Kawan-kawan kakcik

Rabu, 2 Mac 2011

YB... mari sekejap singgah ke sini...

Ingatkah dulu musim pilihanraya
wajah anda ada di mana-mana
tidak segan silu bersua dan berpeluk mesra
walaupun ada yang memaling muka

anda berjanji itu dan ini
merendahkan diri ke perut bumi
kalau boleh rumah sendiri pun hendak diberi
konon berjuang kerana Illahi

kini bila jawatan sudah digenggam
anda mula berubah ragam
hendak berjumpa tiada masa

pagar rumah berkunci sentiasa

sibuknya anda mengalahkan lipas
melayan karenah situkang kipas
pengundi hanya berupaya menarik nafas
hendak menyesal perkara dah lepas

bukan main lagi anda mengada-ngada
sampai sudah besar kepala
hanya kerana seorang dua 
yang di sisi anda bermuka-muka

jangan nanti anda tangisi
bila semuanya tak berguna lagi
masa gemilang anda tak mungkin kembali
bila pengundi dah mula benci....



56 ulasan:

  1. hehhe suka baca sajak ke apa ek kak cik??

    BalasPadam
  2. kak cik ni mmg pandai bersajak la...saye kalau nak buat 2 kerat pun berkarat la jwpnye...

    selamat petang kakcik...

    BalasPadam
  3. sungguh BENAR bagai di kata
    :)

    salam kenal kakcik.. pes taim saya disini dan saya jatuh chenta sama sajak kakcik :)

    BalasPadam
  4. jawapan yang tidak diingini...

    wajahku di mana-mana?
    e'eh...tanyalah pada sipenampal poster
    siapa yang peluk aku dia yang tak malu
    aku bukannya mahu...aku tak mau
    siapa tu yang berpaling?
    meh sini aku tempeleng!

    aku bukan berjanji
    aku hapal skrip
    nak kasi rumah ker
    nak jihad ker
    bukan tulisan aku
    tapi aku menang di sini
    dah tentu tulisan Ilahi
    bukan kerana sokongan kalian
    sendiri pun susah nak cari makan


    aku bukan berubah
    masa aku yang diubah-ubah
    oleh bukan aku
    tapi peluang kaut kaya yang bertambah

    tak baik tau mengungkit-ungkit
    dah kau beri janganlah sebut sabit
    kalau semput sila ke hospital
    kat sana sedia tilam dan bantal

    jangan main buruk sangka
    kalau pentas kita berbeda
    kalau kau di tempat aku
    mungkin lebih teruk siapa tau?

    sebab gemilang hanya sekali
    aku kaut aku kais sesungguh hati
    bila jatuh aku dah tak duli
    anak cucu ku senang sampai kemati...

    meh mencalonkan diri
    cepat kaya senang untung...

    BalasPadam
  5. org macam tu patut dikipas dgn kipas sate. biar hangit. biar berasap. heheh~

    BalasPadam
  6. ibu qaleesya...

    hanya seloka yang biasa sahaja.. :)

    BalasPadam
  7. bujal x...

    Tuan Yb yang itu tak kenal pun makcik ni... :)

    BalasPadam
  8. ainnoraini...

    selamat petang. Puisi adalah jiwa kakcik... :)

    BalasPadam
  9. h4ni3...

    salam kenal. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog kakcik ini. Semoga kita dapat terus bermesra selepas ini. :)

    BalasPadam
  10. YB oh YB...
    kami pengundi jagngan dipandang sepi..
    suatu hari dah terduduk takut tak boleh bangun kembali...

    BalasPadam
  11. Q...

    wakakaka...

    sungguh kakcik tak sangka
    Q ini benarlah YB kiranya

    iyalah..mungkin agaknya
    kalau aku ditempat kamu

    usahkan duit beribu-ribu
    kayu dan batupun mungkin habis aku sapu... ;-)

    BalasPadam
  12. Hamizah...

    YB itu tak kenal kakcik walaupun kakcik selalu juga terserempak dengannya di blog teman2... :)

    BalasPadam
  13. gB...

    nanti kalau hangit dan berasap, baju kita juga akan turut melekat baunya... ;-)

    BalasPadam
  14. JunAina...

    kalau pun mereka terduduk, mungkin duduknya penuh keselesaan - pengundi juga yang mati beragan! :(

    BalasPadam
  15. assalam kakcik,

    sy x pernh mngundi hehe.. mungkin prk akan dtg kot.. ermmm nk undi sapa ek!

    BalasPadam
  16. yb yb satu kelompok
    kalau dijemput saya tak masuk
    biarlah mereka dengan rakannya
    kita dengan sahabat kita.

    BalasPadam
  17. Suka baca sajak si Queenie tu, kakcik.

    BalasPadam
  18. Maiyah...

    salam buat Maiyah juga. :)

    Kakcik dah beberapa kali mengundi - yang akan datang belum tahu lagi - manalah tahu dijemput pergi sebelum sempat terus mengundi....

    BalasPadam
  19. wah3...pantun ke seloka ni kakcik..??
    tak kisah la apa sekalipun...semua nya yang kakcik tulis tu betul belaka. Tersilap undi kena la tunggu next PRU...huhu...

    BalasPadam
  20. Kanda AL...

    bila mereka duduk bersama
    mungkin berbincang masalah negara
    tak mungkin agaknya menilai harta
    membanding siapa yang lebih kaya....

    BalasPadam
  21. Aida Ali...

    sinis sekali puisi Q itu, kan? :)

    BalasPadam
  22. Siti Murni...

    sama2lah kita tunggu siapakah yang akan kehilangan undi nanti... ;-)

    BalasPadam
  23. pantun dua karat :

    eh, betulkah sinis?
    jom kita main tenis....

    BalasPadam
  24. Kakcik, Dun Merlimau ni sebelah sekolah saya. 1st time saya jumpe suasana semeriah ni. Time PRU keadaan pun tak semeriah ni.

    Rezeki merekalah yang dpt time PRK ni. Anta proposal je dpt belas2 ribu. Time PRU, janji umum. tu yg ditunggu2 tak kunjung tiba.

    Saya pun tak pernah mengundi wpun dah layak mengundi. Malas saya tgk senario politik kita. Memang tak minat.. Jap lg knelah daftar mengundi kot..nnt ade lak yg report psl saya dh confess kt sini..hehe

    BalasPadam
  25. syabas buat kakakku kakcik dan Queenie.. kalian berdua sungguh hebat ! Queenie ?? sape tu ye kak.. pasti blognya juga hebat.. nanti nak jenguk ke sana..

    teringat filem p ramlee.. ada kata yg lucu yg cukup bermakna.. " baik..??? baik ada makna tu..".. err.. mcm YB2 tu la kakcik wehh..

    BalasPadam
  26. Kak chik pandai bersajak. Pada pendapat makcik kena 1/2 pembangkang 1/2 pencadang, baru dua-dua berusaha dan bekerja keras. Kalau semua pencadang, alamat banyak yang tidur.

    BalasPadam
  27. YB kat DUN IM senang pula berjumpa. selalu sembahyang di mesjid di kawasan sini.

    BalasPadam
  28. Q...

    dari kita main tenis
    baiklah hidangkan kakcik kuih yang manis.. :)

    BalasPadam
  29. Miss Sephia...

    weh.. cikgu2 kan dah dapat banyak 'faedah'... jangan tak mengundi, nanti dikata tidak mengenang budi! ;-)

    BalasPadam
  30. Adikku Samad...

    Q memang seorang yang hebat. Berkunjunglah ke blognya untuk mengenali baliau. Kakcik juga sering bertunggu tangga di sana. :)

    Suara kita kecil sahaja - satu undi siapalah yang peduli? hehehe...

    BalasPadam
  31. Cik Ina...

    kakcik setuju bahawa kita kena ada 'penentang'. Kalau semuanya mengangguk, belalang akan merasakan diri bagai helang....

    BalasPadam
  32. IM...

    baguslah begitu. Lebih bagus kalau beliau sentiasa bersedia mendengar seterusnya menyelesaikan masalah rakyat sedaya mungkin. Paling penting beliau tidak berat sebelah - berkhidmat tanpa mengira agama, bangsa dan fahaman politik...

    BalasPadam
  33. Zeq...

    nak buka gerai untuk berniaga ke?? ;-)

    BalasPadam
  34. Masa bertanding manis mulutnya
    Tenang wajah lagi bercahaya
    Semua masaalah gerenti boleh urus semuanya
    Hanya satu pangkah bukan right kami pinta.

    Lepas bertanding hilang entah kemana
    Pengundi jadi tertanya yanya
    Sakit jantung pula kah YB kita
    Sebab tak pernah nampak kelibat tubuhnya

    BalasPadam
  35. selamat malam kakcik..

    wah!!! inilah bakap pemimpin...heheheh...

    semoga ceria2 selalu kakcik..
    (sentiasa senyum dgn seloka dan kiasan kakcik)

    BalasPadam
  36. Kak Cik boleh terbitkan antologi sajak....

    *masa pancing undi,
    jalan kaki, naik honda cub,
    tak cukup tidur,dengan pengundi berdakap-dakap..
    dah jadi YB?
    ZZOOOMMMM..naik mecz cermin gelap pekat..
    saya sibuukkk..jangan rapat...*

    BalasPadam
  37. ahhh..
    kau sorang yang tak mengundi
    ada aku peduli
    beribu lagi yang lain.. menanti
    itu semua boleh ku beli
    hartaku kan berkodi-kodi
    tujuh keturunanku boleh berjoli

    malanglah kita
    kalau dapat YB sebegini
    lepas menang YB hilang diri
    tinggallah pengundi makan hati
    lain kali janganlah kita tertipu lagi

    BalasPadam
  38. waka...waka...itu biasa laaa...kan POLITIK....ahakz

    BalasPadam
  39. Wah wah waah kakcik....

    saya taulah saya ni mmg YB..tapi tak perlulah nak kipas-kipas bagai...mana ada hebat, saya tak hebat tapi saya boleh jadi Jebat!

    Kakcik nak kuih manis? ada...ada... ada saya hidangkan dalam rumah saya tu...jemput-jemput manis...manis buah jer tau. Hari ni dah minum air secukupnya belum? Biasa kakcik nih! Minum air kemain malas...

    kakcik...di sini saya nak mintak maaf dari kakcik sebab tak bagi tau pada kakcik bahawa saya ini seorang YB kawasan SS.

    Tidak...jangan...jangan ngada-ngada nak mintak projek ker nak membodek ker nak kipas-kipas ker....saya dah kesejukan ni baru lepas mandi...saya taknak kakcik rapat-rapat sebab saya cuma seorang Yang Berangan bagi kawasan Syok Sendiri waka waka wakiki....

    eh undi...jangan tak undi!

    BalasPadam
  40. Cikgu Mamason...

    lepas menang jangan dicari
    kerana sibuknya mengalahkan menteri
    tunggulah hampir pilihanraya lagi
    pasti wajahnya muncul tanpa dinanti....

    BalasPadam
  41. Ayu...

    selamat pagi. Semoga Ayu tetap sihat dan ceria selalu.

    Kakcik bukan bakal pemimpin tapi kemungkinan untuk bakal 'dipimpin' itu adalah... :)

    BalasPadam
  42. Cikgu Nurin...

    masa hendakkan undi - apapun sanggup diharungi. Bila sudah bertitle YB, nak pijak tanah tanpa kasut pun terasa geli!

    BalasPadam
  43. ibuintan...

    setelah peluang kita beri
    pandai-pandailah kita menilai sendiri
    selepas ini fikir-fikirkanlah pula
    adakah kita masih memerlukan dia..

    BalasPadam
  44. jeBateja...

    bukan salah politik - tapi salah orang yang berpolitik (kakcik pun tak faham apa kakcik tulis - Ahakz) :)

    BalasPadam
  45. Q laling...

    weh kakcik pun sedang berkipas, buat apa kakcik nak kipas Q pulak - hehehe... kipas lipas???

    Q... kakcik tahu Q sering kepanasan, maklumlah api sentiasa menjadi teman. Sebab itu kakcik tak berani rapat-rapatan, hanya mengintai-intai dari kejauhan, mengambil bau dari masakan, haraplah jangan tidak dihalalkan. :)

    Kakcik belum minum lagi ni... sejuk! Tak larat nak berulang ke 'room to let' yang letaknya jauh sebatu tu... :(

    BalasPadam
  46. yang best tu..

    gi lawat org sakit pun nak kuar paper
    ikhlas ke tu...huuhu

    BalasPadam
  47. Ati...

    masa itulah peluk orang tua, timang bayi baru lahir - tapi semuanya mesti depan kamera!

    BalasPadam
  48. assalamualaikum,

    cemuih jugak nengoknye kakcik. YB tu sebenonya memang baik hati...tapi asyik-asyik nengok sumbang itu musim raya ni....

    BalasPadam
  49. ingtakan panggil YB=yunus badawi tuu..kalau dia tentu laju datangnya..kalau YB yg tuu..kena ada surat , kena ada carpet kena ada makan-makan dlll

    BalasPadam
  50. Wa'alaikummussalam Myri...

    nak buat macamana , tanggungjawab mereka dah bertambah - tak terlayan semua orang...

    BalasPadam
  51. IE...

    teringin juga nak beramah tamah dengan YB yang satu tu - tapi, mungkin beliau pun sibuk. :)

    YB yang lagi satu pula - kena panggil Media sama kata nak berhumpa...

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com