Kawan-kawan kakcik

Rabu, 17 September 2014

'Air kosong belum siap bancuh'...

Baru-baru ini, aku pergi makan di suatu tempat.  Ramai juga orang lain makan di tempat yang sama.  Walaubagaimanapun, aku dan keluarga adalah di antara pelanggan yang paling awal tiba.

Kami pesan makanan dan minuman.  Bila makanan tiba setengah jam kemudian, ada antaranya sangat pedas bagiku. Minuman pun sudah habis diminum.  Aku pesan lagi satu jag air kosong.  10 hingga 15 minit berlalu, air yang dipesan tidak juga tiba.  Akhirnya aku bangun bertanya kepada dua tiga orang remaja lelaki yang sedang berdiri berhampiran dengan bekas-bekas air di situ 'dik, air kosong belum siap bancuh ke?'.   Dengan muka terpinga-pinga dia menjerit kepada kawannya di tempat membancuh air 'oiii! Air kosong belum siap bancuh ke?'.  Kemudian dia memandang kepadaku dengan wajah yang masih terpinga-pinga 'nanti dia bancuh dan hantar, ya'

Huh!  Mungkin betul agaknya mereka kena bancuh air kosong kerana selepas 10 minit barulah air itu sampai ke meja!

11 ulasan:

  1. Betul tu KakCik. Kadang-kadang tunggu air kosong pun lama kan.

    BalasPadam
  2. hehheheh...dengar jawapannya xtahu nak marah ke nak gelak....tapi mmg kdg air kosong lambat nak sampai...

    BalasPadam
  3. sebab air kosong tu yang lambat kot..sabo je la

    BalasPadam
  4. hahahahahahahaha dia pn blur agaknya..adoiii..lucu

    BalasPadam
  5. Hehehe...air kosong yg dibancuh..restoran mana lah ni yer kakcik...

    BalasPadam
  6. kadang kala ada kedai dah bagiatu awal2 air koosng kena amik sendiri...diorg sediakan tmpt khas tuk air kosong..itu lg mudah

    BalasPadam
  7. huhu. lawak juga kan? Air kosong perlu dibancuh

    BalasPadam
  8. Adehhhh!!
    Mungkin maksud dia air belum amsak kot..hehe

    Tapi macam nak tergelak pun ada, kan kakcik :D

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com