Kawan-kawan kakcik

Selasa, 23 April 2019

Bukan selalu aku rajin...

... tapi sesekali bila aku rajin, belum jam 11.00 pagi aku dah siap memasak.  Dan sedihnya (bukan sadis ya, SADIS tu maknanya KEJAM), kadangkala sampai malam tiada siapa yang sudi makan... huhuhu...

Ini gambar masakan yang aku masak dua hari lepas :

Masak lemak udang dengan kacang panjang.  Udang tu sengaja aku buang semua kulitnya sebab nanti jadi masalah pula pada yang memakannya. Kalau aku sendiri yang makan, memang tiada masalah sama ada berkulit atau tidak.

Telur dadar.  Hanya telur yang kuaduk dengan bawang besar hiris bersama garam.  Letak macam-macam nanti rakyat jelata tak suka.

Sardin.  En Suami suka sardin yang dimasak begini.  Dia tak suka sardin yang dimasak macam sambal tumis.  Yang ini, cuma hiris cili merah dan bawang besar serta tomato.  Tumis sekejap.  Masukkan sardin.  Tambah jus asam jawa serta garam.

Keropok goreng.  Ada yang tak 'pandai' goreng keropok sekaligus banyak macam ni ya?  Takut hangus katanya.  Caranya, panaskan minyak sehingga betul-betul panas.  Kemudian masukkan beberapa keping keropok.  Sekejap saja ia akan kembang.  Terus angkat gunakan penyepit atau penapis.  Siap...

9 ulasan:

  1. salam kakcik..lama sya x berblog. ntah kenapa hari ini rasa nk tutup blog. bila baca catatan lama rasa rindu dan seronok pulak..
    kakcik sihat?

    BalasPadam
  2. Wahai beli angin rajin dtg..
    Berbagai menu ye kak cik..

    Saya satu menu.. 3 in 1 hahaha..
    Segala sayuran saya leburkan dlm Tu..

    Salam Ramadhan Kareem 💚😘 kak cik

    BalasPadam
  3. Sedapnya lauk pauk. Keropok dah lama tak goreng sebab malas. Nak berdiri lama2 sambil kena belek budak kecik.

    BalasPadam
  4. aduhai kakcik, sedap2nya semua... dana suke msk udang yg takde kulit mcmtu... senang rakyat jelata yg 2 org tu nk makan...

    msk sardin pun dana jenis msk mcm kakcik, jenis mudah keje hehehe...
    keropok pun dana jns goreng mcm kakcik, klu nk goreng satu2... berapa jam nk ddk depan api kn

    BalasPadam
  5. Kombinasi lauk yang padu..
    PC suka goreng keropok..satu kebahagiaan bila tengok keropok tu kembang cantik..goreng sikit dah penuh satu bekas..hehehehehe..

    BalasPadam
  6. Pasal telur dadar tu, sama la dgn kat rumah saya tu.. tapi lg simple laa, bawang pun tak letak... kikiki

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com