Ish... jangan nak beranganlah kakcik oiii...
Beberapa bulan sahaja lagi, kalau masih ada usia - genaplah umurku 50 tahun. Kalau duduk di kampungku 20 atau 30 tahun lalu, usia 50 itu adalah nenek-nenek yang tahunya duduk di muka pintu. Bersembang dengan jiran-jiran. Bergosip entah apa-apa. Atau yang masih kuat bekerja, mungkin ke sawah atau menoreh getah. Bukan tiada yang agak berpelajaran dan bekerja - mungkin sebagai guru sekolah. Namun, bilangannya boleh dibilang dengan jari tangan tak perlu campur jari kaki.
Semalam (Ahad = 30/1/2011), aku bersama suami dan BS menghadiri majlis perkahwinan adik kepada kawan Along. Along pergi dahulu dengan keretanya. Sampai di tempat kenduri kelihatan Along dan para jemaahnya sedang duduk di sebuah meja. Mana yang mengenali suami, menghulurkan tangan dan bertanya khabar. Selepas mengambil nasi dan lauk, Along memanggil kami duduk bersamanya kerana tetamu yang lain telah pun selesai makan dan pulang.
Seorang wanita tiba-tiba duduk sebelahku. Aku tersenyum dan menegurnya. Kemudian dia bertanya kepadaku sambil menunjuk kepada BS, 'anak seorang saja ke?' (jangan-jangan dia segan nak bertanya 'cucu ke ni?' - ish! tak baik pula aku berprasangka). Dia juga berkata dia biasa melihat Along di masjid. Aku menjawab sambil menunjuk kepada Along, ' ini anak sulung saya' kemudian merujuk kepada BS 'ini anak bongsu saya'. Wanita itu terus terdiam bagai tercekik nasi. Mungkin dia tak menyangka sama sekali Tok Imam yang sebesar alam itu anakku. Along memang kelihatan lebih dewasa dari usianya yang hanya akan menjangkau 24 tahun September nanti (InsyaAllah). Atau aku kelihatan masih muda untuk mengaku sebagai emak kepada Along dan terlalu tua untuk menjadi ibu kepada BS? Hehehe... apa-apa sahajalah....
Sebenarnya - aku tiada ilham yang baik untuk bercerita!
Seorang wanita tiba-tiba duduk sebelahku. Aku tersenyum dan menegurnya. Kemudian dia bertanya kepadaku sambil menunjuk kepada BS, 'anak seorang saja ke?' (jangan-jangan dia segan nak bertanya 'cucu ke ni?' - ish! tak baik pula aku berprasangka). Dia juga berkata dia biasa melihat Along di masjid. Aku menjawab sambil menunjuk kepada Along, ' ini anak sulung saya' kemudian merujuk kepada BS 'ini anak bongsu saya'. Wanita itu terus terdiam bagai tercekik nasi. Mungkin dia tak menyangka sama sekali Tok Imam yang sebesar alam itu anakku. Along memang kelihatan lebih dewasa dari usianya yang hanya akan menjangkau 24 tahun September nanti (InsyaAllah). Atau aku kelihatan masih muda untuk mengaku sebagai emak kepada Along dan terlalu tua untuk menjadi ibu kepada BS? Hehehe... apa-apa sahajalah....
Sebenarnya - aku tiada ilham yang baik untuk bercerita!
Along (dalam bulatan) sewaktu mengetuai bacaan Tahlil dan Doa di rumah ibu saudaranya. |
kakcik awet mudalah.....
BalasPadamperempuan itu terkedu sebab tak sangka dia sedang duduk sebelah emak imam
hehehhe awet muda la kak cik.. sama umur ngan mama saya...
BalasPadamkakcik tak nampak 50 pun....
BalasPadamdari gambo kat header tu lah..
awet muda!
ibuintan...
BalasPadammak imam yang masih bergaya (ala..tak ada mana gayanya kalau setakat berjubah...) :)
bun_nee...
BalasPadammama bun_nee dah ada cucu, ke? :)
miloais...
BalasPadamitu gambo masa kakcik berusia 49 tahun! :)
mak saya umo 55 kak cik..saya anak sulong..hehe
BalasPadamtapi saya xjangka kakcik da msuk umo 50..igt dlm 45 gtu..hehe
SN...
BalasPadamkebanyakan yang masuk ke blog kakcik ni, pangkat anak2 je kepada kakcik. Memang sesuai BUJAL panggil kakcik, makcik.. :)
heheeeheheee..
BalasPadamsukernyer...sukernyer...
assalamualaikom! :)
BalasPadamni cemane gi kendughi thn lpeh ceghitenye thn ni? ce cek ce cek hehehe ;)
teman umor 4thn dpt title makcik. umor 30an ni cucu sedaghe dh sepasang. yong teman kalo masih idop (al Fatihah) same umor dgn ibu mertuaku...
morel of the stori.. bebaik2 sangke je le.. hehe.. ;)
Q...
BalasPadamcer citer.. apakeheinye yang suke bebeno tu??? :)
Awet muda kakcik ni. Bolehlah kongsi petua kakcik.
BalasPadamIbu saya pun tahun ini baru nak masuk 56thn. Kiranya kakcik dah boleh masuk pangkat ibu pada saya ni kan....
AzeedA...
BalasPadamWa'alaikummussalam
mujo mike nampak... tu nunjukkan teman ni dah tuwe! angka pun dah tak beghape kenei....
Teman pun doh ghamei cucu - anok apok teman dengan b*n* nombor satunya dulu dah bercucu pun... :)
~yus~...
BalasPadammana ada petua. Memang kebanyakan wanita yang bekerja, lambat nampak tua (iyalah tuuuu...). tapi kalau banyak berfikir dan mengerutkan muka, lagi cepat kut nampak berusia.. kena cari botok-botok la pulak... :)
akak awet muda tu kak.. hehe alhamdulillah dah besar panjang dah anak2 akak..senang sket akak nati..
BalasPadamWah surprisenya x sangka usia kak cik dah mencecah 5o tahun kalau lihat pada raut wajah macam masih dalam 40 an lebih je...awek muda la kak cik apa rahsianya..
BalasPadamSalam kakcik,
BalasPadam-anak sulung akak memang bertugas sebagai imam ke?
-saya ada masalah pemahaman, maafkan saya...hehhehhe..BS tu ialah Along, atau dua orang yag berlainan? 3-4 kali saya baca part dialog dlm entri akak ni nak kasik faham...masih tak faham..:)
Kaseh...
BalasPadamanak kakcik semuanya lelaki. Harap2 nanti dapat menantu yang boleh buat 'kawan' .:)
org lama memang awet muda bukan macam orang zaman sekarang semuanya plastik harapkan tempek mekup je lebih...
BalasPadamsyukur alhamdulillah k.cik...ada anak lelaki yg boleh diharap dan menjadi! nampak gayanya didikan emaknya menjadi jugak!
aina ni entahlah mampu ke didik anak sampai macam tu...
Amy...
BalasPadamtak ada rahsialah sayang. Itu dalam gambo. Gambo boleh menipu tau!... :)
Dr DZ...
BalasPadamiya, Along memang seorang Imam di Masjid Nurul Hidayah, Kg. Pandan. Dia juga mengajar di SRA...
BS itu singkatan untuk Budak Sepet. Anak bongsu kakcik yang berusia 9 tahun ++...
nak jd cm kak cik gak..maintain je O.o
BalasPadamJunAina...
BalasPadamjangan terpedaya dengan gambo2 kakcik. Kakcik memang dah tua dan kelihatan tua.. saja kadang2 kakcik nak 'berhati muda'.
Rasanya doa sewaktu kakcik mengandungkan Along dulu telah dimakbulkan oleh Allah SWT. Kalau nak ikut didikan, kakcik bukanlah seorang ibu yang baik dan sempurna! :(
Zati...
BalasPadamkena senyum selalu tau... :)
saya pun macam kakcik juga .. ramai yang konfius. bila tengok ayong (anak yang tua) dengan haiqal (anak bongsu) bersama. nak kata tua sangat, ada anak kecil, nak kata muda, dah ada anak sebesar itu.
BalasPadamlalu saya biarkan mereka dalam kebingungan !
Alhamdulillah. Orang kata sejuk perut kak cik melahirkan Along.Zaman sekarang ni susah nak jumpa anak muda macam Along tu.
BalasPadamkalaulah saya ada adik perempuan...(^_*)
Masih sihat dan ceria tentu tampak muda kan :)
BalasPadamkakcik sebaya dengan mak saya tau! hihihi~
BalasPadamKanda AL...
BalasPadampernah orang sangka yang BS itu adalah anak kepada Along! :(
Reen...
BalasPadamsyukur Alhamdulillah, sekarang nampaknya ramai anak muda yang berminat untuk mendalami ilmu agama walaupun pada masa yang sama masalah sosial menjadi2...
Anak perempuan ada kan? hehehe... jenuh Along nak tunggu!
AAP...
BalasPadam..tapi bila hati tengah gundah, nampaklah segala kedut dan garis... ;-)
gB...
BalasPadamcepat panggil MAKCIK bukan KAKCIK! :)
pheeewittt !
BalasPadamalaaa kak ,
so sweets .. moga kakcik terus diberi kesihatan yang baik dan bahagia bersama keluarga dan anak2.
LiNda...
BalasPadamterima kasih sayang. Semoga LiNda juga sentiasa ceria dan berbahagia. :)
Salam Kakcik, tahniah, dapat anak yg soleh. Nak masuk 50 dah? Tahniah lagi...semoga diberi kesihatan dan rezki yg lebih berkat!
BalasPadamW/salam Yong Helli...
BalasPadamdah tua dah teman ni walopun kengkadang ghase macam baghu 25 tahun je!
Terima kasih atas ucapan tahniah Yong itu... :)
Salam kakcik,
BalasPadamMemang pun kalau tengok Along macam adik kakcik. Bagus juga kakcik jadi muda sebab anak segagah tu ibu masih kelihatan muda....
KakZakie...
BalasPadamselalunya ayah Along yang suka 'perasan' bila orang kata dia macam abang je kepada Along ;-)
kak cik ye la kalau tengok muka org kata awet muda lo..hehehe
BalasPadamusia kakcik sebaya dgn kakak tunggal saya.. melihat gambar kakcik, seolah2 melihat kakak saya.. saya terlalu sayang akan kakak saya yg satu-satunya itu.. dia terlalu memanjakan saya juga anak2 saya.. dia benar2 pengganti arwah ibu..dia sekarang menjaga abah saya dikampung.. berhenti kerja untuk menjaga arwah ibu yang sakit dahulu..err..rasa sedih plk..
BalasPadamAngah...
BalasPadambukan awet mudo tapi awet cerewet je... :)
Dik Mad...
BalasPadamboleh saja kalau Dik Mad nak anggap kakcik ni sebagaqi kakak Mad sendiri. Tapi, kakcik ni tak ada apa-apa pun. Cuma ada bapa, suami, 4 anak teruna, dua adik perempuan dan dua adik lelaki termasuk anak dan suami/isteri mereka...
Adik lelaki kakcik pun dah hilang sorang - taknak balik2, menandakan kakcik gagal menjadi kakak yang baik.. . :(
tapi saya lbh tua daripada anak kakcik..jadi biarlah saya panggil Kakcik jugalah kan?
BalasPadamDi sekolah, kakak-kakak yang dah nak pencen pun kami panggil kakak.. jadi Kakcik baru nak masuk 50thn..muda lagi. Jadi saya tetap nak panggil Kakcik.
Kalau Uncle Al-lavendari tu saya panggil uncle. Sbb pakcik PAR skolah yang nak pencen thn ni, saya panggil pakcik. Lgpun Uncle Al-Lavendari dah pencen..jadi saya akan tetap panggil sbg uncle.
Hehe..
Sephia...
BalasPadamkelakarlah Sephia ni. Ikut sukalah nak panggil apa, asal jangan panggil nama - tak sesuai untuk kita orang Melayu memanggil mereka yang jauh lebih berusia dengan nama sahaja, kan?
... Budi tak ada kakak... selagi ada mentari dan bulan, tetap nak panggil Kakcik, "kakak" gak....
BalasPadam"...kakaaaaakkkkk...!!!"
Budi...
BalasPadamdah tentu boleh dikkkk... :)
awet mudalah tu kak chik.apa petuanya?
BalasPadamSetuju dgn kebanyakan blogger....kakcik nampak muda.....ahakz....apa rahsia....???
BalasPadamilmu apa yg dipakai tu...boleh kongsi
BalasPadamTerkini dari AUC dot com: Bestnya WordPress
kakcik kawin muda ye?
BalasPadamKAKCIK tetap muda di hati sayaaa... :)
BalasPadamTapi seronok jer tengok anak lelaki Kakcik ada yang menjadi Imam.
Beruntung Kak Cik....
salam kak cik..hehe,,org sentiasa happy mmg nampak muda..
BalasPadamooo anak kak cik ada jd imam ye..untungnya...kat masjid mana kak?
Lea...
BalasPadamsebab hati sentiasa 'muda' kot....:)
jeBateja...
BalasPadamusia hanya sekadar angka! Ahakz! :)
AUC...
BalasPadam'ilmu alam' je.... (tapi sekarang dah tak panggil ilmu alam tetapi geografi, kan?) :)
Yan...
BalasPadamkakcik berkahwin di usia 25 tahun dan mendapat Along semasa kakcik berusia 26 tahun. :)
Azie...
BalasPadamhati kakcik pun kadang2 berkata yang kakcik masih muda (buat malu kat anak2 je..) hehehe.... :)
Suri...
BalasPadamAlong jadi Imam di sebuah masjod di Kg. Pandan. :)
kak chik anak kak chik ngan kak chik cam adik ngan kakak, patut pun dia konpius. tak sangkalah kak chik dah 50 maintain cam 40 an.khe khe
BalasPadamCik Ina...
BalasPadamamboiiii.. kembang hidung kakcik ni ha! :)