Kawan-kawan kakcik

Khamis, 16 Mei 2019

Hari Ke Sebelas Ramadan 1440...

'Ya Allah, tanamkan dalam diriku kecintaan melakukan kebaikan dan kebencian melakukan perbuatan maksiat serta fasik.  Ya Allah, jauhkan diriku dari kemurkaanMu dan siksaan api neraka, wahai Tuhan yang menolong orang yang memerlukan pertolongan. Aamiin'
 
Sudah 11 Ramadan hari ini.  Pantasnya masa berlalu dan tidak terasa masa kian meninggalkan kita.  Ada apa-apa yang berbeza di bulan yang penuh rahmat dan keberkatan ini?  Atau semuanya 'biasa-biasa sahaja'?  Hanya kita dan Allah juga Yang Maha Tahu sejauh mana baik atau buruknya diri dan sikap kita.  
 
Bagi diri ini, hanya usaha dan doa agar segalanya semakin berubah ke arah kebaikan untuk diri sendiri dan keluarga.  Masa yang ada kian singkat dan sekiranya masih juga leka dan alpa, maknanya tiada sesuatu yang menakutkan tentang janji Allah bahawa syurga dan neraka itu adalah benar. 
 
Ya Allah, tanamkan dalam diri ku kecintaan melakukan kebaikan dan kebencian melakukan perbuatan maksiat serta fasik. Ya Allah jauhkan ku daripada kemurkaan Mu dan seksaan api neraka, dengan pertolongan Mu wahai Tuhan yang menolong orang memerlukan pertolongan

Mine coins - make money: http://bit.ly/money_crypto
Ya Allah, tanamkan dalam diri ku kecintaan melakukan kebaikan dan kebencian melakukan perbuatan maksiat serta fasik. Ya Allah jauhkan ku daripada kemurkaan Mu dan seksaan api neraka, dengan pertolongan Mu wahai Tuhan yang menolong orang memerlukan pertolongan

Mine coins - make money: http://bit.ly/money_crypto

4 ulasan:

  1. Betul kak..11 hari dah kita berpuasa.Alhamdulillah.Gembira 11 hari Allah izin berpuasa..sedih mengenang baki yang ada yang kian menyusut..moga baki yang tinggal kita manfaatkan sebaik-baiknya dan Allah beri kesihatan yang baik untuk kita semua.Aamiin

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah
    Semoga sampai ke penghujungnya

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com