Kawan-kawan kakcik

Khamis, 18 September 2014

Baca dulu sebelum komen, jangan dedahkan sikap malas kita...

...tak kisahlah nak komen di blog atau di facebook atau di mana-mana, hatta kalau orang bercakap, dengar dulu betul-betul sebelum menjawab atau mencelah...

Kita mungkin bukan sahaja akan mendedahkan sikap malas, sebaliknya mungkin juga akan kelihatan tidak cerdik!

Katakanlah, ada orang letak letak gambar makanan, kita pun terus tinggalkan komen 'sedapnya...boleh bagi resepi tak?  Rajin betul awak memasak'.  Apa yang tak kena?  Yang tak kenanya, tajuk catatan itu terang-terang telah menyatakan 'MAKAN-MAKAN DI WARUNG KAK GAYAH'.  Takkanlah pula penulis itu sangat rajin memasak di warung Kak Gayah, melainkan dia memang tukang masak di situ...

Begitu juga, katakan penulis meletakkan gambar katil hospital dengan catatan di bawahnya 'semoga cepat sembuh ANAKKU'.  Ada juga catatan tentang anak itu sakit apa dan dimasukkan ke hospital bila dan sebagainya.  Lalu kerana kita malas hendak membaca (sedangkan catatannya bukan panjang berjela pun), kita pun konon dengan penuh simpati menulis komen 'semoga kakcik (contohnya) cepat sembuh, sakit apa ya?'

Jadi, kalau malas sangat hendak membaca, tak payahlah tinggalkan komen apa-apa semata-mata untuk menunjukkan 'kehadiran' kita...

#ingatanuntukdirisendiri

40 ulasan:

  1. Makchaq selalu baca tapi tak komen..
    tak baik jugak kan.. tapi pasai nak cepat2 baca nak pi baca kat lain pulak n baca pun kat tepon kecik..susah pulak nak komen. Jari besaq asyik tersilap tekan.. ni pun lama nak taip.. asyik silap tekan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Makchaq bila nak kemaskini blog ni? Rindu nak baca catatan makchaq tau... :)

      Padam
    2. Sama...sama....rindu nak baca blog MakChaq

      Padam
    3. Ha...makchaq. ..baca tu....ada yang rindu nak baca celoteh makchaq. .. :)

      Padam
  2. org kite suka baca tajuk je pastu terus komen.. even mls skealipun nk bc artikel penuh, bc la komen sebelum.. hadoila..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu. Kalau malas nak baca catatan, setidak2nya baca komen2 sebelum kita sambung komen (tapi jangan baca komen yang semberono yang tak boleh dipakai juga...)

      Padam
  3. betul apa yg kakcik cakap tu....kalau ya pon nak menunjukkan kehadiran kat satu2 blog jangan la sampai komen lari dari tajuk..atau tanya soklan yg jawapannya dah dah ada dlm n3 tu..memang nampak sangat..hehe:)

    BalasPadam
  4. LG KELAKAR
    DAH LETAK HARGA BARANG YG DIJUAL SIAP KOS POS
    ADA LAGI YG KOMEN
    'PM PLS' HUHU

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu pun satu hal lagi.... Benar2 nak beli atau saja suka2 saja, kan?

      Padam
  5. Ingatan utk sy jugak mak. Kdg tu rasa pelik bila terima komen yg tak berkaitan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah kan? Tak tahu nak geli hati atau rasa nak seligi...hehehe

      Padam
  6. Balasan
    1. Iya. Kadang2 baca tajuk pun boleh komen lain dari tajuk... :)

      Padam
  7. betul tu kakchik kadang-kadnag komen takde kena mengena dengan entri

    BalasPadam
  8. Saya pun pernah tulis N3 pasal ni jugak kakcik...lain kita tulis lain yg diberikan komen...mmg nmpk sgt tak baca N3 kita...

    BalasPadam
  9. kakcik...saya boleh tahu komen kat blog samada pengomen membaca coretan kita atau scroll dan komen...kalau 'nice sharing'...'nice info'...'sedapnya'...'rajinnya'...tu sah2 tak baca cerita kita...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kakcik kadang2 kalau tak tahu nak. Komen apa. Kakcik komen owndek2 juga... :)

      Padam
  10. setuju dgn entry kak cik....ada yg malas membaca...terus srolldown baca ending jer....

    BalasPadam
  11. Yup. Tapi Kakcik, ada jgk jenis masuk telinga kiri dan keluar telinga kanan.

    Eh, ntah2 terkena btg hidung sendiri tak? Huhuhuhu....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha... Mungkin kita juga pernah buat perkara yang sama... :)

      Padam
  12. Sebenarnya kita dpt tahu kawan yg komen tu baca ke tak N3 kita dari titipan komen dia kakcik.

    BalasPadam
  13. Saya setujuuuuu sangat2. Dah kena beberapa kali. Tapi kadang2 saya terajin pula nak explainkan lagi dalam entry seterusnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebab pernah terkena, kakcik buat catatan ini. Itu pun selepas berfikir banyak kali... :)

      Padam
  14. Sy lebih suka pembaca yg suka membaca dr yg suka tgglkan komen sebab kita menulis pun utk suruh org baca...tak perlu tgglkan komen klau malas membaca.

    Rajin kak cik update sejak bergelar pesara ni kan..:))

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kakcik memang suka menulis. Sebelum ini pun kakcik rajin NAK menulis tapi kerana kekangan masa dan juga sering kekeringan ilham, maka blog ini kadangkala terbiar juga. Terima kasih kerana sudi membaca coretan kakcik. :)

      Padam
  15. orang ni macam-macam jenis ragam kan kak
    kadang2 macam lepas batuk di tangga
    singgah pagi
    singgah petang

    nak selamat leteww

    BalasPadam
  16. Pernah terkomen gak kat blog kereta mayat si hamka tu. Haha malu sendiri..entry blog takde tulis harga tapi dia tulis harga buku kat iklan tepi. Guna hp baca blog tak nampak semua tu. Blog kakcik je saya masuk tak ikut format hp.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dulu kakcik buat juga blog ini ikut format hp, tapi rasanya macam menyusahkan... :)

      Padam
  17. Macam jugak bila bli online...org dah letak harga situ...dgn pesanan...nak sila WA atau PM penjual...masih juga nak tulis situ..."berapa harga?"..."pls pm.me"....

    BalasPadam
  18. mungkin sepaling ringkas pun komen SMTI mengatakan kehadiran kita? pernah terbaca dalam blog siapa ntah sebelum ini berkenaan "Saya Membaca Tampalan Ini (SMTI)" tapi tak tau nak komen apa. Hehehe, tapi itu kategori dah membaca. Yang akak utarakan tak membaca tapi rajin nak mengomen kan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. SMTI ini dimulakan oleh Mazidul Akmal Sidik dan selalu digunakan oleh Red Rambutan. :)

      Padam
  19. wahh..menarik kupasan entri ini..i like:) saya pun jenis reader yang tak suka letak komen kl takde apa yang nak di komen dekat entri blogger. ni first time dtg blog ni, jumpa kat facebook! rugi pulak baru jumpa blog yang best ni..anyway salam perkenalan dari CM:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam perkenalan Cik Matahariku. Terima kasih sudi singgah di sini. :)

      Padam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com