Kawan-kawan kakcik

Selasa, 15 Mei 2012

Celik mata, fikir nak makan apa...

kiri jalan kanan pun jalan
tengah-tengah sarang tebuan
hendak makan silalah makan
tapi janganlah sampai berlebih-lebihan

beli lokan sekati beratnya
hendak dikukus hingga meruap
hari ini makan semahunya
esok belum tentu terdaya menyuap

bentang cadar jangan terbabas
kelak katil mendapat nama
bukan sekadar hidangan dihias
diri dan peribadi molekkan juga

anak dara termenung menanti
manakah dia sahabat yang lama
biar hanya sekeping roti
halal dan berkat itu yang utama

"sebenarnya kannnn... mak saya tak ada ilham.  Bila beliau tak
ada ilham, muncullah catatannya yang entah apa-apa tu.  Ada
sesiapa teringin hendak menjamah makanan di atas?  Silalah
berkunjung ke Meh Le d'Cafe, ya?"

29 ulasan:

  1. salam kakcik..
    makan tu kan mesti.
    Semuga apa yang kita makan menjadi darah daging yang halal.
    hmmm.. telio pula tengok juadah yang kakcik tayang ni.

    BalasPadam
  2. sedapnya kak, macam tulah kan, saya ni celik je mata pagi2, duk goreng mee atau kue tiow buat bekal anak2 dan suami...seronok bila anak-anak balik sekolah dengan tengok bekal licin habis dimakan :)

    BalasPadam
  3. asslm Kakcik...wah sedap2 semua menu2 tu...tliur tgk...xde ilham yer...xpe pelan2..kejap lg datang la tu...nti nk cuba la ke restoran tu jugak...

    BalasPadam
  4. Sedapnye menu mkn kat situ. mmg nak kena terjah la mcm ni Kakcik!

    BalasPadam
  5. Salam Kakcik, he he heeee typical orang Malaysia, kaaaan?

    BalasPadam
  6. kak cik memang pandai berpantun..bila dengar di radio klasik nasional ada segeman pertandingan berpantun..terus acik teringatkan kak cik..boleh menang tun kak cik..kalau kak cik join..

    BalasPadam
  7. semuanya sedap belaka..walaupun takde idea tapi kakcik kreatif sebab kakcik boleh berpantun, kagum!

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum Kakcik..

    Kakya tak mkn apa pun lagi ni... Hehe

    BalasPadam
  9. sedapnya chicken chop itew..lama dah tak makan luar..nanti nak buat le..terliur plak..

    betul betul memang pandai kak cik menulis..:)
    betul betul...pepagi celik mata dah pikir nak masak apa..nak makan apa..kadang-kadang tension gak sebab taktau nak masak apa..tambah-tambah bila barang dalam peti ais tinggal sikit2..:)

    BalasPadam
  10. dah lama saya tak makan chicken chop kakcik...boleh lah try nanti

    BalasPadam
  11. tak pe..janji ada je N3.. tak jemu..

    macam sedap je food tuu..

    BalasPadam
  12. laju2 saya scroll kebawah akk
    x menahan tgk lama2 ..
    dah lah saya shake herbalife nie huhuh ;))

    BalasPadam
  13. teringat pepagi ujung minggu..ayat pertama hasben bila celik mata, pagi ni nak sarapan apa.. huhu.. saya jugak yang kena fikir..fikir jer, sediakan lom tentu lagi.. ngeee..

    BalasPadam
  14. salam
    makan...makna...bila kita sakit demam,tak lalu makan..dipaksa makan pulak...

    BalasPadam
  15. kakcik..kagum saya..pandai betul kakcik berpantun..eh..nape semua pakat tayang makan eh hari ni..kakzakie pun tayang makanan..

    BalasPadam
  16. Makan sana makan sini
    tidak dibeli restoran rugi
    lazat, sedap itu yang pasti
    sekali makan pasti datang lagi

    BalasPadam
  17. betul kata kak zakie tu..

    mmg lazat2 makanan kat atas.

    BalasPadam
  18. Celik Mata Fikir Makanan
    Makanan Berkhasiat Jadi Kesukaan
    Terliur melihat Menu Pilihan
    Nampak Sedap dan menyelerakan

    BalasPadam
  19. chicken chop tu... menyelerakan sungguh....
    di desa pandan kan???

    BalasPadam
  20. alahai kakcik... nasi goreng bersama masak daging tu sedap la...:)

    BalasPadam
  21. Salam kakcik,

    Sedap nasi goreng tu.

    BalasPadam
  22. As salam Kakcik,

    Presentationnye tu yg mengoda! Huwaaaa! Droooling... tgh2 mlm lak tu..huhuuu

    BalasPadam
  23. makanannnnnnnnnnnn???

    terliur dah nie...

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com