...kerana kita tak tahu apa yang akan kita dapati sebentar lagi.
Mungkin rezeki itu kekal begitu. Mungkin juga akan bertambah sama ada dengan usaha atau secara tidak diduga. Tidak mustahil juga rezeki itu akan hilang dalam sekelip mata.
Jangan bongkak berkata 'aku berusaha keras, jadi rezeki pasti bertambah berlipat kali ganda'. Rezeki kita datang dari Yang Maha Berkuasa. Kita hanya boleh berusaha tanpa putus asa. Rezeki tidak datang secara bergolek. Bukan senang hendak senang, kan?
Rezeki juga tidak turun dari langit kalau sekadar hanya duduk berdoa tanpa usaha.
Eh...sebenarnya saat menaip ini, aku duduk dalam kereta. Menanti suami yang sedang bersarapan bersama kawannya. Sebelum itu aku sudah bersarapan dahulu. Aku tak mahu mengganggu perbualan suami dengan rakannya itu.
Tadi aku melihat suami menghampiri seseorang. Dia menghulurkan sebungkus teh tarik dan sedikit wang yang disumbangkan oleh jiran kami. Dari jauh aku melihat lelaki itu sangat teruja dengan rezeki yang didapatinya. Pasti di luar dugaannya.
Ia tidak berkaitan dengan nilai, tapi mungkin sangat berkaitan dengan keperluan. Keperluan perut yang perlu diisi seawal pagi...
Ada atau tidak antara kita pagi ini membazirkan rezeki? Minum seteguk atau makan sesudu kemudian tinggalkan bakinya begitu sahaja atas alasan yang hanya kita tahu?
Terfikirkah kita tentang ada orang yang terpaksa mengais bagai ayam untuk mendapatkan sedikit rezeki?
Fikirkanlah...
bersyukur masih diberi peluang untuk bernafas di muka bumi Allah ini.
BalasPadamAlhamdulillah. :)
PadamBetullah Kakcik. Jgn lupa rezeki Allah beri..
BalasPadamKalau boleh tadah tangan rezeki dtg bergolek tak apa juga
Macam tu kakak pun nak - tak payah kerja doa tadah tangan aje hihi....
Kena sentiasa bersyukur dengan rezeki yang Allah SWT bagi kepada kita. Ringankan tangan untuk membantu saudara yang memerlukan juga.
BalasPadamBukan senang nak wujudkan rasa syukur tulus ikhlas, terutama kepada generasi muda. Semasa saya muda juga rasanya jarang fikirkannya, ketika itu agresif, cuma fikir nak rebut apa yg ada. Sekarang bila dah berusia, semakin mengenali Tuhan, banyak yang difikirkan secara lebih realistik...
BalasPadamKadang2 ada yang rasa mereka dah mampu menongkat langit, maka perkataan syukur seolah2 lenyap dari kamus mereka.
BalasPadamAlhamdulillah kak chik... bersyukur masih diberi kesempatan untuk bernafas dan terus beramal....
BalasPadamsangat bersyukur
BalasPadamalhamdulillah..
BalasPadamSEDIHNYA KAK CIK... AMAT BERSYUKUR DENGAN REZEKI ALLAH SEKARANG NI... SEMOGA YG LAIN JUGA BEROLEH REZEKI DARI ALLAH
BalasPadamsalams kak chik,
BalasPadamsemoga allah memberi rezki kepada semua hamba2nya
sedih sgt kalau tgk org yg tak berkemampuan....
Betul tu kakcik, kadangkala, dek kerana melimpahnya rezeki yg kita perolehi, kita pandang enteng nikmat2 tu..mereka yg tak ada ( macam contoh lelaki yg terima wang & teh tarik tu), kalau dapat, akan betul2 menghargai
BalasPadamSalam Nur,
BalasPadamBersyukurlah kita dengan reezeki yang Allah berikan. Semoga rezeki tu berkat.
Betul Kakcik. Syukur walaupun pokai tp sy tak putus mkn minum dan Allah kurniakan rezeki kesihatan bt kami anak beranak.
BalasPadambersyukur dgn membalas semula melalui ibadah2 yg DIA telah wajibkan...
BalasPadamMoga kita semua sentiasa diberkatiNYA.. dan moga dengan sedikit rezeki yang ada mampu membuatkan insan lain gembira atas pemberian kita.
BalasPadamalamak.. macam dah terbazir sikit pagi tadi.. ~.~"
BalasPadamalhamdulillah, entri yg bagus kakcik utk mengingatkan diri yang sering lalai tadi.. :(
Alhamdhulillah..masih di beri peluang untuk berkongsi rezeki pada yg memerlukan..amin
BalasPadam