Kawan-kawan kakcik

Rabu, 10 Julai 2019

25 tahun BERNAS - Aliff Satar pun ada...

BERNAS adalah singkatan untuk Padiberas Nasional Berhad (tempat kerja @ cari makan En Suami).  7/7/2019 (anak keduaku lahir pada 7/7/1990) adalah merupakan hari ulangtahun penswastaan BERNAS yang ke 25 tahun (sebelumnya ia dikenali sebagai Lembaga Padi dan Beras Negara @ LPN)


Semua pegawai dan kakitangan memakai pakaian korporat BERNAS

Eh...eh...ehhhh

Kata En Suami, Aliff Satar ni bagus orangnya.  Pandai menghormati orang lain.

Kalaulah En Suami boleh bawa balik... hahaha

Pemakaian 'pin' sebagai simbol pekerja lama yang masih berkhidmat.  Mengikut rekod, En Suami menyertai LPN (kemudiannya BERNAS) pada 7/7/1980.  Huhuhu..dah boleh berlumut!  Masuk sebagai pekerja 'bergaji hari' dan Alhamdulillah, sekarang kedudukannya agak selesa walaupun tidak menjadi orang yang ternama dan berkuasa 😄😄.  InsyaAllah, Februari 2020 nanti dia akan bersara.

5 ulasan:

  1. cantik la baju korporat bernas kakcik, hijau dia tu bagi dana lawo...

    wah2, dh 40tahun ye suami kakcik keje ngn bernas, mmg setia betul...

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah
    Berkhidmat dengan cemerlang sehingga bersara

    BalasPadam
  3. Dulu sikit akak masuk kerja 16 April 1980.tapi akak pun bersara awal 2015 dah bersara kak cik

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com