Sewaktu hendak berkahwin dulu, aku cakap pada bakal suami, 'susah atau senang biar kita tinggal di rumah sendiri walau hanya menyewa rumah yang sempit'. Alasannya, aku tidak mahu serumah dengan keluarga mertua mahupun keluarga sendiri. Apa yang terjadi antara kita, biar hanya kita dan Allah yang tahu. Jangan ada campur tangan sesiapa pun. Makan atau tidak, kita tanggung sahaja seadanya.
Bukan aku sombong tidak bertempat. Tapi saat kita baru hendak belajar mengemudikan layar rumahtangga, janganlah ada nakhoda lain yang mengarah-arahkan haluan sehingga kita hilang pertimbangan. Elok-elok jalan sudah lurus akhirnya hilang arah dan terlanggar karang yang membinasakan. Kita belajar dan terus belajar bagaimana hendak menetapkan haluan. Boleh sahaja mengambil iktibar dan panduan tapi jangan sampai terikat hingga tidak tahu membuat keputusan.
Setelah menjadi mertua, begitu juga. Aku lebih senang jika anak-anakku keluar membina rumahtangga mereka sendiri. Jika perlukan bantuan, nasihat atau teguran, boleh sahaja aku hulurkan tapi bukan sesuka hatiku membuat keputusan bagi pihak anak-anak. Mereka sudah matang untuk membuat pertimbangan. Jangan sampai sikap tunjuk pandaiku dengan alasan terlebih dahulu makan garam, membawa kebinasaan kepada kehidupan mereka.
Keempat-empat anakku adalah lelaki. Boleh sahaja aku berkata kepada mereka 'ibumu adalah lebih utama dari isterimu. Maka dalam apa juga keadaan, kamu kena mendahulukan ibumu ini'. Tapi, adilkah aku untuk berkata begitu? Bagaimana jika ibu mertuaku berkata yang sama kepada suamiku (anak lelakinya)? Apa pula perasaanku? Adakah aku ini menantu yang baik? Yang sentiasa mengingatkan suamiku agar sentiasa mendahulukan ibunya sebagaimana aku mahu anakku berbuat kepadaku?
Jika aku sendiri gagal untuk mengingatkan suamiku agar sentiasa menyantuni dan medahulukan ibunya (atau mendoakan roh orangtuanya seandainya mereka sudah tiada), layakkah aku berlagak kejam terhadap menantuku dengan merebut suaminya agar sentiasa patuh padaku? Pastinya aku juga tidak layak...
Apa yang penting, sebagai ibu, doakanlah yang baik-baik untuk kehidupan anak-anak agar mereka tenang mengendalikan rumahtangga mereka dan dapat membawa keluarga menuju syurga. Apa pun status kita, kita hanyalah hamba. Dari Allah kita datang, kepadaNya juga kita akan kembali. Tiada yang dapat kita bawa bersama selain ilmu yang bermanfaat, sedekah yang berterusan dan doa dari anak-anak yang soleh (bagaimana anak akan menjadi soleh andai hidup mereka asyik terganggu dengan sikap ibu yang mengada-ngada?)
masyaALLAH hebatnya.. sampai ke hati saya membacanya
BalasPadamTerbaik Kak Cik. Ibu mertua yang hebat. Bertuah sesiapa yang jadi menantu Kak Cik.
BalasPadamAkak dulu tak lama ada mertua kak cik.ayah mak mertua meninggal selang 100hari
BalasPadamBegitu juga jika ada ipar atau adik beradik yang tinggal bersama. Tak boleh.
BalasPadamAs-salam Kakcik,
BalasPadamAllahu.. bagusnya penulisan kakcik ini. Peringatan yang baik bagi yang lupa. Nasihat yang baik untuk mertua dan menantu.
betul sangat kakcik, kakcik dh merasai jd menantu juga mertua...
BalasPadamperlu sangat timbang rasa, hormat menghormati sesama ahli keluarga
terima kasih kakcik atas tulisan ingatan ini
BalasPadamTerima kasih atas perkongsian ni. Rasa syahdu pula bila baca
BalasPadamSetuju dengan tulisan ini.
BalasPadamsentap jap.
BalasPadamSaya sejak kawen tinggal bersama mertua..
BalasPadamApapon saya kena pikir positive..mungkin ini pengorbanan untuk menjaga mertua. .
Insaf!
BalasPadamBetul.Sangat betul.Tepat.Kadang campurtangan ibu bapa mengertakan dan mengharmonikan..tapi jangan terkejut campurtangan ibu bapa pada rumahtangga anak dan menantu boleh merebahkan bahtera yang dibina..kadang masalah yang timbul kecil dan sangat ringan sahaja...tapi menjadi besar dan berat bila ada banyak campurtangan yang tidak dialu-alukan.
BalasPadamSalam Kakcik,
BalasPadamSaya juga menantu dan mertua pada seorang menantu dan bakal menantu tak lama lagi. Insha Allah ibu saya iaitu ibu mertua suami saya sudah menunjukkan contoh sebagai mertua. Mungkin saya tidak sebaik almarhummah. Namun ada saya tulis disini ttg dia dalam post ini
https://tinkeringthink.blogspot.com/2010/09/petua-tokton-bila-jadi-mertua.html