Kawan-kawan kakcik

Rabu, 19 November 2014

Nyamuk oh nyamuk...

senyap-senyap kau datang padaku
kau kelilingi tubuhku
kau cari tempat untuk hinggap
agar darahku dapat kau hisap

nyamuk oh nyamuk
kau datang dalam gelap
dan kau pergi senyap-senyap
tiba-tiba sahaja kurasa tak selesa
rupa-rupanya kau telah tinggalkan tanda

nyamuk oh nyamuk
walaupun kau kecil sahaja
tapi kau datang bersama bahaya
maka maafkan aku
bila berpeluang akan kubunuh kamu

nyamuk oh nyamuk
kadangkala kau datang bersama bunyi
bingitnya telingaku hanya Allah yang tahu
itu tandanya kau tidak bersembunyi
tapi NIATmu tetap juga darah yang kau mahu...



23 ulasan:

  1. Kakcik
    Dah 4hari disini, tak nampak lg nyamuk...

    BalasPadam
  2. mmg itulah balasan yg ptt buatmu nyamuk....

    BalasPadam
  3. jgn pulak kerana marahkan nyamuk,kelabu dibakar...:)

    BalasPadam
  4. musim hujan banyak nyamuk..
    iklan jap ye kakcik. ada sesiapa yang kena denggi, KY ada ubat herba cina yg khusus utk denggi. setakat ini yg sudah guna..alhamdhulillah cpt sembuh. tq kakcik :)

    BalasPadam
  5. 2 mlm lps sy x leh tido gara2 nyamuk berdengung sn sini...grrrrrr

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bunyi nyamuk yang berdesing nging nging tu memang boleh menyebabkan stress...

      Padam
  6. Setakat tinggal tanda tak apa juga kakcik
    Kena masuk hospital ambil darah berkali-kali itu yg ngeri..

    BalasPadam
  7. asalam pakai kelambu selamat...kena halau dengan bersihkan laman juga ya

    BalasPadam
  8. Kakcik macam pernah ya singgah di blog Etuza..ingat lagi tudung biru ni..kakcik pula kan

    BalasPadam
  9. Itu lumrah nyamuk. Perlukan darah utk kekal hidup.
    Yg manusia kadang2 sengaja menghisap darah dan menaikkan darah..
    Ces..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nyamuk yang macam dalam gambar tu, senang nak dibunuh, Gee...

      Nyamuk jelmaan tu susah dibuatnya...

      Padam
  10. Mendalam maksudnya...
    Baru perasan tak pernah tgk nyamuk kat bradford ni... Nyamuk x tahan sejuk kot... Ekekeke

    BalasPadam
  11. Dah lama tak kena gigit nyamuk. Darah saya dah tak premium lagi ke.....

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com