Kawan-kawan kakcik

Khamis, 20 November 2014

Walaupun sokongan tak sama, jangan ketepikan kawan kita...

...kita ini kadangkala degil tidak bertempat.  Apa yang kita rasa betul, maka  akan kita pertahankan walaupun kawan kita sudah nampak ada yang tidak kena.

Tak mengapa.  Bila kita dah tetapkan sokongan kita (senang cerita, sokongan kepada parti politik contohnya), kita akan pertahankan mati-matian.  Apa sahaja yang berkaitan dengan parti tersebut - sama ada pemimpinnya, lambangnya, pengikutnya hatta bangunannya - tidak boleh kita dengar orang mencela.  Segalanya amat sempurna bagi kita.  Katalah apa sahaja, tentang aurat atau tingkahlaku, kita boleh berlapang dada berkata 'esok-esok berubahlah dia'.

Sebaliknya, apa sahaja yang berlawanan, akan kita hentam habis-habisan.  Elok bertutup pun akan kita kata 'ala...nampak je bertutup, tapi perangai macam setan'...

Sudah-sudahlah tu... Sekuat mana pun sokongan kita, kita tak lebih bagai anak tangga.  Dipijak dan didaki kemudian dilupai bila yang memijak itu sudah di puncak.  Yang kita ada?  Hanyalah kawan kita yang berbeza sokongannya.  Kawan tetap kawan.  Susah senang kita dia yang tahu.  Susah kita dibantu, senang kita dia tidak cemburu.  Maka, alasan apakah kita hendak bermasam muka? Apakah kita menyangka orang sudah berada di tempat selesa itu akan turun bila kita sangat perlu?

Mungkin nanti alasannya 'banyak yang perlu aku tengok, kau tunggu giliran ya...'

Jadi, dari mengagung-agungkan orang yang tak kenal kita, baiklah kita pelihara hubungan bersama kawan kita.  Berbalah sekali sekala itu, hanyalah perkara biasa dan mungkin baik untuk merenung kembali sekuat mana jalinan persahabatan kita.

7 ulasan:

  1. Betul tu kak (^_^)

    Tapi kawan pon ada yang jenis 'makan' kawan kak..nauzubillahiminzalik

    BalasPadam
  2. Politik kita belum maju sebab itu kalau sokong parti A, sokong 100% yang hitam pun nampak putih, kalau tentang parti B tentang 100% sampai putih pun nampak hitam. Tak seperti politik di negara maju, sokongan dan penentangan rakyat berdasarkan isu dan bukan kerana sesuatu parti itu.....

    BalasPadam
  3. masa tgok tajuk ingatkan fasal pendapat antara kawan sendiri.. means bercanggah pendapat dalam sesuatu perkara.. bila baca balik.. okay paham dah. sokong sokong rupanya

    BalasPadam
  4. Setuju sangat kak cik, sb tu ana tak pernah berminat nak komen di ruang2 politik ni, hanya menambah kebencian sesama umat sahaja..:)

    BalasPadam
  5. betul kak, ssemua tunjuk bijak...senyap lagi baik..

    BalasPadam
  6. Saya sangat setuju dengan pendapat kakcik. Mereka tak kenal kita buat apalah kita mengagungkan-agungkan sangat mereka tu dan menghalalkan apa yang haram dan sebaliknya. Kalau nak berdebat pun, sekejaplah lepas tu bertepuk bertampar balik. Nak tarik muka masam pun buat apa, takda faedahnya.

    Tapi, saya tak minat berbicara pasal politik. Saya cuma nak negara tercintaku ni aman damai selamanya dan masih sesuai untuk dihuni oleh generasi anak-anak nanti ^_^

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com