Catatan ini ditujukan kepada mereka yang 'masih belum berubah'. Yang sudah berubah, diucapkan TAHNIAH.
Makcik juga bekas kakitangan Pejabat Kerajaan dan makcik bukanlah seorang kakitangan yang baik. Namun, selama puluhan tahun sebagai penjawat awam, banyak yang makcik lihat dan rasa. Dari dulu, penjawat awam merasakan mereka berada dalam 'situasi selamat' berbanding pekerja swasta. Kerja ikhlas tak ikhlas, kerja 'ikut suka' atau sebagainya, habis-habis pun penilaian prestasi saja 'tidak mencapai sasaran'. Tapi kalau pandai ampu sana ampu sini, tidak mustahil juga boleh dapat anugerah!
Eh... dah membebel pula makcik ni. Sebenarnya yang makcik hendak tegur ialah tentang pandangan masyarakat terhadap penjawat awam. Pandangan sejak berdekad-dekad 'hmmmm...biasalah. Ofis gomen. Lembab.' Sedangkan sebenarnya sekarang, sudah banyak ofis gomen yang sangat baik perkhidmatannya. Layanan cekap dan mesra. Timbulnya rungutan hanya disebabkan segelintir pekerja gomen yang masih selesa bersikap acuh tak acuh terhadap amanah yang dipikul.
Ada yang masih menjawab panggilan telefon dengan jawapan 'saya tak tahu, itu bukan kerja saya'. Tidak bolehkah diubah ayat itu kepada 'maaf, nanti saya dapatkan pegawai yang boleh jawab pertanyaan Encik / Puan. Sebentar ya'. Tapi janganlah pula 'ditendang' panggilan itu ke sana sini hingga berjanggut orang yang menanti. Pastikan kita tahu ke mana soalan itu akan mendapat jawapan yang betul. Buatlah kerja sedikit untuk mengetahui siapa yang bertanggungjawab untuk sesuatu soalan itu. Takkanlah dalam satu pejabat, kita tidak tahu siapa buat kerja apa. Carta organisasi dan carta aliran tugas bukankah ada?
Jangan jawab 'ah...tak ada masa aku nak ambil tahu semua'. Menghadap telefon pintar ada pula masa?
Kenapa tiba-tiba makcik bangkitkan soal ini selepas bertahun-tahun bersara? Sebabnya, baru-baru ini makcik berurusan di sebuah Jabatan Kerajaan Negeri. Makcik datang pada hari Jumaat. Jam sudah 11.30 pagi. Tak lama lagi hendak masuk waktu rehat panjang. Ada beberapa orang kakitangan (semuanya wanita) dalam pejabat yang sunyi itu. Ada seorang budak lelaki juga (mungkin anak kepada salah seorang kakitangan itu). Walaupun terdapat banyak fail-fail di atas meja mereka, nampaknya mereka lebih senang melayan telefon pintar masing-masing dari melayan fail-fail tersebut. Sesekali mereka melayan budak lelaki itu.
Kedatangan makcik untuk bertanya juga seolah-olah mengganggu mereka. Tak mengapalah. Makcik maafkan. Siapa suruh datang dekat-dekat waktu rehat, kan?
Tidak sampai dua bulan pun lagi kita akan melangkah ke tahun 2020. Mana yang belum berubah, berubahlah. Jangan niat kerja kerana hendak dapat gaji semata-mata. Niatlah kerana hendak mempermudahkan urusan orang. Semoga dengan itu, Allah juga akan mempermudahkan urusan kita. InsyaAllah.
6 tahun lalu ketika masih bertugas. Kurus dan pucat sehingga hilang berat hampir 20kg akibat hyperthyroidism |
Biasalah makcik, itu belum termasuk layanan yang kurang baik dari mereka di kaunter. Kalau buat panggilan, ada yang menjawab dengan nada yang semakin meninggi. Mungkin sebab kita bukan siapa-siapa di mata mereka. Moga ramai kakitangan yang sedar akan kepentingan dalam berbudi bahasa dengan orang awam :)
BalasPadambetul kakcik, memang masih ramai yang tak berubah, ramai yang suka masuk lewat, kul 10 pergi minum kul 11 baru masuk opis, kul 12.30 dah kuar rehat kul 2.30 ke kul 3 baru masuk semula opis... bila masanya nk buat kerja ya.
BalasPadamDana pun bukan la seorang penjawat awam yg baik tp dana memang cuba elak utk keluar opis sesuka hati, dana akan masuk kul 7.30 pagi buat kerja, cuma jenguk hp atau blog bila kerja di atas meja dah setel, kul 12.30 keluar amik aiyan urus dia, kalau masa tu dia dah makan dan tido time sebelum kul 2 pun dana buat kerja. Kadang masa rehat d hari jumaat kan panjang, kalau ada kerja setelkan dulu walaupun belum kul2.45ptg. Dah terbiasa macamtu kakcik
Memang kadang kita selalu nak bersangka baik tapi bila alami sendiri itu yang kita pun setuju dengan ungkapan alahai gomen biasalah. #bukansemuatapimasihselaluada
BalasPadambetul tu . Saya kerja swasta , kadang perlu call pejabat gomen untuk sesuatu urusan . Berkali-kali pass call sampai last sekali call ended . Urusan saya still tak settle , kalau tak tahu boleh je cakap tak tahu atau tak uruskan bahagian tu atau bagi solution lain . Nie pass sampai berjanggut orang tunggu .
BalasPadamSelagi boleh bersabar,sabar ja la walaupun kita dilayan acuh tak acuh..
BalasPadamBetul mak..SA pun kadang- kadang berurusan dengan kakitangan kerajaan..mcm yang mak citer kat atas tu la...sama jer x berubah...
BalasPadamPC pernah bekerja.Bila bekerja ni boleh nampak macam-macam gelagat orang...ada yang memangbetul-betul kerja kerana menghargai kerjanya.Ada yang cuma nak cukupkan masa.Ada sebab seronok jumpa kawan-kawan.Sedihnya kerana yang kerja main-main ni..kawan yang tak terlibat terpalit sama dipandang serong.Bersyukurlah awak dapat kerja kerajaan.Bergaji tetap.HArgailah kerana terlalu ramai yang mahu tapi tidak berpeluang merasainya.
BalasPadamdisebabkan nila setitik abis susu sebelanga...
BalasPadamtp tak dinafikan ada je kakitangan awam yg efisyen. Ammi selalu gak deal dgn government agencies..mana yg cekap tu bukan main laju lagi...mana yg kerja mcm org semput tu nasiblah.
Semua ni masalah individu..dan mungkin peer influence juga kan.
Jangan niat kerja kerana hendak dapat gaji semata-mata. Niatlah kerana hendak mempermudahkan urusan orang. Semoga dengan itu, Allah juga akan mempermudahkan urusan kita.
BalasPadamini sungguh benar kak cik :)
Itu sebabnya kakitangan kerajaan dipandang serong.. padahal bukan semua yang huat onar.. tapi itulah, klau kita tak berubah mmg takkan berubah walaupun ertylar sistem macam mn pun...
BalasPadamramai juga penjawat awam yang bagus.
BalasPadamYang bermasalah tu harap2 berubahlah.
kadang-kadang kita nak juga bersangka baik kan kak cik, ana sendiri baru kena ketika ke pejabat ptptn, walaupun tak ramai pelanggan ada dalam 3 orang sedang menunggu, kaunter 3 dan ada pegawainya, satu sahaja yng sedang berurusan, dua lagi belek hp. Dalam setengah jam kemudian baharu lah satu lagi kaunter panggil nama, diikuti kaunter satu lagi dalam 5 minit selepas tu. Jadi masa kami menunggu tu hanya untuk tunggu depa selesai skrol hp agaknya, :)
BalasPadampokok pangkal tuan punya diri. kalau mmg jenis tak nak berubah, ubah lah system cam ne canggih sekali pun kita tetap cam tu. tak suka ambik tau pun satu masalah gak. semat dalam kepala, saya tak tau. bukan kerja saya.
BalasPadamhhhhhh.. susah tu.
Tengok.... mantan penjawat awam dah marah hihi.... Tapi betullah KC mmg kebanyakan org akan pandang gomen macam tu walaupun bukan semualah....
BalasPadamPokok pangkalnya kita kena berubah. Timbulkan rasa amanah dalam diri sendiri