Kawan-kawan kakcik

Khamis, 14 Ogos 2014

Baru jadi Ketua Kerani saja pun...

Ketua Kerani lebih popular dengan sebutan CC (Chief Clerk) di pejabat-pejabat Kerajaan Malaysia.

Lebih 30 tahun dulu, sewaktu aku baru masuk kerja,  CC adalah individu yang dilihat sebagai 'sangat berkuasa' di dalam pejabat selepas pegawai-pegawai atasan yang lain.

Kebanyakan kakitangan sangat 'takut' dengan CC.  Perlu diingatkan bahawa takut dan hormat adalah dua perkara yang berbeza.  Ketakutan akan membawa kepada kata-kata yang kurang enak dan umpatan-umpatan di belakang.

Siapa yang 'dapat rapat' seperti boleh bergurau senda atau makan bersama dengan CC, akan ada satu riak bangga 'yang entah apa-apa'!

Zaman kian berubah.  Namun di zaman ini, masih ada juga CC yang 'berjalan masuk ke pejabat' dengan rasa bongkak yang mungkin tidak disedarinya.   Masih suka dipanggil dengan gelaran CC atau lebih bangga dipanggil Puan!

Bagiku sendiri, kalau setakat CC, bila-bila masa sahaja kerani di bawah kita boleh melangkah gelaran/jawatan kita itu.  Apatah lagi sekarang ini kebanyakan kerani mempunyai kelulusan sekurang-kurangnya Diploma kalau tidak pun Ijazah. Mereka sentiasa mengejar peluang untuk berada di jawatan yang lebih tinggi. Mana tahu, esok-esok dalam pejabat yang sama mereka menjadi ketua kita.

Jadi, kebanggaan apakah yang hendak kita bawa bila sebenarnya tiada yang lebih berkuasa dari Dia Yang Maha Berkuasa?

Catatan ini adalah sebahagian daripada siri SEPANJANG JALAN KENANGAN...

20 ulasan:

  1. Betul tu kakcik. Tiada apa yang hendak di banggakan.

    BalasPadam
  2. salam kak
    saya pernah sedang mengalami hhihih..dulu semasa saya masuk kerja dia boss belagak bukan main arah itu ini, apa kerja yg sepatutnya dia buat diarahkan saya & junior lain buat. Kini, dia dibawah saya...hihihi

    BalasPadam
  3. Tiada apa yang nak dibanggakan dengan pangkat kan kak cik... yang pentinng amanah tugas yang dipertanggungjawabkan ...

    BalasPadam
  4. As-salam kakcik..

    Betullah kakcik.. di sisi ALLAH, kita semua sama sahaja... yang menjadi penilaian hanyalah iman dan amal.. bukan pangkat dan darjat..

    BalasPadam
  5. betul tu...apa ada pada pangkat,bila pencen semua tak lekat.Buruk baik kita yang orang ingat....berpada padalah nak tunjuk kuasa ,tak rugi kalau humble tapi tegas dalam menjalankan kerja.

    BalasPadam
  6. Walaupun apa ada pada pangkat..sekurang2nya..org di bawah CC perlu ada sedikit rasa hormat pada ketua mereka walaupun taraf pendidikan mereka lebih tinggi..semoga kerja kita menjadi ibadah..

    BalasPadam
  7. pangkat ni tak bawak ke mana pun kan kak cik...
    kita semua sama je di sisi Allah..

    BalasPadam
  8. Biasa la tu.. manusia ni kdg2 dia lupa..padahal dia dulu pun KERANI jugak.. bukannya terus2 ada kat atas je..kan?

    BalasPadam
  9. Apalah yang nak dibanggakan sangat dengan pangat tu.

    BalasPadam
  10. Baru jadi CC..
    Bayangkan kalau dia CEO !

    BalasPadam
  11. betullah kak..cc mmg lagi digeruni..kat sekolah pon sama..haha (-_-)

    BalasPadam
  12. Betul tu, apa nak dibanggakan dengan pangkat, bila mati cuma bawa sehelai kain kapan saja. Bila-bila masa saja kerani yang ada ijazah kemudian berjaya jadi pegawai PTD boleh melompat ke gred 41, sedang CC tu masih kekal dengan gred 22...

    Tapi rasanya Kakcik zaman CC berlagak sombong macam zaman kita muda-muda dulu semakin berkurang, kalau masih ada agaknya kerana perangainya dah macam tu sejak azali tak boleh buat apa dah... Masa saya di KL, pegawai-pegawai bertaraf JUSA pun tak kisah jika makan di gerai tepi jalan, apa lagilah CC, maklumlah ramai yang berjawatan tinggi di KL...

    BalasPadam
  13. setuju.. xkira la pangkat tinggi melangit pun.. xyah nak bongkak2 tak kemana pun... hihuhihi

    BalasPadam
  14. Pangkat didunia apalah yg nak dibanggakan...Syarat layak jd CC kene sombong ker??..Tak kannnnn...kalau berbaik2 dgn org bawahan apalah salahnya..kompom2 disayangi...bila pencen org ingati..jika tidak sementara nak tunggu pencen jenuhlah jd caci umpat org...

    BalasPadam
  15. Nasib baik di tempat kerja saya xde org yg sombong dgn pangkatnya.

    BalasPadam
  16. Sy sgt hormat pd sesetengah CC di tempat sy walaupun sy ni P&P.. Mereka umpama buku teks sy ha3x.. byk hafal n faham segala mak nenek Pekeliling n Peraturan .. ingat setiap para n seksyen.. tu yg best.. apa je jenis Pekeliling dia baca dulu.. then brief saya kefahaman dia.. kalau salah baru sy betulkan.. itu yg best la.. yg tak best.. bab kemahiran penggunaan 'simple software' dan komputer.. takut sangat salah.. yg jd mangsa org bawah dia la.. NO! NO! NO! Sy basuh dia.. sdg sy boleh buat sendiri kerja menaip, faks, emel bagai .. kenapa tidak CC..

    BalasPadam
  17. betul tu
    dpn mata saya. ada junior masuk keje sbg staf bawah
    skrg jd bos kepada bos dulu, sbb dia ada cert
    hihi

    BalasPadam
  18. Takde apa yang rasa nak dibanggakan dengan jawatan tu.. semua pinjaman dariNYA..

    BalasPadam
  19. apalah sangat nak dibanggakan pangkat..sampai masa kena tinggal juga..

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com