Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 13 September 2019

Rabbi Yassir Wala Tuassir...

Allah menguji sesuai kemampuan hambaNya.

...dan iya, aku tahu kekuatan yang aku ada beberapa minggu kebelakangan ini datang dari Allah juga.  Aku diuji mental dan fizikal. Aku lalui semuanya walau kadangkala ada rasa terkilan, kecil hati dan dipergunakan sesuka hati.  Namun akhirnya aku akur pada ujian demi ujian ini.  Pasti ada hikmah menanti.

Terkini, anakku pula terpaksa dimasukkan ke wad selepas muntah cirit tak berhenti.  Bagi aku sendiri, bila badan tidak selesa, mental juga jadi terganggu.  Bunyi bising walaupun sekadar orang bersembang tetap menjejaskan emosi.  Bukan soal kuat atau lemah, tapi ketenangan itu perlu ada.

Selepas tidak tidur hampir 20 jam, aku dan anakku memang 'koyak emosi' sewaktu masuk ke wad yang menempatkan beberapa orang pesakit.  Terasa seperti masuk ke wad sakit jiwa bila ada pesakit yang menjerit-jerit dan merayau turun dari katil pada jam 4.30 pagi!

Akhirnya aku bersuara juga dengan agak kuat 'Uncle...tido' (perasan muda kejap aku).  Eh... mahu pula dia diam.  Dapatlah  kami dua beranak melelapkan mata ketika jam sudah lebih 5 pagi.

Jam 7.15 aku balik ke rumah.  Mandi, tukar pakaian dan tidur separuh mati hingga jam 10.00.

Tengah hari ke hospital semula uruskan apa yang perlu untuk anakku.

Cuaca panas dan berjerebu ini tetap tidak membataskan apa yang perlu aku buat.  Alhamdulillah

#banyaknakceritatapitakterluahsemua
#hanyaAllahyangtahu
#letihjiwaraga
#buatlahapanakbuat
#akujugaibu
#sekejapdisyakkidenggi
#sekejapdisyakkikencingtikus
#mudah2ansemuanyabaik2saja

Catatan ini adalah salin dan tampal (copy and paste) dari facebookku.

4 ulasan:

  1. kadang2 macam hairan bagaimana dan dari mana kekuatan seorang wanita separuh umur mcm saya dpt hadapi semua cabaran minggu lalu tapi masih kuat berdiri dan waras lagi. Sunggoh menguji.Saya pun diuji separuh mati . Kalau tak sabar,entah apa la yg jadi.

    BalasPadam
  2. moga anak kakcik cepat sihat ye kakcik, kadang kita sebgai emak ni dh penat, dh tak larat tp tak tau mana dtg kekuatan tu untuk bertahan kan kakcik...

    BalasPadam
  3. Semoga Allah permudahkan semua urusan seharian KCS sekeluarga

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com