Kawan-kawan kakcik

Isnin, 13 Mei 2019

Kenapa kita berpuasa...

Sekejapan sahaja hari ini sudah 8 Ramadan.
Ramadan yang kita tunggu-tunggu dengan penuh rindu.
Rindu kenapa?  Rindu kepada rahmat yang melimpah-ruah
yang datang bersama Ramadan atau rindu kepada pelbagai
jenis makanan dan hidangan?  Hanya kita yang mampu menjawabnya.  
Dapatkah kita hayati sebenar-benarnya erti lapar dan dahaga kepada mereka yang serba tiada?

Anak-anak kecil - walaupun kita cuba menerapkan nilai-nilai
baik seawal usia mentah mereka, tiba masanya mereka akan punya
citarasa dan kemahuan sendiri.  Mereka mungkin lupa apa yang pernah kita ajarkan.  Jangan pernah putus mendoakan yang baik-baik, agar sekiranya mereka melakukan kesilapan, mereka ingat semula nilai murni yang pernah diterapkan kepada mereka.

7 ulasan:

  1. dana rindu bulan puasa sbb nikmatnya bila berbuka n raya tu lain mcm rasanya...
    banyak cara kita utk tambahkan pahala di bulan ni jgk... terasa lain dr bulan2 lain nya

    BalasPadam
  2. selamat berpuasa buat kakcik sekeluarga

    BalasPadam
  3. Betul kata KC, hanya kita yg tahu, apa yg kita mahu dpd Ramahan ni...Namanya pun manusiakan KC, iman turun naik, kadang kadang saya ni suka ikut nafsu jugak,tak menghingat aduhailah!!!

    BalasPadam
  4. Moga setiap doa ibu bapa yang berterusan itu menjadikan setiap anak sentiasa dalam keredhaan..aamiin.

    BalasPadam
  5. Salam Ramadhan, kakcik. Sekejap sahaja dah seminggu kan...

    BalasPadam
  6. Selamat berpuasa KCS.
    Berbuka puasa ala kadar aje.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com