...itulah kata-kata yang kebetulan terdengar oleh suamiku sewaktu melalui sebuah kedai makan.
Walaupun hidangannya nampak menyelerakan, peliknya tiada seorang pelanggan pun singgah di kedai itu, sedangkan kedai yang bersebelahan penuh dengan pelanggan.
Setelah aku bersembang dengan seseorang yang ada pengalaman makan di kedai yang lengang itu, aku dikhabarkan bahawa hidangannya hanya indah khabar dari rupa. 'Langsung tak sedap', kata seseorang itu.
Mungkin inilah silapnya 'orang kita'. Cepat sangat hendak menuding jari kepada orang lain dan enggan mengkaji kelemahan diri sendiri. Cuba kita lihat kedai makanan yang diusahakan oleh bangsa lain. Mereka boleh berniaga sebelah-menyebelah dan kadangkala bantu-membantu. Yang tiada di kedai aku, aku pinjam dulu dari engkau. Yang tiada di kedaimu, kau ambil sahaja dari kedaiku dahulu.
Peliknya, orang kita sengaja meletakkan kerusi atau alas meja berlainan warna untuk menandakan 'wilayah jajahan' mereka. Opsss... pesan di sini, makan di sini ya. Air pun tak boleh pesan dari kedai sebelah. Itulah sikap kebanyakan peniaga kita.
Akhirnya, bila hidangan tidak mendapat sambutan, orang sebelah mula dipandang serong. Mulalah 'bomoh-membomoh' walaupun orang sebelah itu langsung tidak tahu apa-apa.
Bilakah agaknya kita hendak mencari kesalahan dan memperbaiki diri sendiri? Bila dendam dibiarkan menguasai hati dan fikiran, maka bagai api dalam sekam, perlahan-lahan diri sendiri yang menjadi mangsa kemusnahan.
Saya setuju. Ini Masalah bangsa kita yang sangat memalukan. Gagal berusaha salahkan orang lain
BalasPadamItu laa berebut2 kalau nak dpt pelanggan.. kalau tak laku.. biasa laa akal tuh dok fikir yang tidak baik aje..
BalasPadamMasalah bangsa kita dari dulu, kini dan kalau tak diubah boleh jadi selamanya macam ni. Sedih lah.
BalasPadamBenda2 dibomohkan...kedai makan tak nmpak oleh pelanggan lain..kes2 mcm ni sgt sinonim dgn org2 kita kakcik..kes2 begini mmg tak akan ada jln penyelesaian...saya dgr dari saya kecil2 dulu dan sekarang umur saya dah nak separuh abad dah..tetap juga mendengar kes yg sama...
BalasPadamHhmm.. senario biasa kan kak cik.. bila la nak berubah
BalasPadamBiasa jugak dengaq bomoh kedai makan ni.. zaman dulu la..
BalasPadamMakchaq kalau tempat makan tak biasa pi.. selalu pilih yg ramai orang jugak.. dengan harapan ramai orang pi mesti sedap/ok.. tapi ada jugak tekaan meleset.. selera x sama mungkin..
setuju tu bonda..itulah kelemahan masyarakat kita hari nie..ada PHD...
BalasPadamKadang kita nak makan pun takut.....takut "ubat" tu terkena dlm lauk pauk yg kita makan...wallahualam
BalasPadamSiapakah org yg berpengalaman tu kcik???
BalasPadamStended.. itula sikap yang ada sekarang...
BalasPadamSusah nak ubah kan..
Jadi, macam mana nak maju?
setuju sangat. kita ni sebenarnya dah lama sangat disogokkan dengan pemikiran mcm ni.
BalasPadamkalau kedai x maju mulalah menyalahkan orang lain. Kdng2 boleh jadi fitnah sbb menuduh 'orang tu' 'membomohkan' kedai kita