Kawan-kawan kakcik

Rabu, 29 Oktober 2014

Jemput-jemput kentang. ..

...air adalah tidak diperlukan dalam proses pembuatan jemput-jemput ini ya kawan-kawan (kecuali untuk membasuh bahan-bahannya)...

Bahan-bahan yang makcik gunakan :  3 biji kentang,
2 tangkai cili merah, 1 labu bawang besar, 1 biji telur.
Tiada dalam gambar :  secawan tepung gandum dan
satu sudu kecil garam.
Cili dan bawang dicincang halus dan kentang
disagat.  Kemudian gaul semua bahan bersama
telur, tepung dan garam.
Goreng di dalam minyak panas.
Sedia untuk dimakan.
Makcik sagat kentang dengan alat ini.

Ini adalah cara makcik.  Orang lain, mungkin lain caranya.  Janji sedap di tekak masing-masing, kan? :)

49 ulasan:

  1. Nak lagi sedap, cicah dengan kuah kacang atau memadai sos cili + mayonis. :)

    BalasPadam
  2. Balasan
    1. Meh singgah ke rumah mak, boleh mak bagi rasa. :)

      Padam
    2. Kak Cik ...okje suka sangat benda benda goreng cenggini tau...lebih lagi tambah ikan bilis atau pun kiub ikan bilis tu lagilah berasa....nak buat jugaklah Kakcik...

      Padam
  3. wah.. dapat idea dah nak buat cucur..

    BalasPadam
  4. Menarik tuh kak cik.. nampak sedap.. :)

    BalasPadam
  5. sedap ni... makan time hujan cicah dgn sos :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dapat kopi O panas... orang lalu kat belakang memang tak perasan punya... :)

      Padam
  6. Balasan
    1. Kakcik pun jenuh tunggu vitamin R datang baru buat. Siap ambil gambar untuk masuk blog...hehehe

      Padam
  7. kak, sedappppppp kak....saya suka kentang:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kakcik pun suka kentang. Masak dalam kari lagi kakcik suka. :)

      Padam
  8. Balasan
    1. Kakcik kalau masak macam ni, untuk makan sendiri je. Anak2 kurang suka...

      Padam
  9. Cekodok kentang mmg favorite sy. Mkn pns2 n cicah dgn sos cili. Pehhh!

    BalasPadam
  10. teringin nk buat, tp sagat tu xde.. sudahnya potong dadu n campak dlm tepung..kekeke

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kakcik pun kalau takde sagat tu, pakai kakcik cincang saja la kentang tu... :)

      Padam
  11. Cekodok kentang makan panas-panas tentu sedap, apa lagi di musim hujan seperti sekarang....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sekarang ni selalu hujan petang, tarik selimut pun sedap juga... :)

      Padam
  12. sedap tu kakcik.... kenyang lg bile ada kentang banyakkan kan...

    BalasPadam
  13. Kalau ada dijual kat kedai belah sini, mesti beli. nak buat..... alahai...

    BalasPadam
  14. Sedapnya. Ada kentang dan macam-macam lagi tu memang membuka selera.

    BalasPadam
  15. penyagat kita sama..serba guna penyagat ni..b..sagat kelapa kalau malas nak mesin,kadang2 bioleh buat biskut sarang semut jugak..ekkeekk

    BalasPadam
    Balasan
    1. Penyagat tu sebenarnya kakcik baru jumpa semula dalam timbunan pinggan mangkuk! :)

      Padam
  16. Wife saya rajin juga buat...cicah pula dengan mayonis + sos tomato + sos cili sedappp

    BalasPadam
  17. Saya biasa buat dengan sayur kobis.. dah lama tak buat jemput2 sayur.. ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kobis kakcik tak pernah buat, tapi dulu2 suka buat jemput2 letak taugeh dan kucai... :)

      Padam
  18. hmmmm...rasa rasanya saya tak pernah makan lagi jemput2 kentang...
    nak suruh fiza baca entry ni...hihihih

    BalasPadam
  19. dah jd viral dah menu ni kan, ramai dah try., afasz lom lagi.

    BalasPadam
  20. Balasan
    1. Tak perlu sebab ada telur dan kentang tu juga membawa air...
      :)

      Padam
  21. ujan2 ni kak cik dpt jemput2 mau mata stim je ni ;-)

    BalasPadam
  22. buat minum petang bersama anak cucu..sebesen pun boleh habis..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Seronok kalau anak cucu suka makan. Tapi kakcik ni kadangkala masak untuk tekak sendiri je...

      Padam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com