Kawan-kawan kakcik

Selasa, 15 Mei 2012

Bagasi kabin - tiada lagi beza antara MAS dan AA...

MAS laksana peraturan baru bagasi kabin esok


KUALA LUMPUR: Dalam persediaan untuk menyertai oneworld Alliance, Malaysian Airline System hari ini mengumumkan peraturan baru bagasi kabin syarikat itu yang akan dilaksanakan untuk semula penerbangan mulai esok.

Menurut kenyataan MAS, penumpang kelas ekonomi dibenarkan membawa satu bagasi tangan manakala untuk penumpang kelas Bisnes dan kelas Pertama, dibenarkan dua bagasi tangan. Setiap bagasi tangan tidak boleh melebihi 36sm panjang, 23sm lebar dan 56sm tinggi, dengan berat maksimum 7 kg. Semua bagasi kabin mesti mematuhi undang-undang tempatan serta langkah-langkah keselamatan yang ditetapkan oleh lapangan terbang. Kadar biasa akan dikenakan ke atas bagasi yang melebihi ketetapan itu.

Selain itu, setiap penumpang dibenarkan membawa beg tangan kecil dan tongkat, dan salah satu daripada barangan berikut: notebook/komputer riba, beg bimbit, beg kamera atau beg binokular.

Mereka yang membawa bayi, boleh membawa satu beg mengandungi makanan bayi dan lampin tidak melebihi 5kg, kot dan kereta sorong bayi boleh lipat.

Oneworld Alliance ialah rangkaian syarikat penerbangan yang terbang ke 950 destinasi di 150 negara. Menerusi gabungan lebih 2,600 pesawat yang melakukan 10,000 penerbangan sehari, oneworld mengangkut 358 juta penumpang setahun.

Syarikat penerbangan itu dijadual menyertai oneworld alliance menjelang akhir tahun. - BERNAMA


Sumber :
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MASlaksanaperaturanbarubagasikabinesok/Article

14 ulasan:

  1. Ok juga tu... macam ada kelebihan sikit dah sekarang. Ada kelonggaran....

    BalasPadam
  2. ok jg tu...

    kak cik sy x dpt la nk join...sy ada seminar hari tu..kem salam kt yg dtg ya!

    BalasPadam
  3. As salam Kakcik,

    Padam comment tu byk typing error...huk3...

    Ayo, sudah tukar ke? Dulu MAS sgt fleksible... :(

    BalasPadam
  4. MAS banyak pressure sekarang. gara-gara rumours, kepentingan pihak lain, politik dan campur tgn pihak lain. (pesaing)

    BalasPadam
  5. harga macam airasia juga ke...hihi..tentu tidak kan ;-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kakcik pernah dapat tambang MAS yang lebih murah dari tambang AA untuk perjalanan pada tarikh dan waktu yang lebihkurang sama. :)

      Padam
  6. Sy bru niat nak check2 tiket MAS....walau apapun, kena bt comparison...

    BalasPadam
  7. baguslah kan. selesa nak naik flight nanti...

    BalasPadam
  8. baguslah...lebih sronok terbang pasni...

    BalasPadam
  9. Dah lama saya tak naik kapai tobang, hehe. Satu masa dulu naik berulang alik dari KL-Penang bawak bagasi tangan saja :)

    BalasPadam
  10. MAS dan AirAsia banyak bezanya. Rasanya lebih selesa dengan MAS selari dengan harganya.

    BalasPadam
  11. Jarang2 naik kapal terbang, selalu naik kereta tu yg kalau jalan bawak macam2.

    Barang yang check in kena bayar kira kilo macam AA jugak ke?

    BalasPadam
  12. dah lama tak naik flight.. terlalu biasa menguruskan tiket flight utk pegawai dan panel jabatan..

    BalasPadam
  13. Assalamualaikum Kak Cik

    dah lama tak naik MAS....

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com