te ri ma ka sih
hanya lima sukukata
dan dua patah perkataan
tapi...
ramai yang enggan mengucapkannya
kenapa?
kerana rasa diri lebih baik?
tak layak untuk diucapkan
walau setelah menerima pertolongan?
entah...
jawablah sendiri...
Sama-sama
BalasPadamHehehe...terima kasih sering singgah dan komen di blog kakcik ini. :)
Padamkerana dunia hari ini makin pupus peradabannya kan Kak Cik :)
BalasPadamSedih, kan? :(
Padamterima kasih kakcik masih lagi menulis....
BalasPadamdana suka dengan ucapan ini kakcik, even dana ajar aiyan untuk sentiasa sebut perkataan keramat ini. Kalau dana timbang barang kat pasaraya, dengan pekerja yang timbang tu pun dana ucap terima kasih walaupun dia bangla ke apa ke, terima kasih tu buat orang rasa bahagia
Betul Dana. Biar pun hanya ucapan ringkas 'terima kasih', pasti orang rasa dihargai...
Padamkalau jadikan amalan sure tak susah kan.. saya even dgn anak2 pun kalau anak buatkan sesuatu sure saya akan cakap terima kasih. never failed.
BalasPadamSama. Kakcik biasakan diri ucap terima kasih pada anak-anak, malah pada cucu pun. Bila ianya menjadi kebiasaan, pasti tiada masalah...
PadamMaafkan saya.Terima kasih.Boleh tolong tak.
BalasPadamTiga unsur penting ini dipandang sepi.
Bila ego (atau memang tidak biasa) menguasai diri, maka seringkas perkataan pun sukar hendak diucapkan. Satu lagi perkataan TOLONG. Lembut bunyinya bila disebut tapi ramai yang mengabaikannya. Lalu jadilah permintaan berbunyi seperti perintah...
Padamtak kira apa sekalipun..terima kasih tu penting sangat diucapkan bila orang dah tolong kan. Terima kasih kak :)
BalasPadamYa betul...bukannya berat sangat perkataan itu. Tapi kadangkala kerana ego, ianya memang menjadi berat...
Padambudi bahasa kan budaya kita. kenapa nak cakap terima kasih pun kedekut. bukan keluar duit pun.
BalasPadamHahaha... tu la pasal, kan? :)
PadamKerana ego itulah nak ucap terima kasih pun susah.
BalasPadamSemoga dijauhkan dari ego yang tak bermanfaat tu.
Tak ke mana pun nak bawa sifat ego itu. Mati nanti kena orang lain juga uruskan, kan? ...
PadamTerima kasih mmg payah pada sebahagian dari kita.. Tak kira pangkat, umur, darjat.. Ucapkan lah..
BalasPadamUcapan yang mungkin menenangkan...
PadamBetul kadang kadang lupalah KC hihi....Sebab mungkin tak biasakan jadi selalu lupa cuba jadikan kebiasaan insyaallah tak akan lupa
BalasPadamBetul... alah bisa tegal biasa, bak kata orang kan? :)
Padam