Ini juga adalah catatan 'copy and paste' dari facebookku :
Sewaktu menunggu anak di wad, aku berpeluang berbual dengan seorang
wanita Cina berusia 60an. Nampaknya dia seorang yang 'educated'. Masih
kelihatan sihat dan cergas.
Dia menunggu suaminya yang baru menjalani pembedahan memotong usus.
Ceritanya, dia punya 3 orang anak. Ada lelaki. Ada perempuan.
Semuanya sudah dewasa dan bekerja. Katanya, dia mengikuti akaun
instagram anak-anaknya tapi tidak pernah meninggalkan komen.
'Saya sudah dapat pengajaran', katanya. Sambungnya lagi 'satu hari, saya bersama anak bertemu dengan kawan saya. Saya cakap dengan kawan saya, perlu ada akaun facebook. Nanti kita boleh tahu ke mana anak kita pergi. Rupa-rupanya anak saya dengar apa yang saya cakap. Balik itu dia terus unfriend dan block saya dari facebooknya'.
'Kita jadi ibu, bukan mahu tahu apa anak kita buat. Kita hanya mahu tahu dia di mana dan dalam keadaan selamat. Itu pun salahkah?... kita selalu ingat anak masih kecil. Ibu saya 80an pun ingat saya yang 60an ini macam budak kecil. Tapi anak tak faham. Pukul 5 pagi anak umur 27 tahun minta saya hantar ke stesen bas, saya hantar. Tapi ada dia fikir saya balik seorang? '
'Kita hendak tahu dia di mana pun dia tak suka. Sudah sampai mana-mana, bukan hendak beritahu. Tak mengapalah. Kita jadi ibu, doa yang baik-baik untuk anak-anak. Betul, kan?'
Rupa-rupanya setiap ibu ada cerita yang lebih kurang sama. Iya, mungkin satu hari nanti, anak-anak akan rasa apa yang ibu mereka rasa sekarang.
KAWAN WAKTU KETAWA MEMANG RAMAI TAPI WAKTU MENANGIS, JIKA MASIH ADA IBU, IBU ITULAH YANG AKAN MENANGIS BERSAMA KITA...

Oh!
BalasPadamSedihnya rasa hati kalau anak buat begitu.
Sedih. Seorang ibu sentiasa mengingati anak,namun anak belum tentu mengingati ibu. Selalu doakan saja mereka selamat dalam sgalanya. Walau terputus kabar berita berhari hari lamanya.
BalasPadamNasib baik wak takde akaun fb
BalasPadammemang sedih kak jadi mak nih. macam macam hal dengan anak. tapi redo jer la. doa yg baik baik utk anak.
BalasPadamTulah tu.... jadi emak mmg macam tu kan, risau sangat kalau berkaitan dengan anak. Tapi kadang kadang kita kena latih diaorang berdikari jugakkan KC... Doa ajelah moga mereka selamat
BalasPadam