Kawan-kawan kakcik

Khamis, 24 November 2016

Gasak Sampai Tumpo...

...tahu tak apa maksud perkataan TUMPO?  Tumpo adalah salah satu kata dalam loghat sesetengah tempat di negeri Perak yang membawa maksud MENINGGAL DUNIA, MATI, MAM**S dan yang seerti dengannya...

Ya...nilai ringgit makin mengecil...

Ya...harga barang keperluan kian meningkat...

Ya...kita hidup bukan lama...

Ya...kita kena berjimat cermat...

Ya...kita disarankan balik kampung kalau tak boleh hidup di bandar (semua orang ada kampung ke?)

Ya...kita disuruh tinggalkan negara ini kalau sudah tak suka (nak naik bas pun berkira duit tambang, nak ke luar negara naik apa? Tumpang pesawat Kerajaan?)

Sebenarnya, hendak meluahkan isi hati sendiri pun kena berhati-hati. Kena fikir itu ini.  Tapi sebenarnya satu yang aku lupa - datanglah walau apa, Allah kan ada?  Menyorok dalam lubang cacing pun, tidak terlepas dari pandanganNya...

Sebenarnya aku nak merepek tentang apa?  

Bukan aku seorang, malah ramai dan makin ramai juga kian ramai yang mengeluh untuk meneruskan hidup hari demi hari.  Saat menteri menafikan itu ini, saat yang sama juga apa yang dinafi menjadi realiti...

Terasa sangat bila membali keperluan, makin sikit barang yang boleh 'diangkut' dengan jumlah ringgit yang sama seperti dibawa setahun dua lepas.  Barang sudahlah mahal, di hujungnya ada GST lagi.  Tapi selalunya AKU (malas aku nak tulis KITA kerana mungkin ada yang berkata 'aku tak rasa apa-apa pun') sekadar mengeluh tanpa peduli GST yang dihujung itu kerana ia 'kurang jelas kelihatan'...

Tapi bila aku melihat bil yang diterima untuk kos menukar dua biji tayar dan brake pad kereta, tersentak juga aku melihat caj GSTnya. Iya, kamu mungkin hanya mencebik melihat jumlah RM24.60 itu. 


Tak lepas pun untuk secawan kopi di restoran mahal kegemaran kamu.  Tapi, bagi aku jumlah itu boleh beli 3 tin sardin untuk stok waktu kecemasan.  Dan jumlah itu juga boleh beli sebotol minyak masak 5kg mengikut harga kini.  Kufikirkan dulu, harga minyak akan naik setakat RM2 ke RM3 sahaja sebotol.  Rupa-rupanya naik hingga RM7 ke RM8!!!

Dalam gelap ada sinar
Membawa cahaya menyuluh jalan
Selagi boleh aku bersabar
Allah tak lupa mereka yang dianiayakan

7 ulasan:

  1. Saya pun baru ajer tukar tayar dan servis kereta, kakchik. Dah ditambah gst memang tumpo harganya!

    Paham bebeno TUMPO tu kakchik oii, memang sebutan harian ajer....hihi ^_^

    BalasPadam
  2. kita hanya mampu tarik napas, urut dada je kak...yg di 'atas tahta' tu tetap tak buat ape pun

    BalasPadam
  3. ye betul kakcik, bg org yg ada2 gst tu apa lah sgt tp bg kita yg marhaein nih... walaupun kadang kene gst rm2 pun kita dh terasa...

    tahun ni terasa betul kenaikan harga barang2...
    negara kita dh semakin nazak, tp kenapa di janji kan duit brim lg...
    bila dh tak mampu, tak pyhla kita asik nk mintak di ampu

    BalasPadam
  4. Nak berjimat masak sendiri kat rumah..tapi bila pergi pasar...tak dapat berjimat sangat.

    Minyak masak naik yang lain naik pun sama apa pasal....

    BalasPadam
  5. Part service kereta tu kak..betul...SANGAT-SANGAT TERASA..

    BalasPadam
  6. heran juga menteri kabinet kat Malaysia ni...asyik nafi dan kata kabar angin...tapi tak sampai sehari..dah memang betul pula kabar angin tu...
    Orang berniaga pula barang tak naik lagi depa dah tukar harga baru dah...menyampahlah keadaan sekarang. Tv pun satu hal...siar berita macam kita ni bodoh sangat pula...

    BalasPadam
  7. Baru tahu apa maksudnya 'Tumpo', Kakcik. Yalah, kita ni rakyat kena akur aje apa katanya. Nanti kalau tak akur, kena balik kampunglah, kena tanam sayuran sendirilah, jangan makan itulah, jangan guna minyak untuk memasaklah.... So malas nak dengar segala nasihat tu. Kita diam ajelah sambil mengeluh!

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com