih, tangan hitam' - sapu krim terus putih melepak satu badan.  Atau wajah tidak berseri dan kusam, sapu sahaja bedak terus bercahaya bagai 'bidadari' (kita pun tak pernah tengok bidadari - hanya sekadar bayangan sahaja).

Kenapa wanita perlu merelakan diri menjadi alat?  Dibiarkan wajah terpampang di mana-mana sebagai 'model' untuk melariskan produk.  Dibiarkan 'cerita dalam kain' dijaja demi upah yang entah banyak mana.  Elok-elok bertudung sewaktu badan berisi, bila dah kurus, melentik-lentikkan badan, tudung pun hilang, baju dan kain kian jarang...

Wanita mana yang rela menjadi alat itu?  Tentu wanita bangsaku dan pasti di kad pengenalannya tercatat apa anutan agamanya...

Sudah-sudahlah.  Kalau sesuatu produk itu terbukti bagus, akan diketahui juga.  Tak perlu nak ditayang-tayang sangatlah!

Kata suamiku 'penat doktor-doktor dan pakar-pakar perubatan belajar bertahun-tahun dengan kos yang bukan sedikit untuk mengenali penyakit dan penawarnya.  Alih-alih datang sahaja produk yang kononnya boleh merawat 1001 penyakit, mudah pula orang percaya.  Tapi nampaknya hospital penuh juga...'

Sekali lagi, tolonglah... tolong jangan heret orang ramai dalam permainan yang dicipta sekadar untuk melariskan produk yang kita sendiri belum tentu menggunakannya...

49 ulasan:

  1. lumrah manusia lebih percaya words of mouth dari org terdekat, lebih suka dgr yg indah2 tapi bukan hakikat.sb tu mcm2 produk yg mcm tu boleh survive.hurm..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pengguna membayar harga yang mahal untuk mendapatkan produk itu - di dalam mungkin sudah dimasukkan kos pengiklanan dan kos kemewahan hidup 'pengeluar' produk. Harga asal produk itu sebenarnya entah berapa sangatlah...

      Padam
  2. Marah benar kak cik ha..

    Myra baca surat suami tu macam rekaan je, hopefully tak betul

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang kakcik marah...boleh pulak hal dalam kain dan hal hukum hakam dibuat main oleh 'mereka'...

      Padam
  3. sabar kakcik.... sbb tu di alam maya tak blh nk caya 100% kan... tp tang produk2 tu mmg tak dinafikan kadang2 hagak over pengiklanan nyer, sampai kadang kite yg tgk lak yg rasa malu

    BalasPadam
  4. betul tu kakcik..tak salah berniaga untuk mencari kekayaan. berniagalah secara berhemah. kekadang malu dengan bangsa sendiri. yang di jualnya ubat kuat dan k**** termasuk juga ustaz..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu satu hal lagi. Ustaz pun nak berniaga dengan ayat2nya...

      Betul, Quran itu penawar - tapi bukan untuk diniagakan sesuka hati...

      Padam
  5. oh pleasee..! :) nak berniaga tolonglah jangan cari publisiti murahan ..

    BalasPadam
  6. iklan jer yang lebih... kebaikan tak lah sebagus mana pun... tengok jer lah tipu helahnya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selagi ada permintaan, selagi itulah 'jarum' mereka berjalan...

      Padam
  7. promote produk? WT*** !!! ishhhh wat malu kaum je

    BalasPadam
  8. mak...kenapa saya bersetuju sgt dgn mak ni!

    BalasPadam
  9. saya pun rasa benda tu macam rekaan je..tak tahu ke benda macam tu boleh menyebabkan orang bergaduh,..lepas tu yang berniaga pun ambik peluang la nak kata orang perempuan gitu gini sebab tu laki cari lain.last2 dia sua produk dia.erm..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah...mencari publisiti dan populariti dengan jalan yang tak betul...

      Padam
  10. nampak sgt nak promote barang.... sanggup buat gitu ye... memalukan je....

    BalasPadam
  11. Balasan
    1. Untuk tumpang terkenal dan mungkin untuk imbuhan juga...

      Padam
  12. kaedah pengiklanan yang digunakan kadang2 sangat melampau..dunia..oh dunia

    BalasPadam
  13. Saya nak belanja Abang Bob ( dgn Kakcik sekali ! hahaha) makan lah..sebab memahami isi hati saya ( yg benci tgk penipu2 penjual produk yang boleh ubati 1001 penyakit)

    BalasPadam
  14. bab ubat ubat ni , sy mmg tkt nak main beli even dia ada testimonial yg bgs, selalu nye akan beli lepas kawan2 yg gunakan . baru la rasa yakin nak beli even mahal pon. :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kadangkala sesuai dengan kawan, tidak juga bermakna sesuai dengan kita. Penerimaan tubuh manusia terhadap ubat atau apa sahaja bukan semestinya sama...

      Padam
  15. saya ni mak kalau orang promot saya tgk jugak. katakan lah dia kata barang tu blh buat yg x hamil jd hamil tp...org yg guna bertahun siap jual tu x hamil pun? mmg lah saya x percaya

    atau...dia kata produk tu blh kurus kalau guna, tp..dia yg jual x guna ke?nape dia x kurus?

    bab iklan melampau sampai ramai jadik bangang percaya bulat2 tu mmg byk. entah kenapa or kita mudah terpedaya..hurmmm

    BalasPadam
    Balasan
    1. Seronok juga sesekali tengok orang jual temberang macam orang jual ubat di kaki lima tu, kan? Tapi biarlah kita cerdik dalam membuat pilihan... :)

      Padam
  16. saya kekadang naik malu kalau baca iklan2 macam ni.... lagi2 yg bab testimoni tu.. kekadang saya fikir adakah org sekarang makin luntur rasa malu tu......

    BalasPadam
    Balasan
    1. Seolah-olah hidup ini hanya untuk 'itu' sahaja. Kan? :(

      Padam
  17. Saya pernah tulis dalam blog tentang iklan “putih putih Melati, sekelip mata sapu krim boleh putih dan boleh pegi dating!”

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ambil model yang dah sedia putih, bolehlah kan? ... :(

      Padam
  18. Euuww! Mg tak suka lgsg. Berlambak dlm FB kakcik. Tataulah sapa yg boleh tertarik dgn cara promosi mcm tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah...kalau kakcik, memang kakcik skip je dari memandangnya...

      Padam
  19. Itulah kakcik.. rasa tak seronok tengok walau bertudung litup tapi nampak lekuk di badan..

    BalasPadam
  20. dengan trademark terlajak laris yang sangatlah tak leh blah.. eee...

    BalasPadam
  21. Pelik no 1: orang yg kerja kat hospital pun ada yg percaya dengan produk kecantikan dan pelangsingan yg entah apa-apa itu.

    Pelik no. 2: Pemilik produk kecantikan dan pelangsingan itu mudah-mudah saja dapat gelaran Datuk tak kira lelaki atau pompuan, pada hal umur baru 20an-30an, sedang doktor dekat hospital tu berapa kerat sangat yg dapat gelaran itu. Maknanya mereka yg rekomen untuk dapatkan anugerah itu pun agaknya peminat produk yg entah apa-apa itu juga??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada duit semua boleh jadi...macam yang kakcik nukilkan dalam catatan kakcik beberapa hari lepas...

      Padam
  22. Saya pun bila baca surat2 tu terfikir yg ada benda tak kena...
    Saya rasa yg surat tu mcm dialih bahasa sbb isinya mcm menyalahi norma dan budaya org melayu.... Owh, patut lah... Ada udang sebalik mee...

    BalasPadam
  23. Salam Kakcik,
    Senangkan beli satu supplement dijamin baik semua penyakit. Untung sungguh kalau macam tu doktor tak boleh cari mskan

    BalasPadam
  24. Betul ke kak ni hanya promosi sahaja? Kesiannya pada pengomen yang menyembur-nyembur air liur memaki hamun. Pengeluar produk sekarang ni pun melampau-lampau. Testimoni pengguna kalau baca pun jadi seriau. Macam real sangat produk berkesan. Tapi yang bersepah produk macam ni hasil keluaran orang kita juga, kak. Itu yang sedih sangat. Saya kalau promote bodoh-bodoh sampai nampak tak real lagi, minta maaflah memang tak teringin nak cuba.

    Kalau ada ubat yang boleh mengubati segala penyakit, apa kata kita hapuskan ajelah kursus perubatan kat universiti. Membazir duit kerajaan membiayai bakal doktor dah orang biasa-biasa tak belajar perubatan pun boleh keluarkan produk ajaib!

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com