(rentetan dari catatan yang aku baca dari blog JR pada pagi ini... dan aku jadi sangat beremosi...)
...memang aku marah! Kalau kau boleh bagi segala kemewahan untuk isteri yang kononnya sangat kau sayangi, takkan kau tak boleh buka mulut untuk menegur kekurangannya. Atau sediakan pembantu untuknya agar dia boleh berehat dan merapi diri. 'Buka kain wanita lain' sampai pula hati kau, tapi buka mulut untuk kebaikan isteri yang kononnya kau cintai, boleh pula kau tak sampai hati.
Dari pembacaanku, aku rasa kau ini beragama Islam. Atau kau hanya Islam pada nama? Kau bukan tak tahu akan betapa besarnya dosa berzina, kan? Eh... tapi, kalau namanya buaya, memang bangkai itulah yang paling sedap baginya. Betul tak?
Kembalilah ke pangkal jalan. Bertaubatlah. Pintu taubat itu masih terbuka selagi nyawa belum dicabut. Hati isterimu yang terluka itu, pandai-pandailah bagaimana hendak kau rawati...
...diambil dari Blog JR juga... |
bangang
BalasPadamhmm....
BalasPadamassalamualaikum KakCik
hahahah dh viral kt fb n blog kan kakcik.... of course sbgai perempuan yg tak sempurna dana terasa ngn kisah ini... cuma tak adil, kena perlu isteri yg sempurna segala2nya tp bagaimana suaminya?
BalasPadamterimalah seadanya pasangan kita,alahai lelaki inginkan isteri secantik puteri balqis ingin di layan bak raja tp diri sendiri sempurnakah? jgn lah hanya pandai menuding jari pd isteri je...
tp kalu dh nk curang mmg 1001 alasan boleh dicipta
sy dah baca, tak pasti surat ni di reka @ kisah benar
BalasPadamtp x kisah la samada rekaan@betul, tetap meyakitkan hati wanita bernama isteri
konon nak jaga hati tak nak terus teranglah tu, tapi tang buat dosa tak ingat....
BalasPadamkakcik, baca sini
BalasPadamsurat dari isteri yang suaminya curang tu
http://mysuperkids.net/surat-jawapan-mah-isteri-kepada-suami-curang/
alasan tak munasabah langsung..
BalasPadamkiki saya pun hangin baca. lelaki sebegitu tak layak diberi kemaafan, sebab berapa lama sgtlah kita boleh menten diri cun melecun, lama2 kerepot jugak, walaupun sanggup belanja riban2... cinta bersandarkan kecantikan takan kekal lama
BalasPadamDunia semakin ke akhir zaman kakcik..
BalasPadamlini dh mengalaminya sendiri
BalasPadamhehe..blog JR pun buat entri ni hari ni...ha kang tak pasal2 suami miang tu dah kena kutuk se Malaya...
BalasPadamhuhu..geram jugak ni...memang b*******..huhu (T T)
BalasPadamSaya dah agak mesti ramai pompuan yg bengang dan geram baca catatan itu. Bila saya tunjuk paper itu kpd isteri dan suruh dia baca, isteri menjegil mata kpd saya dan membebel macam-macam tentang lelaki, walaupun lelaki di depannya (sayalah tu!!) tidak sekali-kali macam tu!! Apa pun saya rasa elok kita ambik aspek positif dari catatan itu dan menolak yang negatif, jadikan ia sempadan...
BalasPadamSuami yg x setia adalah suami yg tidak dapat menerima kekurangan isteri sedangkan kekurangan dia berlambak tapi isteri terima saja seadanya..
BalasPadambetul tu Kakcik, sakitnya hati baca alasan lelaki tu...
BalasPadamMemula baca di Fb memang geram.. tapi ayat2 yg last tu nmpk mcm nak buat iklan jual ubat untuk wanita..haha. ke..KY sorang yg perasan gitu..huhu
BalasPadamSaya pun meluat Kakcik. Dan saya lebih meluat bila ada.wanita yg respond dengan mengeji sang isteri....
BalasPadamMalang si isteri, selalu saja dipersalahkan. Yg suami selalu lepas tangan. sigh~
BalasPadamKakcik...rasa nak bg surat terkesan je kat laki dia
BalasPadamBab-baba macam ni saya memang malas nak baca. Lelaki ni kalau mahu je, semua pun boleh. Langsung tak fikir perasaan kita sebagai isteri. Minta dijauhkan perkara macam ini dalam kehidupan bersuami isteri kami. Memang alasan yang paling bodoh yang boleh difikirkan oleh orang bodoh.
BalasPadam