Kawan-kawan kakcik

Isnin, 12 Januari 2015

Pusat Perlindungan Kucing Putrajaya...

Sicomel ini hampir saja terpijak sewaktu suamiku
turun dari kereta.  Keadaannya comot dan macam
terberak-berak.  Tak tahu di mana ibunya atau
siapa yang meletakkannya di hadapan pagar rumahku.
Gambar di atas diambil setelah ia dimandikan oleh
anakku Angah.  Selepas 2 hari 1 malam, ia tak
mahu makan atau minum.  Malah ia menyorok
di atas tayar belakang kereta Angah. En Sepet 

kata 'rasa kesian bila tengok matanya'...
Setelah membuat carian di internet, aku menemui maklumat
tentang tempat ini.  Kerana kami sekeluarga bukanlah orang
yang rajin memelihara haiwan, kami mengambil keputusan
untuk mencari tempat yang bersesuain buat sicomel. Tempat ini

terletak di hujung Jalan 9B, Precint 9, Putrajaya.
Dari Abu Hurairah RA, Nabi Muhammad SAW bersabda yang
bermaksud 'Berbuat ihsan kepada setiap roh yang masih hidup
terdapat ganjarannya' - Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
Sila ambil perhatian, Pusat Perlindungan ini
hanya menerima kucing-kucing dari PUTRAJAYA
SAHAJA.  Tapi atas budi bicara En Rusli (beliau
enggan wajahnya dirakamkan), sicomel diterima juga.
Sicomel ditempatkan di sini...
Kawasan tempat ini sedang dibersihkan...
...ada yang bebas berkeliaran dan ada yang
diletakkan di dalam sangkar...
Kalau ada yang berminat hendak mengambil
kucing di sini, bolehlah hubungi nombor yang
tertera pada waktu pejabat.  Waktu operasi
pusat ini ada tercatat di atas.  Kucing akan
diberikan secara PERCUMA sahaja...

26 ulasan:

  1. bagusnyaaaa da tempat macam ni.. xdela cat semua terbiar..

    BalasPadam
  2. mulianya hati kakcik, yalahkan kalau bukan pakar biarlah orang yg pakar yg menjaga walaupun sekadar memelihara kucing kan, kat umah kaknoor banyak kucing dulu, tapi ada jugak yg mati sampai skrg cuma 5 ekor je tinggal

    BalasPadam
  3. comelnya kak.....syukur akak hantar kesana atleast dia terbela :)
    hati masih sedih...anak2 bulus pergi

    BalasPadam
  4. Di rumah saya bagai pusat org buang kucing.
    Banyak kucing yg ada ialah kucing yg datang.
    Anak2 suka membela.
    Saya jer tak sampai hati bila anak2 jd semput sebab alah bulu kucing.
    Baru dapat cucu baru 4 ekor...
    Mmg selamanya laaa bela kucing...

    BalasPadam
  5. saya suka kucing tapi tak suka nak membela sebab anak yang sulung tu ada lelah,, kat umah nenek dia baru merasa main dengan kucing2 nenek,,

    BalasPadam
  6. terima kasih atas informasi ni... rasanya tempat ni dekat dengan rumah kawan saya di Putrajaya... mudah2an mereka menjaganya dengan baik sebab ada desas desus yg mereka bunuh sebahagian kucing kalau dah kehabisan budget tapi saya kurang percaya... saya percaya yg dibunuh tu kalau sakit dan tak boleh diubati lagi

    BalasPadam
  7. Rupanya kucing pun ada warga dan terrotirinya - kucing Putrajaya utk Putrajaya saja...
    Teringat satu masa dulu saya hampir kemalangan ketika cuba selamatkan kucing yg berada di tengah jalan....

    BalasPadam
  8. terima kasih kakcik kerana sharing info...dulu ada rasa nak hantar tapi kesian pulak llau terkurung dalam sangkar kecil..nekcikkurung jugak tapi sangkar dengan kebun skali..luas lah sikit...klau lpaskn takut dilanggar kereta...depa ni llau kluar suka dok bawakh kereta!!

    BalasPadam
  9. dekat sgt dgn rumah mak saya. selalu dtg sini dulu.... tengok kucing rasa tenang je... tp bila dah ade 7 ekor kat rumah terus jarang gi sini lg... hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. hantar dengan dengan ibunya sekali boleh ke sbb masih menyusu..
      anak 4 ekor

      Padam
  10. Sayajuga tak minat pelihara kucing walaupun semasa kecil dulu di kampung memang ada pelihara banyaak kucing.

    Saya berpandangan, hidup di kawasan peumahan taman memang tidak sesuai pelihara binatang secara bebas kecualilah jika orang itu memang tidak kisah akan perasaan dan keselesan jirannya...

    BalasPadam
  11. Alahai comelnya si Comel tu KC .......suka dgn anak kucing yg tgh galak main tu KC....tp kalau ikutkan okje pun mls nak membela...

    BalasPadam
  12. Kat rumah Aina ada 4 ekor kucing, nak buang sayang dan kesian. Layanlah macam layan anak2 sebelum kita makan kucing2 ni diberi makan dulu.

    BalasPadam
  13. Bagusnya ada tempat macam ni. Kalau jumpa kucing terbiar, bolehlah hantar ke sini. Tapi itulah terhad di Putrajaya pulak. Saya pun jenis tak bela haiwan. Kalau ada yang mendatang, memang kenalah cari tempat lain untuk bermanja.

    BalasPadam
  14. Salam puan..saya nk tanya kalo saya dr ipoh nk hantar stray cat ke sini mmg x di terima ke? sebab sy x smp hati nk letak stray cat yg dy jumpa di pasar @ kedai makan...lgpun area ipoh ni xda pusat jagaan kucing terbiar....sy nk bela lagi...dh terhad..tq!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Seperti yang kakcik nyatakan di atas, pusat perlindungan ini hanya menerima kucing dari kawasan Putrajaya sahaja. Kesian kepada kucing2 terbiar yang tidak punya tempat perlindungan di lain-lain kawasan, kan? :(

      Padam
  15. Balasan
    1. Sewaktu kakcik pergi, tempat ini memang masih aktif...

      Padam
  16. Tumpang info..sesiapa ingin makanan kucing jenama power cat...sila whatsapp 0132616482 .t kash

    BalasPadam
  17. assalamualaikum.Sesiapa nak menempah baju kucing or adopt kucing free boleh singgah blog saya http://amkaco.blogspot.my/

    BalasPadam
  18. sy ade kucing 12 sy terikat dgn kucing macam mana sy nak balek indon bila kucing sy tak ade yg rawat..

    BalasPadam
  19. Kwsn rumah saya banyak kucing terbiar yg datang tidak ketahuan. Kesannya, sekitar rumah saya dah kuat berbau taik kucing. Saya bercadang nak maklumkan ke BPH tentang perkara ini dan pastinya bila operasi dilakukan, kemungkinan besar kucing-kucing yang ditangkap akan dilupuskan dgn kaedah-kaedah tertentu. Saya dah tak tahan dgn bau taik kucing. Maka, saya memohon kalau ada yang hendak menjaga kucing-kucing tesebut, mohon kutip di kawasan rumah saya sebelum saya buat aduan ke BPH. Kes terbaharu, ada 4 tompokan tahi kucing di hadapan pintu rumah saya, sudah keterlaluan. Tambahan pula, BPH tidak membenarkan penghuni membela kucing di kuarters kerajaan. Pohon golongan pencinta haiwan terutamanya kucing untuk mambawa haiwan tersebut dari rumah saya sebelum saya membuat sebarang tindakan. Sila berhubung dengan saya melalui faizal.5009@gmail.com

    Sekian, terima kasih.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com