Kawan-kawan kakcik

Rabu, 13 November 2019

Buat perangai pelik, orang maki, kita dapat pahala...

hmmmm...entahlah!

Macam-macam keanehan sekarang ini.  

Kalaulah semudah itu Allah melimpahkan 'pahala' , maka tak perlulah kita berbuat baik, solat, mengerjakan segala suruhan agama dan meninggalkan segala laranganNya, ya?

Makcik bukan orang yang 'alim dan berpengetahuan luas dalam hukum hakam.  Tapi kalau sudah sengaja kita 'membuat perangai demi perangai', kemudian meletakkan segala kesalahan ke atas orang lain, kononnya tertekan dengan tohmahan, makcik sendiri tak tahu nak kata macam mana.

Setahu makcik, salah tetap salah.  Mengumpat pun salah.  Tapi bila sengaja mencuri dengan harapan orang yang menangkap kita mencuri itu yang dikenakan hukuman dan kita pula diberi anugerah, apakah kita hendak mengatakan hakim itu bodoh?

Jawablah sendiri... 

 

13 ulasan:

  1. semoga kita sentiasa menjaga perbuatan kita.... terima kasih kakcik atas ingatan

    BalasPadam
  2. Zaman sekarang memang banyak perangai pelik manusia yang kian menonjol . Cara nak elak dari berbuat dosa , kita la yang kena sentiasa positif dalam semua perkara .

    BalasPadam
  3. Moga terhindar kita daripada sengaja melakukan kesalahan kemudian menyalahkan orang lain kerana menegur atau menasihati kita.

    BalasPadam
  4. Sebab itu wak lebih suka berkawan/meluangkan masa dengan fauna dan flora.

    BalasPadam
  5. zaman sekarang manusia ramai berperangai pelik-pelik kakcik, sengaja suka di kecam
    dah tahu salah, jangan la di buat kan...

    BalasPadam
  6. zaman akhir zaman ni perangai manusia memang pelik pelik kak. apa nak heran. berdoalah supaya kita tak jadi macam tu.

    BalasPadam
  7. zaman sekarang kak. ramai macam ni dah. dia buat hal, pastu bila orang berbicara, dia berlagak macam dia mangsa. Allahu bersabar lah dengan manusia macam ni. minta kita dijauhkan dari mereka-mereka ni

    BalasPadam
  8. mudah2an ALLAH pelihara sikap dan akhlak kita.

    BalasPadam
  9. Moga kita dijauhkan dari perkara yang tak baik hendakNYA.

    BalasPadam
  10. Selalu ingatkan diri sendiri dan keluarga. Setiap baik buruk yang kita buat pasti ada balasan yang setimpal.. berjagalah dalam berkata-kata apatah lagi perbuatan..

    BalasPadam
  11. macam macam perkara pelik dan aneh aneh je berlaku sekarang. Mudahnya manusia lain ambil kesempatan atas orang lain. Moga dijauhkan lah dengan segala fitnah dan kejadian yang buruk. Aamin

    BalasPadam
  12. Entahlah KC, manusia ni mmg macam macam perangainya.... Susah nak diduga

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com