Kawan-kawan kakcik

Ahad, 25 Julai 2010

Waspadalah dengan yang disayangi @ menyayangi

(dah lama sebenarnya aku ingin membicarakan hal ini, tapi.... En. ILHAM kata 'nanti dulu')

Bila kita menyayangi seseorang atau ada seseorang yang sangat menyayangi kita, pastinya kita akan merasa sangat bahagia (walaupun ada ketikanya, kita mungkin rasa terkongkong).  Segala apa yang kita lakukan, apa jua perasaan kita - semuanya ingin kita kongsikan dengan DIA. (DIA itu tak semestinya yang dipanggil KEKASIH).  DIA mungkin sahaja seseorang yang jantinanya sama dengan kita.  DIA juga punya keluarga seperti kita.  Dan DIA sentiasa bersedia menyediakan bahunya untuk kita melepaskan tangisan.  DIA juga sama-sama bergelak ketawa dengan kita.  Pendek kata, suka kita sukalah DIA.  Tangisan kita derita baginya.

Tapi AWAS!  Biarlah segala perasaan yang dikongsikan itu bertunjangkan keikhlasan.  Jangan sampai terjadi, perasaan yang terjalin itu menjadi satu perasaan INGIN MEMILIKI DAN MENGUASAI.  Bila ini terjadi, DIA akan menjadi CEMBURU.  Dia tak ingin sesiapapun rapat dan mendekati kita sehingga mengetahui segalanya tentang kita sepertimana DIA tahu.  DIA akan berusaha untuk memisahkan kita dengan siapa sahaja - hingga mungkin memporakperandakan kehidupan kita.  

Alangkah indahnya sesuatu persahabatan yang terjalin bilamana kita dan DIA sama-sama saling memahami.  Saling mengetahui bahawa di sebalik 'ikatan istimewa' antara kita dan DIA, kita ada dunia kita sendiri yang perlukan 'privacy' .  Jadi, ada sisi lain yang tidak perlu dikongsikan dengan sesiapa juga sekalipun!  Tak perlulah kita menjadi pelakon  - berpura-pura menghayati sesuatu watak demi menjaga hati orang lain sedangkan sebenarnya hati kita telah pun luka berdarah....





34 ulasan:

  1. salam
    masa sek menengah dulu...saya berkawan baik..dari sek rendah lagi...tp dia ingin menguasai saya,tak boleh rapat dgn kawan2 lain...last2 masa form 6...putus kawan...sayangnya..!!
    opps...dia tu pompuan...!!

    BalasPadam
  2. Salam Kamsiah..

    kisah Kam ini samalah seperti yang kakcik cuba coretkan dalam catatan di atas..

    BalasPadam
  3. salam..kawan yg baik adalah seseorang yang tahu lagu di hati kita dan mampu menyanyikannya kembali..

    BalasPadam
  4. bab kawan/sahabat/teman ni banyak sangat kisahnya dengan cheqna...
    biarlah ku simpan sendiri

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum wbt
    Kokcik, selagi kita bernama manusia dan berperasaan, mcm2 emosi akan timbul iaitu, sayang, cemburu, milik sepunya, dengki, cemas dsb. Kesemua ini perlu dibataskan dgn syariat Allah SWT jika tidak berlakulah sejarah titikhitam yg berlaku keatas Habil dan Qabil. Ini semua angkara syaitan yg ingin meminta izin kpd Allah SWT utk merosakkan hubungan manusia dgn pelbagai cara sehingga Allah SWT ajarkan bagaimana utk menyesatkan manusia spt dlm Surah Al`Isra`:64 Dan tipiskanlah fikiran siapa yang kamu sanggupi di antara mereka dengan ajakanmu, dan kerahkanlah terhadap mereka pasukan berkuda dan pasukanmu yang berjalan kaki dan berserikatlah dengan mereka pada harta dan anak-anak dan beri janjilah mereka. Dan tidak ada yang dijanjikan oleh syaitan kepada mereka melainkan tipuan belaka
    Wallahualam

    BalasPadam
  6. betul tu kakcik...
    kdg rimas sangat2 kalo terkena

    BalasPadam
  7. Salam sahrom..

    bukan setakat boleh menyanyikan kembali, bahkan boleh menterjemahkan bait demi bait, rangkap demi rangkap. :)

    BalasPadam
  8. Cheqna..

    lagi sakit kalau DIA sanggup memburukkan kita kepada orang lain semata2 kerana tak mahu ada orang rapat dengan kita! :(

    BalasPadam
  9. Wa'alaikummussalam Yop..

    dan janganlah kita menjadi terikut2 dengan sifat syaitan itu. Semoga Allah melindungi kita.

    BalasPadam
  10. Mimi..

    bukan setakt rimas malah 'merengsakan'.

    BalasPadam
  11. salam kakcik... pasti tiba2 imbas kembali kenangan silam.. sure kakcik rindukan DIA kan? hmm.. Semoga DIA juga turut berperasaan begitu, biar tak berjumpa.. tetapi tetap kekal di ingatan kalian berdua.

    BalasPadam
  12. Salam Cyana..

    catatan ini secara umum sahaja.. hehehe.. biarlah rahsia! :)

    BalasPadam
  13. salam kakcik sayang
    ingatan yg sangta baik untuk diri ida juga...ida rasa ida dah puas terkena...buat baik pada semua org.buat baik pada seseorg tapi belakang ida dikata dinista...oleh itu ida buat baik berpada2 dan berkawan pun sekadarnya saja...

    BalasPadam
  14. Entri yang penuh falsafah - mengimbau kenangan semua orang. Ikhlas tak boleh diluahkan tapi boleh dirasai. Yang penting jangan ada elemen spiritual semata-mata kerana nak menguasai teman kita...

    BalasPadam
  15. Salam Kakcik
    Mama pun ada DIA.... DIA mama ialah CS yg kakcik jugak kenali (mlm td jd cinderella..)

    BalasPadam
  16. kakcik
    kadang kawan baik ni,terseksa juga dgn kawan baiknya kan?

    BalasPadam
  17. Salam Kak Cik,

    Kena berhati2 dgn kawan baik, kata org buat baik perpada2 & jgn sampai kawan makan kawan...sedih jugak baca luahan hati Kak Cik ni..

    BalasPadam
  18. masa sekolah dulu cemburu dalam berkawan ni perkara biasa..mmg tak lari. tapi bila dah masing2 menginjak usia..maybe matang dah sikit kot..cemburu tu dah semakin hilang..lebih pada ikhlas nak merapatkan persahabatan. tapi saya setuju..tak semua boleh dikongsi..lebih baik sedikit disimpan..dari mana2 hati terguris..hurm..

    BalasPadam
  19. Bagi saya kakcik , seorang kawan yang baik akan menegur jika kita melakukan perkara yang tak elok bukannya menghebahkan di belakang kita.

    BalasPadam
  20. Salam Ida sayang..

    ada isteri yang berkata, 'saya percayakan suami saya lebih dari 100%'. Baguslah tidak ada rasa curiga pada suami sendiri kerana dia adalah sebahagian dari hidup seorang isteri. Tapi, bagi kakcik secara jujur biarlah dikatakan sebaik mana pun suami, kakcik takkan meletakkan 100% kepercayaan kepadanya. Hanya Allah yang tahu siapa dirinya yang sebenar. Sedangkan diri kita pun kita tak pasti, apalagi nak meletakkan kepastian sepenuhnya pada orang lain. :)

    BalasPadam
  21. Salam Aida..

    betul - adakala kita akan dapat merasakan keikhlasan seseorang hanya melalui mata hati dan perasaan yang halus. Biar apa orang kata, selalunya naluri akan memberikan kita petunjuk yang betul (w/pun kdgkala tersasar juga).
    Janganlah sesekali mengikat seseorang dengan menggunakan jalan yang dimurkai Allah. Na'uzubillahhiminzalik.

    BalasPadam
  22. Salam Mama..

    semoga Mama dan CS akan sentiasa dipelihara Allah dan sentiasa dalam kasih sayang yang berpanjangan. :)

    BalasPadam
  23. Salam Sya..

    kita hanya manusia biasa yang penuh dengan kelemahan. Tidak semua yang orang suka kita juga ikut suka. :)

    BalasPadam
  24. Salam Ibu Sayang..

    catatan kakcik ini bersifat umum sebenarnya. Kadang2 kakcik catatkan sesuatu yang pernah kakcik alami. Ada ketikanya pula catatan kakcik adalah berdasarkan apa yang kakcik lihat. Tapi.. kes kawan makan kawan ada di mana2 sahaja. :(

    BalasPadam
  25. Siti Murni..

    baguskan kalau semua orang berubah ke arah kebaikan seiring peningkat usia. Tapi.. ada juga yang walaupun sedar telah melakukan kesilapan, tetap juga enggan berubah. Sedih, kan?

    BalasPadam
  26. Salam Salmi...

    sepatutnya begitulah. Sayangnya, lebih ramai yang suka 'bercitcatcotcet' di belakang dari berterus terang. Mamang pahit menelan kebenaran, tapi yang pahit itulah selalunya menjadi ubat.

    BalasPadam
  27. Ambik pendekatan...buat baik berpada2, buat jahat jangan sekali. Berkawan ni, selalunya kita nak kalau boleh biarlah lama.

    Kat ITM dulu Fa ada kawan baik. Dia very persuasive, suka paksa2. Rasa nak duji kepala dia! hahahaa....

    BalasPadam
  28. Hmm... tatau mcm mana nak cakap.... pernah rasa perasaan ni sehingga buat vic jadi seorang yang sangat berhati2.

    BalasPadam
  29. Pn Sri..

    betullllll.... kalau berkawan, sebolehnya biarlah ianya berpanjangan.. tapi, siapa kita hendak menentukan hati orang lain terhadap kita, kan? :)

    Agak2 sempat tak Fa duji (duji tu apa, ek? - macam luku kot) kepala dia? Setidak2nya dalam mimpi ke? hihihi..

    BalasPadam
  30. Vic.. tapi kan.. bila kita dah sayang kat seseorang, kita jadi lupa hendak berhati2 walaupun pernah terkena.. :)

    BalasPadam
  31. Zeq..

    kalau tanya kakcik buat apa sekarang ni.. kakcik sedang menaip jawapan kepada solan Zeq. :)

    BalasPadam
  32. lu pikir la sendiri assalammualaikum hehehe

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com