Kawan-kawan kakcik

Isnin, 30 Julai 2012

Berbuka puasa di Al-Amin Food Corner...

Sekarang lebih ramai yang suka menggunakan perkataan IFTAR untuk BERBUKA PUASA.  Mana-manalah, maknanya tetap sama...

Tarikh : 29/07/2012
Lokasi : Al Amin Food Corner, Greenwood
Kehadiran : 24 orang - kecil besar tua muda

Jarang orang dapat mengeja nama kakcik dengan betul! :(

Kami tiba agak awal untuk menyemak tempahan.  Oh! semua meja
telah penuh ditempah rupa-rupanya.

Semua cukup, kan?
Yang tidak boleh berpuasa tu, sila hormati mereka yang berpuasa, ya?


Beriyani Kambing.  Kami pesan 2 set beriyani kambing dan 3 set
beriyani ayam.  Turut di pesan 15 keping roti arab.




Hati kakcik sangat berbunga bila melihat anak-anak berwajah ceria.

Ada aiskrim yang dibawa oleh adik lelaki kakcik.

Jom balik, cepat cari tempat untuk solat Maghrib.

Alhamdulillah.  Kakcik berpeluang lagi berkumpul dengan adik-adik dan keluarga mereka.  Turut serta dua orang anak angkat kakcik.  Kakcik dan adik-adik berkongsi membayar bil (yang paling ramai ahli keluarga adalah kakcik, tapi kakcik yang paling sedikit mengeluarkan sumbangan tak guna punya kakak ).  Alhamdulillah.  Makan di sini sebenarnya hampir 40% lebih murah dari semasa kami pergi makan di Al-Rawsha dulu.

Rancangan asalnya kami hendak masak-masak dan berbuka di rumah kakcik sahaja seperti hari sebelumnya.  Memandangkan kakcik dan adik-adik perempuan ada urusan di luar dari pagi hingga petang, rancangan untuk memasak itu tidak sempat untuk dilaksanakan dan kami mengambil keputusan membuat tempahan sahaja.  Mujur masih ada tempat.

49 ulasan:

  1. Balasan
    1. Cuma mak dan ayah kakcik sudah tiada lagi...

      Hanya doa buat mereka.

      Padam
  2. Balasan
    1. Memang seronok. Tambahan anak2 yang kecil sudah tidak banyak ragam mereka. :)

      Padam
  3. syukur dapat kumpul ramai2... masanilah rasa banyak benda nak diceritakan... sedih tahunni puasa masih tak dapat berkumpul adik beradik ....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebenarnya sewaktu makan tak sempat pun hendak bercerita. Sessi kutuk mengutuk antara kami adik beradik selalunya berlangsung dalam suasana santai. :)

      Padam
  4. salam..

    time ni le yg best
    berkumpul rmai2.. keluarga lagi
    mmg ceria.. bukan slalu pun kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. W/salam Maiyah.

      walaupun kakcik dan adik2 duduk tidak begitu jauh antara satu sama lain, tapi waktu untuk dapat berkumpul kesemua sekali memang tidak sering terjadi.

      Padam
  5. Kakak kalau bulan puasa susah nak dapat kumpul macam ni kakcik. Suka dan seronokkan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebab kakcik anak sulung, adik2 memang akan datang berkumpul di rumah kakcik walaupun bukan di bulan puasa. :)

      Padam
  6. meriahnya kakcik.. ramai betul yang berkumpul... kadang2 keadaan macam nilah yang ditunggu.

    BalasPadam
  7. Betul tu. Saat berkumpul bersama adik beradik dan keluarga adalah saat yang sangat berharga. :)

    BalasPadam
  8. salam Ramadhan Kak Cik

    nasib baik saya tak datang ke situ pd hari...kalau tidak dah penuh pun ...he he

    Selamat menjalani ibadah puasa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Ramadhan Atuk.

      kakcik pun terperanjat bila tengok semua meja sudah ada yang menempah. :)

      Padam
  9. bestnya sebab ada orang bawak aiskrim...

    saya pun sampai sekarang selalu ada orang tak eja nama saya dengan betul :-(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mulanya kami rancang nak berbyuka di rumah, itu yang adik kakcik beli aiskrim. Bila berbuka di luar, bawaklah sekali. :)

      Ejaan nama kakcik sebenarnya 7 huruf saja...

      Padam
  10. besnye makan ramai2... meriah+ukhwah (^___^)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semoga keakraban itu akan diwarisi oleh anak2 kami nanti, InsyaAllah. :)

      Padam
  11. meriahnya kakcik....mesti best dpt kumpul ramai2 mcm ni :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Memang meriah. Kalau restoran tu ada bilik, mungkin kami terpaksa menempah bilik!

      Padam
  12. meriahnye berbuka ramai ramai....rietta adik bradik xramai....hehehe....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau ramai sangat, mungkin susah juga nak dikumpulkan. :)

      Padam
  13. seronok berbuka ramai2 ahli keluarga..:)

    BalasPadam
  14. seronoknya dpt buka reramai dgn ahli keluarga


    tahun ni berbuka sy lum makan nasik beriyani lagi

    BalasPadam
  15. As salam Kakcik,

    Seronoknye berpuasa ramai2 mcm ni! Takpe next time kakcik pulak bg 'sumbangan' ye! :))

    BalasPadam
  16. sy yg dok dkt ni pon x penah smpi lg..

    BalasPadam
  17. meriahnya kak cik.....

    nanti kakcik tinggalkan alamat kakcik kat email saya ye.
    norzakiahabdullah@yahoo.com

    BalasPadam
  18. bulan puasa nie tak berani lak nak makan nasi arab sebab takut cepat kenyang. nanti tak abis lak nasi dia yang banyak.... huhuhu

    BalasPadam
  19. kalau IM best lah. tak payah penat fikir nak beli juadah apa untuk keluarga hari tu.

    macam-macam ada...

    BalasPadam
  20. saya kompiden saya boleh eja nama mak tanpa silap pun! ;D

    BalasPadam
  21. Memang seronok berbuka beramai2. Terutama dengan ahli keluarga yang lain..

    BalasPadam
  22. seronoknya berbuka bersama2..nampak meriah:)semua heppy.

    BalasPadam
  23. Seronok berbuka reramai..meriah rasa kan :)

    BalasPadam
  24. ai jeles lah tengok org berbuka puasa dgn adik beradik, mesti best sgt... hu hu hu... adik beradik sy jauh2 dari saya. tiap2 hari berbuka 3 beranak jer, kecuali sabtu & ahad, berbuka berempat (termasuk suami)

    BalasPadam
  25. memang best kalau dapat makan beramai2..

    http://mohdfaizulosman.blogspot.com/2012/07/visit-to-taiping-zoo-taiping-night.html

    BalasPadam
  26. salam kakcik..bestnya dapat buka puasa dgn famili ramai2 camni..sedap2 semua menu tu..

    BalasPadam
  27. seronoknya kak... so far kami belum lagi makan di luar..semua chef ciju yg masak.. sambil dibantu2 lah gamaknya..

    BalasPadam
  28. bestnya kan kacik dapat berkumpul adik beradik... suasana keluarga tu yang best.. hee.. saya tau eja nama kakcik..:)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com