Kawan-kawan kakcik
Rabu, 31 Julai 2019
Jumaat, 26 Julai 2019
Sejauh mana sayangnya kita kepada ibu bapa?...
Gambar sekadar hiasan. |
Adakah rasa 'sayang' itu hanya muncul bila kita perlukan mereka? Maksudnya bila kita perlukan khidmat atau sumbangan kebendaan dari mereka semata-mata? Bila dapat yang diperlukan, mereka kita lupakan sehingga timbul keperluan-keperluan seterusnya pula...
Tanya dengan jujur pada hati dan diri sendiri, kerana kita boleh sahaja berlakon begitu begini di hadapam mata orang lain. Hakikatnya Allah SWT mengetahui setiap detik hati dan denyut nadi kita.
Begitu juga hubungan kita dengan Yang Maha Berkuasa. Adakah kita hanya akan solat, berdoa dan menangis di hadapanNya hanya bila kita dalam keadaan sukar dan melupakanNya sebaik sahaja kita diberikanNya kesenangan?
Begitu juga hubungan kita dengan Yang Maha Berkuasa. Adakah kita hanya akan solat, berdoa dan menangis di hadapanNya hanya bila kita dalam keadaan sukar dan melupakanNya sebaik sahaja kita diberikanNya kesenangan?
Khamis, 18 Julai 2019
Sekiranya panjang umur...
Rabu, 17 Julai 2019
WW : Daulat Tuanku...
Isnin, 15 Julai 2019
Jumaat, 12 Julai 2019
Aku seorang menantu dan aku juga seorang mertua...
Sewaktu hendak berkahwin dulu, aku cakap pada bakal suami, 'susah atau senang biar kita tinggal di rumah sendiri walau hanya menyewa rumah yang sempit'. Alasannya, aku tidak mahu serumah dengan keluarga mertua mahupun keluarga sendiri. Apa yang terjadi antara kita, biar hanya kita dan Allah yang tahu. Jangan ada campur tangan sesiapa pun. Makan atau tidak, kita tanggung sahaja seadanya.
Bukan aku sombong tidak bertempat. Tapi saat kita baru hendak belajar mengemudikan layar rumahtangga, janganlah ada nakhoda lain yang mengarah-arahkan haluan sehingga kita hilang pertimbangan. Elok-elok jalan sudah lurus akhirnya hilang arah dan terlanggar karang yang membinasakan. Kita belajar dan terus belajar bagaimana hendak menetapkan haluan. Boleh sahaja mengambil iktibar dan panduan tapi jangan sampai terikat hingga tidak tahu membuat keputusan.
Setelah menjadi mertua, begitu juga. Aku lebih senang jika anak-anakku keluar membina rumahtangga mereka sendiri. Jika perlukan bantuan, nasihat atau teguran, boleh sahaja aku hulurkan tapi bukan sesuka hatiku membuat keputusan bagi pihak anak-anak. Mereka sudah matang untuk membuat pertimbangan. Jangan sampai sikap tunjuk pandaiku dengan alasan terlebih dahulu makan garam, membawa kebinasaan kepada kehidupan mereka.
Keempat-empat anakku adalah lelaki. Boleh sahaja aku berkata kepada mereka 'ibumu adalah lebih utama dari isterimu. Maka dalam apa juga keadaan, kamu kena mendahulukan ibumu ini'. Tapi, adilkah aku untuk berkata begitu? Bagaimana jika ibu mertuaku berkata yang sama kepada suamiku (anak lelakinya)? Apa pula perasaanku? Adakah aku ini menantu yang baik? Yang sentiasa mengingatkan suamiku agar sentiasa mendahulukan ibunya sebagaimana aku mahu anakku berbuat kepadaku?
Jika aku sendiri gagal untuk mengingatkan suamiku agar sentiasa menyantuni dan medahulukan ibunya (atau mendoakan roh orangtuanya seandainya mereka sudah tiada), layakkah aku berlagak kejam terhadap menantuku dengan merebut suaminya agar sentiasa patuh padaku? Pastinya aku juga tidak layak...
Apa yang penting, sebagai ibu, doakanlah yang baik-baik untuk kehidupan anak-anak agar mereka tenang mengendalikan rumahtangga mereka dan dapat membawa keluarga menuju syurga. Apa pun status kita, kita hanyalah hamba. Dari Allah kita datang, kepadaNya juga kita akan kembali. Tiada yang dapat kita bawa bersama selain ilmu yang bermanfaat, sedekah yang berterusan dan doa dari anak-anak yang soleh (bagaimana anak akan menjadi soleh andai hidup mereka asyik terganggu dengan sikap ibu yang mengada-ngada?)
Rabu, 10 Julai 2019
25 tahun BERNAS - Aliff Satar pun ada...
BERNAS adalah singkatan untuk Padiberas Nasional Berhad (tempat kerja @ cari makan En Suami). 7/7/2019 (anak keduaku lahir pada 7/7/1990) adalah merupakan hari ulangtahun penswastaan BERNAS yang ke 25 tahun (sebelumnya ia dikenali sebagai Lembaga Padi dan Beras Negara @ LPN)
Semua pegawai dan kakitangan memakai pakaian korporat BERNAS |
Eh...eh...ehhhh |
Kata En Suami, Aliff Satar ni bagus orangnya. Pandai menghormati orang lain. |
Kalaulah En Suami boleh bawa balik... hahaha |
Selasa, 9 Julai 2019
Pantun Berkait : Rahsia Hati...
Atas pelantar menjemur peria
Peria dibawa dengan perahu
Riak wajah tergambar ceria
Luka hatinya siapa yang tahu
Peria dibawa dengan perahu
Perahu disewa dari Pak Taib
Luka hatinya siapa yang tahu
Andai dicerita membuka aib
Perahu disewa dari Pak Taib
Upah dibayar tidak berlengah
Andai dicerita membuka aib
Dipendam lama menjadi nanah
Upah dibayar tidak berlengah
Tidak ditangguh walau sedikit
Dipendam lama menjadi nanah
Akhirnya membusuk jadi penyakit
Tidak ditangguh walau sedikit
Janji dibuat hati ke hati
Akhirnya membusuk jadi penyakit
Rahsia disimpan bawa ke mati
Rahsia disimpan bawa ke mati
Gambar sekadar hiasan...
Rabu, 3 Julai 2019
WW : Sibongsu dengan gaya rambut pendek...
Isnin, 1 Julai 2019
Bertemu kawan-kawan di hari-hari terakhir Syawal ...
... gembira walaupun berjumpa seketika dan kemesraan tetap terasa...
29/6/2019, makcik buat makan-makan sikit di rumah. Tak jemput ramai pun sebab makcik masak seorang diri dan tak pandai masak banyak-banyak 😏
Yang datang beberapa orang kawan zaman aktif berblog tapi masih kekal bersahabat sehingga kini (kami mula kenal melalui blog sekitar tahun 2009)...
Makcik cuma buat mee kari dan nasi impit makan dengan kuah kacang / rendang ayam. Ringkas sangat. |
Selain itu beberapa orang kawan sewaktu bekerja dulu juga ada datang bersama keluarga mereka. Alamak! gambar jiran yang datang tak ada pula...
30/6/2019...ke Bandar Baru Bangi. Sudah lama sangat rasanya tidak berjumpa dengan Prof Dato' Dr Abdullah dan Datin walaupun sesekali kami masih berhubungan melalui whatsapp...
Jalan agak sesak... |
Bukan makanan yang penting, tapi ukhwah yang tetap terjalin. |
Alhamdulillah. Gelaran, pangkat dan darjat bukan penghalang dalam persahabatan ini... |
Langgan:
Catatan (Atom)