Kawan-kawan kakcik

Rabu, 17 September 2014

'Siaplah kalau aku dapat siapa yang bomohkan kedai ini'...

...itulah kata-kata yang kebetulan terdengar oleh suamiku sewaktu melalui sebuah kedai makan.

Walaupun hidangannya nampak menyelerakan, peliknya tiada seorang pelanggan pun singgah di kedai itu, sedangkan kedai yang bersebelahan penuh dengan pelanggan.

Setelah aku bersembang dengan seseorang yang ada pengalaman makan di kedai yang lengang itu, aku dikhabarkan bahawa hidangannya hanya indah khabar dari rupa.  'Langsung tak sedap', kata seseorang itu.

Mungkin inilah silapnya 'orang kita'.  Cepat sangat hendak menuding jari kepada orang lain dan enggan mengkaji kelemahan diri sendiri.  Cuba kita lihat kedai makanan yang diusahakan oleh bangsa lain.  Mereka boleh berniaga sebelah-menyebelah dan kadangkala bantu-membantu.  Yang tiada di kedai aku, aku pinjam dulu dari engkau.  Yang tiada di kedaimu, kau ambil sahaja dari kedaiku dahulu. 

Peliknya, orang kita sengaja meletakkan kerusi atau alas meja berlainan warna untuk menandakan 'wilayah jajahan' mereka.  Opsss... pesan di sini, makan di sini ya.  Air pun tak boleh pesan dari kedai sebelah.  Itulah sikap kebanyakan peniaga kita.

Akhirnya, bila hidangan tidak mendapat sambutan, orang sebelah mula dipandang serong.  Mulalah 'bomoh-membomoh' walaupun orang sebelah itu langsung tidak tahu apa-apa.

Bilakah agaknya kita hendak mencari kesalahan dan memperbaiki diri sendiri?  Bila dendam dibiarkan menguasai hati dan fikiran, maka bagai api dalam sekam, perlahan-lahan diri sendiri yang menjadi mangsa kemusnahan.


12 ulasan:

  1. Saya setuju. Ini Masalah bangsa kita yang sangat memalukan. Gagal berusaha salahkan orang lain

    BalasPadam
  2. Itu laa berebut2 kalau nak dpt pelanggan.. kalau tak laku.. biasa laa akal tuh dok fikir yang tidak baik aje..

    BalasPadam
  3. Masalah bangsa kita dari dulu, kini dan kalau tak diubah boleh jadi selamanya macam ni. Sedih lah.

    BalasPadam
  4. Benda2 dibomohkan...kedai makan tak nmpak oleh pelanggan lain..kes2 mcm ni sgt sinonim dgn org2 kita kakcik..kes2 begini mmg tak akan ada jln penyelesaian...saya dgr dari saya kecil2 dulu dan sekarang umur saya dah nak separuh abad dah..tetap juga mendengar kes yg sama...

    BalasPadam
  5. Hhmm.. senario biasa kan kak cik.. bila la nak berubah

    BalasPadam
  6. Biasa jugak dengaq bomoh kedai makan ni.. zaman dulu la..

    Makchaq kalau tempat makan tak biasa pi.. selalu pilih yg ramai orang jugak.. dengan harapan ramai orang pi mesti sedap/ok.. tapi ada jugak tekaan meleset.. selera x sama mungkin..

    BalasPadam
  7. setuju tu bonda..itulah kelemahan masyarakat kita hari nie..ada PHD...

    BalasPadam
  8. Betul2..makanan tak sedap,layanan hambar,lembab lepas tu bila kedai kosong mula nak kata orang sihir dia..padahal dia berniaga cincai.

    BalasPadam
  9. Kadang kita nak makan pun takut.....takut "ubat" tu terkena dlm lauk pauk yg kita makan...wallahualam

    BalasPadam
  10. Siapakah org yg berpengalaman tu kcik???

    BalasPadam
  11. Stended.. itula sikap yang ada sekarang...
    Susah nak ubah kan..
    Jadi, macam mana nak maju?

    BalasPadam
  12. setuju sangat. kita ni sebenarnya dah lama sangat disogokkan dengan pemikiran mcm ni.
    kalau kedai x maju mulalah menyalahkan orang lain. Kdng2 boleh jadi fitnah sbb menuduh 'orang tu' 'membomohkan' kedai kita

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com